Chapter 9

12 4 0
                                    

HARI ini merupakan hari pembedahan Wana, rakan baik Dhia. Ahli keluarga Wana hanya mampu mendoakan anaknya itu. Kelihatan ibu Wana sedang mengendong cucunya . Asyik merengek je dari tadi,mungkin kerana kelibat Wana tidak berada dihadapannya

Dhia dari tadi kehulur-kehilir ditegur Harith. Sebenarnya, Harith yang ingin menemani Dhia,Dhia hanya akur dengan permintaan Harith untuk menemaninya hingga pembedahan selesai. Kebetulan, masing-masing kerja shift malam

"Dhia, sudah-sudahlah tu. Mari duduk sini,awak tak penat ke asyik kehulur-kehilir je?" tanya Harith sambil menepuk bangku disebelahnya

Dhia hanya akur. Siapa je tak risau kalau rakan baik sendiri kena menjalani pembedahan. Dia tak senang duduk memikirkan keadaan rakannya di dalam sana. "Semoga pembedahan ini berjalan dengan lancar"bisik hati Dhia.

Kesian Wana, sebelum menjalani pembedahan, dia harus menjalani kimoterapi. Nasib baiklah rawatannya tidak lama. Bolehlah teruskan kepada pembedahan

Harith yang dari tadi melihat gelagat Dhia, tersenyum kecil. Sungguh kuat tali persahabatan mereka

Setelah 3 jam pembedahan berlangsung, akhirnya pembedahan selesai. Doktor perempuan yang membedah Wana keluar dari bilik pembedahan dan segera menuju ke arah ahli keluarga Wana. Kedua ibu bapa Wana segera bangun apabila terdengar pintu operation room dibuka. Dhia dan Harith juga segera bangun

"Doktor bagaimana dengan keadaan anak saya?" tanya Ayah Wana sambil memeluk bahu isterinya. Terpancar riak wajah risau mereka berdua

Doktor itu mengukirkan senyuman yang manis. "Alhamdulillah,pembedahan berjaya dan pesakit pun selamat. Cuma buat masa sekarang ni,dia kena banyak berehat,"

Dhia yang mendengar hal itu lantas tersenyum. Dia terlampau gembira mendengarkan pembedahan rakannya berjaya. Dia bersyukur atas takdir ini. Harith pun sama

"Alhamdulillah! Bila kami boleh melawat dia?" tanya ibu Wana pula

"Bila-bila masa pun boleh tetapi jangan terlampau ramai ye kerana mungkin akan menganggu rehat Puan Wana. Sebelum itu, saya akan pindahkannya ke wad biasa," balas doktor perempuan itu lagi

"Baiklah, terima kasih sangat-sangat doktor!"kata ibu Wana. Dia menyambut tangan doktor perempuan itu

"Sama-sama, saya minta diri dulu ye," kata doktor perempuan itu. Dia berlalu pergi meninggalkan mereka semua

Setelah mendengar penerangan doktor itu, Dhia segera memeluk ibu Wana. Nasib baik tak himpit Wahid, anak Wana. Haih, kalau terhimpit tadi mahunya si Wahid tu jadi tempeyek

Mereka semua segera berlalu pergi ke wad biasa Wana

Tibanya di wad Wana

Ibu Wana meminta tolong Dhia untuk menjaga Wahid sebentar kerana ingin menjenguk Wana di dalam.

Dhia mengangguk dan mengambil Wahid dari gendongan neneknya. Segera ayah dan ibu Wana masuk ke dalam bilik.

Dhia menatap wajah mulus Wahid Dan memberikan ciuman di pipi Wahid dengan perlahan. Comel betul. Harith yang melihat adegan itu segera menghampiri Dhia dan Wahid.

Giliran Harith pula mengendong Wahid. Dhia tersentak apabila Wahid diambil dari gendongannya. Segera dia menjauhkan sikit dirinya dari Harith. Nak jaga batas sayangku

Mata Dhia tidak berkedip dari tadi. Harith nampak macho bila gendong baby.

Harith perasan akan pandangan Dhia tapi dia berpura-pura tidak nampak. Sesekali mata Harith mengerling ke arah Dhia.

Dhia segera mengalihkan anak matanya apabila tatapan matanya bertembung dengan anak mata Harith. Merah bahang wajah Dhia.

Mereka berebut sekali lagi untuk mengendong Wahid. "Hish, bagilah Wahid tu dekat saya. Doktor, pernah nampak tak selipar terbang?" kata Dhia menjeling

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now