Chapter 4 : Accident

20 5 0
                                    

📍 Hospital Tunku Jaafar, Seremban

CUACA pada pagi ni agak mendung, seakan-akan memberitahuku ada sesuatu yang akan terjadi. Hatiku berasa sangat gelisah tetapi aku tidak tahu jawapannya. Aku tidak menghiraukannya kerana mungkin ini hanya perasaan sahaja. Aku segera kembali membuat kerja yang lama tertunggak.

Tiba-tiba, aku merasakan seperti ada seorang yang memerhati. Aku mengangkat wajah dan terkejut kerana Dhia muncul didepanku.

"Ya Allah, terkejut saya.. awak ni dari dulu lagi macam ni," marahku yang tidak berapa marah. Saja nak takutkan Dhia

"Hehehehhe, maafkan saya doktor. Saya hanya nak melawat doktor.Doktor, dah sarapan?" soal Dhia kepadaku

"Alhamdulilah saya dah sarapan, kenapa awak tanya?"

"Saya ada beli coffee untuk doktor, nah!" Dia menghulurkan cup air coffee bean kepadaku. Senyum lebar dia apabila aku mengambil air itu

"Terima kasih, Dhia," ujarku tanda bersyukur atas rezeki ini. Selama ini Dhia jelah yang rapat denganku setelah sebulan aku tidak bertemu dengan Farah.

"Eh kejap, sebelum saya lupa.. kejap lagi awak teman saya melawat pesakit ye. Lepastu malam ni saya nak ajak awak makan dekat restoran. Boleh?" Aku saja mengajak Dhia untuk makan malam. Boleh sekali melihat reputasi restoran ayahku

"Boleh je doktor. Terima kasih tau," ucap Dhia kepadaku

~

📍Port Dickson, Negeri Sembilan.

"Sayang, awak nak pergi mana harini?" soal Fahri sambil menghirup secangkir kopi panas

"Saya rasa macam nak pergi dekat tempat semalam tu lah bang," balas Suraya bersama kenyitan mata berkali-kali

"Lagi sekali?" soal Fahri tidak percaya. Ini dah kali keempat mereka ke sana

"Yes, bila saya pergi situ kan.. hati rasa tenang sangat. Lagi tenang sebab ada abang kat sisi saya,"

Fahri tersenyum sehingga ke telinga. "Awak panggil saya apa tadi?" soalnya tidak percaya. Rasanya kedua-dua telinganya masih okay

Suraya menerkup mulutnya. Sudah, dia terlepas lagi

"Suraya?" panggil Fahri lembut

Suraya menggelengkan wajahnya. Mulutnya masih diterkup oleh tangannya

Perlahan-lahan Fahri menurunkan tangan  yang Suraya gunakan untuk terkup mulut. Dia memandang dalam wajah isterinya itu

"Abang?" Suraya menaikkan kening kanannya. Fahri senyum lebar mendengar jawapan Suraya

Dia merangkul pinggang isterinya. Mencium ubun-ubun Suraya. Entah kenapa hati ini seperti berat untuk berpisah dengan Suraya. Nak duduk macam ini lama-lama

Fahri meleraikan rangkulan itu. Dia mengucup lama dahi isterinya

"Abang, Su nak siap ni," Suraya cuba untuk lepaskan diri

"Ha yelah, cepat pergi siap," Fahri membiarkan isterinya berlari menuju ke bilik air

Fahri melihat gelagat isterinya itu tapi dia tidak tahu mengapa hatinya tiba-tiba sakit seperti tidak boleh bernafas. Tercungap-cungap Fahri menarik nafas

Suraya memandang suaminya itu, dia lekas mengusap dada Fahri dengan lembut. Dia risau akan kesihatan Fahri sebab selama dia di Port Dickson ni, cuaca agak sejuk. Disebabkan itu, Fahri selalu batuk-batuk dan sesak nafas

Fahri lantas memegang tangan Suraya yang sedang mengusap dadanya itu. Dia berasa sesak nafas bukan kerana persekitaran tetapi dia merasakan seperti akan ada sesuatu yang berlaku. Dia tak mahu apa-apa terjadi dekat Suraya. Dia juga tak sanggup kehilangan isterinya itu.

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now