BAB 12:LAST GOODBYE

31 3 0
                                    

Kata-kata yang diucapkan oleh Tsukoyumi masih tergiang-giang di telinga Hinata.Hinata termenung memikirkan penjelasan Tsukoyumi.Segalanya jelas sekarang tentang mengapa Tsukoyumi cuba renggangkan hubungan mereka.

"Oi,Hinata!Kenapa kau termenung je ni?"sapa Nishinoya."Ah,Noya-senpai....Takde papelah"balas Hinata sambil tersenyum."Dah,jom pergi rehat.Aku belanja"kat Tanaka pula."Yahoo!"Nishinoya berlari keluar dari kelas.Tanaka dan Hinata hanya mengikuti Nishinoya dari belakang.

Sesampainya di kantin,Hinata terpandang seseorang yang sangat dikenalinya."Tsukoyumi...."dengan perlahan dia membisikkan nama itu.Dia merenung Tsukoyumi dengan perasaan sayu.Tak lama kemudian,dia mengorak langkahnya ke tempat duduk.Kelihatan Nishinoya dan Tanaka telah pun menunggunya.

Di gelanggang bola tampar
Pukul 2:30 petang

Tsukoyumi termenung memikirkan semua kenangannya sepanjang berada di Karasuno.Pejam celik,pejam celik,sudah 6 bulan dia di situ.Namun hari ini,dia akan tinggalkan segalanya disitu.Tsukoyumi mengalihkan pandangan kearah pasukan Karasuno yang sedang berlatih.

Dengan rasa serba-salah dan ragu-ragu,dia memanggil mereka untuk berkumpul."Kenapa,Yumi-chan?"tanya Daichi.Ahli lain hanya menantikan jawapan daripada Tsukoyumi."Saya ada benda penting nak bagitahu.Malam ni,saya akan berpindah balik ke Korea"kata Tsukoyumi.

Yang lain terkejut mendengarnya."Kenapa tiba-tiba?"tanya Sugawara pula."Sebenarnya,saya ada kanser"kata-kata dari Tsukoyumi menambahkan lagi rasa terkejut mereka."HAH?!"jerit mereka serentak.Kageyama terkaku mendengarnya."Kanser otak,hayat saya mungkin tak lama sebab dah tahap akhir jadi saya minta dengan dokter dan ibubapa saya kalau saya boleh berjumpa dan meluangkan masa dengan Sho-chan macam dulu.And diorang setuju.Namun cuma setakat 6 bulan je saya boleh tahan,saya kena sambung perubatan saya"sambung Tsukoyumi.

Yang lain hanya diam.Mereka tak sangka seorang yang gembira dan peramah rupa-rupanya mempunyai kisah sedih disebalik senyuman yang dilemparkan."Saya minta maaf semua,nanti kalau ada masa kita boleh telefon satu sama lain"Tsukoyumi melemparkan senyuman dengan air mata yang mengalir di pipi.Yang lain turut sebak ikut sama menangis kecuali Kageyama,Hinata dan Tsukishima.

Hinata cuba menahan air matanya daripada tumpah."Tsukoyumi,boleh kita bercakap sebentar?"tanya Kageyama.Sekurang-kurangnya,biarlah dia meminta maaf buat kali terakhir.Namun,takdir berkata lain.Sebaik sahaja Tsukoyumi mengorak langkah menuju keluar 'court' ,hidungnya mula menitikkan darah.Tsukoyumi terkaku. Dia dengan perlahan memandang kearah uniformnya yang sudah penuh dengan darah.Pandangannya mula kabur.Dia memandang sekilas kearah Hinata sebelum badannya rebah ke lantai."Hi..na...ta..".

Ahli lain mula panik.Dachi mengangkat tubuh kecil Tsukoyumi yang sudah tidak bermaya itu ke bilik jururawat.Tsukoyumi kemudiannya telah dihantar ke hospital. Ibu bapa Tsukoyumi yang telah pun dimaklumkan hal berkenaan bergegas ke hospital.Seluruh pasukan Karasuno juga ada disana termasuklah coach Ukai.

Kageyama tidak lagi menahan air matanya.Dia terus menangis teresak-esak.Hinata masih lagi menahan sebaknya."Hae na"seru Mae ro.Dia berharap anak perempuannya bangun dari koma.Tsukoyumi disahkan koma oleh dokter 1 jam yang lalu."Abang"Mae ro menangis teresak-esak sambil dipeluk oleh suaminya.

