Chapter 2 : Pulang

26 5 0
                                    

Aku terduduk hiba memikirkan keadaan yang menimpa salah seorang pesakitku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terduduk hiba memikirkan keadaan yang menimpa salah seorang pesakitku.
Aku bermonolog memikirkan cara untuk membantunya. Tetapi tiada jalan keluar

Lamunanku terhenti apabila Dhia muncul didepanku. 

"Doktor taknak balik ke, dah habis shift kan?" tanya Dhia

Aku terkejut lalu melirik ke arah jam yang menunjukkan berakhirnya waktu untuk aku bekerja. Itulah, terlalu memikirkan sangat pasal benda lain sampai diri kelaut

"Ya Allah, saya tak sedar pun sekarang dah pukul berapa, hihihi," ujarku lalu kami ketawa bersama

"Sebelum saya balik, saya nak pegi melawat pesakit bilik 407," ujarku kepada Dhia. Memang dijadikan rutin untuk selalu melawat pesakit sebelum pulang

"Baik doktor, jaga diri ye," ujar Dhia sambil melambaikan tangannya ke arahku. Aku menyambut lambaian itu

Tibanya di Bilik 407.

Aku pun membuka pintu dengan perlahan agar tidak menganggu pesakit yang lain berehat. Mahu kena pekik dengan salah seorang pesakitku sebab bising kacau dia tidur

Aku segera ke katil yang inginku lawat. Melihat dia sedang berehat setelah penat bertarung nyawa untuk melahirkan si kecil membuatku rindu akan ibu.

Dia tersedar akan kehadiranku lalu disambut dengan senyuman yang manis.

"Bagaimana dengan keadaan Puan sekarang? Puan rasa lega tak sekarang ini?" tanyaku

"Alhamdulilah, keadaan saya baik sahaja. Macam mana dengan keadaan bayi saya,doktor?" tanya Puan Mariam

"Alhamdulilah, bayi puan juga dalam keadaan yang baik. Puan dah ada nama untuk si bayi?"tanyaku dengan nada teruja. 

"Sebenarnya, saya tak berapa pasti lagi dengan nama anak saya, doktor ada idea?" tanya Puan Mariam. Bab bagi idea nama ni memang aku paling pro

"Baiklah, disebabkan anak puan lelaki, saya cadangkan namanya Fahri Aiman," ujarku dengan tiba-tiba. Kemudian, muncul satu perasaan hiba dihatiku ketika ini

"Wah, sedapnya nama tu , saya akan gunakannya lah!"  Puan Mariam nampak setuju dengan nama yang diberikan oleh aku

~

📍Jeju Island, South Korea

"Anyonghaseyo, welcome to De Rosa Restaurant , what do you want to order?" soal Fahri kepada pelanggannya dengan nada gembira

" I would like to order chicken rice and satay. I want two ice lemon tea too," pesan kedua-dua pelanggannya itu

"Alright, the total is 2726.04 won."

Pelanggan itu membayar makanan tersebut dan mengambil tempat di hujung sekali. Mereka mengatur langkah sambil memerhati segala design yang tertera pada dinding restoran itu. Walaupun berada di negeri orang, Fahri tidak pernah lupakan asal-usulnya

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now