Chapter 1: Kejayaan

48 8 0
                                    

📍Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Aku menyeka peluh di dahi. Sudah penat seharian aku melakukan pembedahan tanpa henti di hospital. Oh sebelum aku lupa, sudah 4 tahun aku bekerja di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Aku merupakan salah seorang Doktor Pakar Puan di hospital ini.

"Emergency, emergency." Kata petugas itu. Aku segera mendapatkan mereka semua

Jururawat Dhia menarikku untuk segera membuat pembedahan kerana ini adalah antara kes serius

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jururawat Dhia menarikku untuk segera membuat pembedahan kerana ini adalah antara kes serius. Tanpa lengahkan masa, aku terus memberi arahan kepada mereka

"Sediakan operation room dengan segera!"

"Baik doktor." Kata petugas disitu.

"Berapa kiraan detak jantung pesakit?"

"Normal." Kata Doktor Anna. Seorang pakar bius profesional dari Amerika

"Can we start now?"

"Can," sambung Doktor Anna

"Scalpel." kata ku

Setelah 2 jam pesakit bertarung nyawa , pembedahan pun selesai. Alhamdulilah, kedua-dua pesakit selamat

"Keluarga mereka ada di luar ke?" tanya aku kepada Dhia. Dhia menggelengkan kepalanya

Aku hairan lalu bertanya lagi sekali "Di mana keluarga pesakit?" Dhia hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"Cuba bagitahu saya, di mana keluarga pesakit?" tanya aku dengan tegas. Dhia menarik nafasnya dan memberitahuku secara mendalam

Aku mengangguk tanda faham.

_________________________________________
📍 Jeju Island, South Korea

Setelah dua bulan berkenalan, akhirnya Fahri dan Suraya(Kim Na Yeon) membina mahligai cinta di South Korea. Mereka sudah hidup bahagia selama 2 tahun tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak.

Lupa nak beritahu, Fahri merupakan pengurus bagi sebuah restoran yang terkenal di Jeju Island manakala Suraya mempunyai kedai bunga yang berdekatan dengan restoran Fahri.

Selepas selesai menunaikan solat subuh, Suraya segera ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat suami tercinta.

Hari ini dia masak simple saja iaitu bihun daging dengan air teh o panas. "Ling, bangunlah.. saya dah siapkan sarapan ni,"

Fahri membuka mata dan dia tersenyum lebar apabila melihat isterinya ada di depan mata.

"Kenapa awak cantik sangat eh?" tanya Fahri tiba-tiba. Membahang wajah Suraya pagi-pagi ini. Dia menjadi tersipu malu apabila mendengar pujian dari suaminya itu

"Saya memang cantik untuk awak seorang saja Fahri, cepatlah bangun nanti sejuk makanan tu,"  Suraya menarik tangan Fahri dengan lembut

"Baiklah sayangku," balas Fahri. Fahri ni seorang yang mulut manis dan penyabar disebabkan itulah Suraya jatuh cinta dengan dia. Boleh dikatakan macam jatuh cinta pandangan yang pertama lah

Fahri menarik kerusi Suraya untuk isterinya duduk. Kemudian, dia pula menyusul. Mereka pun makan makanan itu sambil menikmati pemandangan matahari terbenam

Setelah itu, Suraya dan Fahri bersiap untuk pergi kerja. Suraya sedang membetulkan tudungnya, dari jauh ada yang memerhati. Nak jatuh jantung Suraya dibuatnya apabila ternampak Fahri duduk di tepi pintu bersama wajah yang mengancam

"Haih awak ni, terkejut saya!" marah Suraya dengan tegas sebab dia terkejut.
Tapi pada masa yang sama, Suraya perasan riak wajah Fahri berubah

"Saya tunggu awak dekat kereta," Fahri dah mula dengan perangai mengada-ngadanya itu. Laju dia pergi tinggalkan Suraya

Cepat-cepat Suraya menarik lengan suaminya itu. "Awak, saya nak minta maaf pasal tadi, mianhae.."

Fahri hanya menunjukkan reaksi yang biasa. Sudah, merajuk pula.Suraya hanya memuncungkan mulutnya. Lalu, Fahri mencubit bibir isterinya itu

"Aduh sakitlah," rintih Suraya. Hampir berair kelopak matanya akibat menahan sakit kena cubit

"Ha tulah siapa suruh comel sangat," usik Fahri. Dia merangkul pinggang isterinya dengan lembut

Mereka memandang satu sama lain. Fahri senyum ke arah isterinya lalu dikucup dahi isterinya itu

Bersambung

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now