"Kau!"Hinata menumbuk Kageyama sehingga bibir Kageyama berdarah.Dia mengenggam baju Kageyama dengan kasar.Muka Hinata perlahan-lahan menunduk dan akhirnya air matanya mengalir.
"Kenapa kau sakitkan hati dia?Kenapa?"tanya Hinata."Tu hal aku.Bukan kau"dengan selamba Kageyama menjawab.
Dia melepaskan tangan Hinata dari terus mengenggam kolar bajunya dan berlalu begitu sahaja meninggalkan Hinata yang masih menangis."Kau takkan faham Kageyama,betapa peritnya hati Yumi bila kau buat dia macam ni......"
Semasa latihan
Keadaan di dalam court agak sunyi.Hinata dan Kageyama masing-masing buat hal sendiri manakala Tsukoyumi hanya duduk termenung.
"Daichi,aku risaulah tengok diorang bertiga tu.Takde apa-apa ke yang kita boleh buat?"kata Sugawara.Daichi melepaskan nafas yang berat sebelum berkata"Aku pun risau jugak,tapi tu hal peribadi diorang.Kita tak boleh masuk campur".
Nishinoya dan Tanaka berpaling menghadap satu sama lain."Ryu,kau ada idea tak?"tanya Nishinoya.Tanaka hanya menggeleng."Daichi dah cakap jangan masuk campur.Aku taknak kena marah"balas Tanaka.
"Yumi-chan"panggil Yachi sambil duduk di sebelah Tsukoyumi."Ya,Yachi.Ada apa?"balas Tsukoyumi."Awak boleh ceritakan pada saya kalau awak ada masalah"kata Yachi sambil tersenyum.
"Betul tu.Kalau ada apa-apa awak boleh kongsi.Tapi kalau awak taknak tak apa"sampuk satu suara."K-kiyoko-san.Saya cuma teringatkan sesuatu je"balas Tsukoyumi dengan wajah yang agak sedih.
"Mind to share with us?"tanya Kiyoko sambil memegang bahu Tsukoyumi dan tersenyum.Tsukoyumi mengukirkan sebuah senyuman tawar lalu memandang kearah pasukan Karasuno yang sedang berlatih.
"Dulu,masa saya kelas dua junior high,ada seorang senpai kelas tiga yang saya suka.Namanya Akane Ryu.Satu hari,saya luahkan perasaan saya.Senpai tu terima saya.Saya happy sangat-sangat.Segalanya berjalan lancar dan bahagia sepanjang dua bulan,tapi suatu hari,senpai tu kata dia nak break up.Dia kata dia sukakan orang lain.Saya masa tu tak boleh terima.Berminggu-minggu saya tak datang sekolah,sampailah cikgu datang melawat saya.Dia cuba pujuk saya supaya hadir ke sekolah balik.Saya cuba habiskan persekolahan saya di sekolah tu.And now I here,far away from him"cerita Tsukoyumi.
Yachi dan Kiyoko terdiam mendengar cerita Tsukoyumi.Nada Tsukoyumi juga sebak dan sedih."Senpai,Hitoka-chan,saya ada hal jap.Cikgu Kiroshi kata dia nak jumpa saya sekarang.Saya pergi dulu ye"kata Tsukoyumi,terus berlalu pergi tanpa memandang wajah Kiyoko dan Yachi.
"Ke mana dia nak pergi tu?"tanya Daichi selepas Tsukoyumi melangkah keluar.Dia mengelap peluh yang mengalir di dahi menggunakan tuala yang dibawanya."Dia kata cikgu Kiroshi nak jumpa dia"balas Kiyoko.
Sugawara menghela nafas berat."Daichi,kau rasa diorang akan okey ke?"kata Sugawara."Bergantung kepada diorang.Aku tak berani cakap"balas Daichi.Masa berjalan dengan pantas.Latihan mereka telah pun selesai.
Sebaik sahaja bersurai,Tsukoyumi terus berjalan pulang.Hinata yang melihat itu terus mengejar Tsukoyumi."Jap,Yumi!"jerit Hinata.Tsukoyumi berpaling ke belakang.
"Yumi,mari....saya hantar awak"kata Hinata.Tsukoyumi memandang Hinata."A...aaa,kan awak datang sekolah dengan teksi,jadi.....biarlah saya hantar awak"jawab Hinata."Thanks"hanya itu yang dibalas Tsukoyumi.
Hinata mengayuh basikalnya dengan laju.Tsukoyumi yang di belakangnya memeluk Hinata supaya tidak jatuh.Setelah hampir lima minit,Tsukoyumi mula berbicara.
"Sho-chan....saya akan pergi"kata Tsukoyumi tiba-tiba.Hinata yang terkejut dengan ayat Tsukoyumi hampir terbabas.Nasib baik Hinata sempat mengawal basikalnya kembali.
"Pe-pergi?...Maksud awak....."Tsukoyumi menundukkan kepalanya."Saya....akan pindah sekolah......mungkin kita tak boleh jumpa dah..."jawab Tsukoyumi.
"Yumi-"kata-kata Hinata dipintas oleh Tsukoyumi."SAYA!.....Saya pindah bukan sebab Kageyama atau awak,juga bukan sebab orang lain.Saya.....tetap kena pergi"kata Tsukoyumi.
"Kenapa?"tanya Hinata."Sebenarnya........."
YOU ARE READING
Never Gonna Be Loved(Haikyuu Edition)Finished
FanfictionKisah ini tentang Hinata,si pemblok tengah pasukan Karasuno. Hinata bertemu semula dengan kawan lamanya di Karasuno High School.Cinta yang dipendam sekian lama akhirnya diluahkan.Namun,siapa sangka ia membawa kisah yang sedih buat Hinata.Antara kawa...