Chapter 14

10 4 0
                                    

Malam sebelum majlis pernikahan...

"AD mana?" tanya Dato Mustapha tergesa-gesa. Risau dia bila kelibat bakal menantunya tidak kelihatan

"Abang Ad kat luar yah," balas Luthman pendek. Kemudian, dia sambung mengemas barang hantaran. Bosan jadi dia tolong Datin Khatijah serta Hanis sekali. Yana pula sedang memakai inai di tepi mereka

Terkocoh-kocoh Dato Mustapha keluar ke halaman depan

"Ad!" panggil Dato Mustapha. Afyad berpaling ke arah bakal bapa mentuanya itu. Dia bangun lalu salam dengannya

"Ya ayah," balas Afyad pendek. Dia membetulkan rambutnya

"Kenapa kamu dekat luar ni?" tanya Dato Mustapha perlahan

Pandangan mereka bertaut

"Ad nak tenangkan diri kejap," balas Afyad. Dia bermain dengan jari jemarinya

"Ad,kalau ada masalah, cerita dekat Ayah." Ujar Dato Mustapha lagak seperti seorang bapa penyayang

"Ad nervous sikitlah yah," luah Afyad serba salah

"Ayah faham perasaan kamu, dulu pun ayah macam tu," bisik Dato Mustapha

Afyad memandang bakal bapa mentuanya. Senyuman kecil diukirkan

"Ad, dalam beberapa jam lagi kamu akan jadi yang halal untuk Yana. Ayah berharap kamu boleh jaga dan bimbing dia sepertimana kamu menjaga diri kamu sendiri. Ayah akan melepaskan Yana kepada kamu jadi ayah harap kamu tidak hampakan perasaan ayah," ucap Dato Mustapha sebak. Mutiara jernih mulai terbit daripada celah kelopak matanya

Afyad mati bicara dan tertunduk. Menganalisis kata-kata Dato Mustapha

"Ad," panggil Dato Mustapha perlahan

Afyad berpaling menatap sisi wajah Dato Mustapha

"Ad, orang yang teruja menunggu kelahiran Yana adalah ayah,
Orang yang pertama melaungkan Azan ketelinga Yana juga adalah ayah,
Orang yang selalu memenuhi permintaan Yana juga adalah ayah,
Dia adalah anak sulungku, kamu jagalah dia dengan baik ya Ad? Kalau kamu marah atau benci dengan dia, kamu pulangkan dia dekat Ayah dengan baik,
Jangan hampa dan sakitkan hati serta perasaan dia, kita sebagai lelaki kena bimbing dan sayang isteri kita,
Kalau ada masalah, berkongsi dan cepat-cepat selesaikan, jangan pendam sendiri ya nak?" pesan Dato Mustapha panjang lebar. Dia tertunduk ke bawah. Dia harus melepaskan anak sulungnya untuk mencari kebahagian sendiri

"In Shaa Allah, ayah. Ad akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan Yana," ujar Afyad menenangkan bakal bapa mentuanya

Dato Mustapha menyeka air matanya yang hampir menitik

"Ayah masuk dulu ye Ad, kamu pergilah balik ke homestay. Dah lewat ni," arah Dato Mustapha dengan lembut

"Baik ayah," patuh Afyad. Dia memapah Dato Mustapha masuk ke dalam. Selepas itu, dia mengambil telefon pintar miliknya dan kunci kereta. Kemudian, dia berlalu pergi

Pagi hari pernikahan

Pernikahan dijalankan di rumah lama kami. Dato Mustapha memberi rumah ini kepada maksu atas sebab tiada sesiapa yang tinggal. Tetapi ia masih lagi milik ayah. Maksu hanya tinggal dan jaga rumah ini

Kak Mila sedang membetulkan selendang di atas kepalaku yang dilitupi tudung. Kebarung klasik yang tersarung pada tubuhku kelihatan menawan. Makcik Mila asyik mengomel tentang kulit wajahku

"Cantik kulit kamu Yana, senang kerja akak. Tak payah nak touch up lebih-lebih. Jimat mekap akak," usik Kak Mila

Aku senyum. Malulah orang puji sebegitu

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now