Tasyira dan Takumi masing-masing mendukung anak bongs mereka yang berumur 2 tahun itu berlari kearah Ibu mereka.Dibelakang mereka,kelihatan Aerin,isteri kepada Tasyira berjalan sambil memimpin tangan anak-anaknya serta anak saudaranya."Omma,macam mana Yumi?" tanya Tasyira.

"Dia koma"balas Mae ro dengan singkat."Oh"hanya itu reaksi yang diberikan oleh Tasyira.Dia menatap adik perempuannya itu.Dia kemudiannya mengalihkan pandangnya kearah pasukan Karasuno yang berada di situ juga.Pandangan terhenti kepada Hinata.Muka Hinata jelas menunjukkan rasa kenal dan sebak.

Tiba-tiba,alat yang mengikuti degupan jantung Tsukoyumi mula berbunyi nyaring.Takumi yang berasa panik berlari mendapatkan dokter.Darah keluar dari hidung Tsukoyumi lebih banyak daripada tadi.Seorang dokter perempuannya berlari kearah bilik wad itu sambil dikuti oleh 3 orang jururawat perempuan.

Hinata mula menitiskan air mata."Yumi"seru Hinata.Dia masih belum bersedia untuk melepaskan kawan baiknya itu.Seluruh orang menanti dengan perasaan risau.Tasyira enggan duduk dan terus berdiri di sebelah tingkap kaca bilik wad Tsukoyumi walaupun disuruh oleh isterinya berkali-kali.

Selepas 1 jam 24 minit,dokter keluar dari bilik itu dengan pakaiannya yang berlumuran darah.Semua orang terus mengelilingi dokter itu,meminta berita.Apabila melihat dokter itu menggelengkan kepalanya,seluruh ahli keluarga Tsukoyumi mula menangis.Tsukishima juga tidak dapat menahan air matanya lagi.

Hinata merasakan seluruh dunianya gelap.Dia bagai tidak percaya berita yang baru diterimanya.Setelah melihat mayat Tsukoyumi yang terbaring kaku di atas katil dengan wajah yang pucat,Hinata menangis semahu-mahunya.Sugawara menenangkan Hinata.Dia memandang sayu wajah pucat Tsukoyumi.Hari ini,mereka semua telah kehilangan orang tersayang.

Dua bulan kemudian.....

Hinata meletakkan sejambak bunga ros yang berwarna putih di atas kubur milik Tsukoyumi.Keluarga Tsukoyumi memutuskan untuk menyemadikan Tsukoyumi di Jepun ,tempat kelahirannya.Mereka sekeluarga juga tinggal di Jepun sejak dua bulan lalu.

Kageyama masih kesal kerana tidak sempat meminta maaf buat kali terakhir.Hubungannya dengan Hinata juga pulih seperti biasa.Sekarang semuanya kembali normal tetapi tiada lagi senyuman Dan gelak tawa daripada Tsukoyumi.Hinata tersenyum memikirkan kenangannya bersama Yumi.

"Sho-chan!Tunggu Yumi!"kelihatan seorang budak perempuan berlari mengejar kawannya itu.Tiba2,dia tersungkur jatuh menyebabkan dia menangis.Budak lelaki tadi terus berpatah balik dan membantu kawannya itu."Shhhh,Yumi-cahn kan kuat? Meh sini saya tengok"kata budak lelaki itu.Setelah menampalkan plaster ke luka,budak perempuan itu memeluknya."Arigatou,Sho-chan!"kata budak perempuan itu.Mereka bergelak ketawa bersama dan berjalan pulang kerumah

"Selamat Hari Jadi,Kurobane Tsukoyumi...."

Tamat...........

Started:11 July 2021

Finished:27 January 2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera gaisss.Author minta maaf sebab dah lama tak update.Idea dah hilang.Ni pun bangun pukul 6 pagi dapat ilham subuh😅Tamat juga kisah cinta 3 segi ni.Ada orang nangis ke?Rasanya takdelah sedih manakan?Saya masih belum pakar dalam cerita sedih-sedih ni.Yang ni pun macam klise 😭Maaf jika ada yang kurang.Jika suka dengan penulisan author boleh baca buku author yang lain.Kalau nak cadangkan anime fan fiction pun boleh.Letak nama anime and genre macam mana.Bye guys

Never Gonna Be Loved(Haikyuu Edition)FinishedWhere stories live. Discover now