:🔱/ ᴡᴡ.ᴇᴘ6

355 43 0
                                    

Ayoung dan Jeno kini menjadi kawan baik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ayoung dan Jeno kini menjadi kawan baik. Namun, keluarga kedua-dua belah pihak tak tahu akan kewujudan hubungan persahabatan itu. Semuanya dilakukan secara senyap-senyap.

"Ayoung, kamu nak ke mana lagi harini?" Tanya Puan Hwang yang melihat Ayoung berlari-lari anak ke muka pintu

"Ayoung nak ke hutan eomma. Macam biasa." Kata Ayoung dengan wajah yang gembira

"Again? Minggu ini, dah tiap-tiap kali kamu ke hutan Ayoung. Kamu buat apa dekat sana?" Tanya Puan Hwang

"U-uh.. Ayoung main dengan kawan-kawan Ayoung dekat dalam tu la." Jawabnya

Puan Hwang kemudiannya memandang Tuan Hwang yang baru sahaja keluar dari dapur dengan membawa secawan kopi.

"Yeobo, tengok anak awak ni." Kata Puan Hwang

"Ayoung nak ke mana?" Tanya Tuan Hwang dengan lembut

Ayoung merupakan anak tunggalnya dan segala apa kemahuan Ayoung akan diberi dan Tuan Hwang tak pernah walau sekali Tuan Hwang meninggikan suara dan memukul Ayoung.

"Ayoung nak masuk dalam hutan appa. Nak main dengan kawan." Kata Ayoung

Tuam Hwang yang memahami maksud 'kawan' yang dimaksudkan oleh Ayoung itu sekadar menganggukkan kepalanya.

"Setiap hari kamu pergi main dengan kawan-kawan haiwan kamu tu. Kalau sehari tak pergi tak boleh ke?" Tanya Tuan Hwang

"Uhhh…." Ayoung memandang lantai dan bermain dengan jarinya, menunjukkan bahwa dia sedang sedih

"Hmm okla. Jangan balik lewat. Balik sebelum senja." Kata Tuan Hwang

Ayoung terus memeluk Tuan Hwang dan berlari keluar.

Tuan Hwang duduk di sebelah isterinya yang sedang menganyam.

"Awak manjakan dia." Kata Puan Hwang

"Dia satu-satunya anak saya. Kalau dia dah kahwin nanti, saya takkan dapat manjakan dia dah." Kata Tuan Hwang

"Saya faham. Masalahnya sekarang ni dalam hutan tu bahaya. Awak sendiri dengarkan apa ketua kampung Arendelle cakap tempoh hari." Kata Puan Hwang

"Ya, saya ingat. Mungkin ada serigala jadian. Mungkin tak ada." Kata Tuan Hwang

"Yeobo, mereka berjaya tangkap seekor dan buktikan dekat kita. Mungkin keluarga serigala jadian itu dah berpindah ke kampung kita! Kita je tak tahu!" Kata Puan Hwang dengan tegas

"Saya risaukan Ayoung. Dalam hutan tu macam-macam boleh jadi. Kalau awak nak benarkan dia pergi, at least kena ada seorang lelaki temankan dia. Lelaki yang mampu jaga dia." Kata Puan Hwang lagi

"Siapa? Ayoung tak ada kawan dekat kampung ni. Kawan dia haiwan-haiwan tu je." Kata Tuan Hwang

"Awak ketua kampung, awak mesti kenal mana-mana namja dalamkampung ni yang gagah perkasa." Kata Puan Hwang

 ⋮  ៚ ᴡᴇʀᴇᴡᴏʟғ's ᴍᴀᴛᴇ  ↺  ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ  ꒰ ✓ ꒱ Where stories live. Discover now