BANGGG!!
Aku terjaga dari tidur tatkala bunyi pintu gua dibuka dengan kuat. Bukan setakat aku sahaja namun dreamies yang lain turut tersedar.
Aku nampak anak-anak buah Yeonjun masuk ke dalam dengan rantai besi di tangan mereka.
Pintu besi dibuka dan mereka menarik aku dan Dreamies keluar dari penjara.
"Lepas la!" Jerit Jisung namun tidak diendahkan oleh mereka
Kami diheret ke kawasan lapang dan bukan hanya kami di situ, penduduk-penduduk aku turut ada memandang ketua mereka diseksa.
"Oh well malam ni bulan penuh kan?" Suara Yeonjun jelas aku dengar
"Aku tertanya-tanya kalau Ayoung akan balik semula malam ini." Kata Yeonjun lagi
Darah aku mendidih tatkala aku dengar Yeonjun menyebut nama Luna aku, Ayoung. Aku yakin Ayoung akan kembali malam ini. Aku sudah sampaikan mesej kepadanya semalam sebelum aku.
"Dia akan balik…" kata aku dengan nada perlahan namun masih dapat didengari oleh Yeonjun
"Kau yakin ke? Kau ingat dia nak balik ke lepas apa yang kau dah buat dekat dia?" Tanya Yeonjun dan dia memijak kaki aku dengan kuat membuatkan aku menjerit kesakitan.
"ALPHA!!" Mark hyung menjerit dan dia berusaha untuk melepaskan diri namun gagal
"Buatlah apa yang kau nak Yeonjun. Akan aku pastikan kau mati dalam tangan aku." Kata aku
Yeonjun gelak dengan kuat dan dia mencekik aku.
"Aku akan pastikan sebelum kau bunuh aku, aku bunuh kau dulu." Kata Yeonjun lalu melepaskan genggamannya
Yeonjun membelakangi aku dan dia gelak dengan kuat. Sebentar lagi, akan bulan penuh dan aku masih berharap agar Ayoung akan tiba secepat yang mungkin.
"Jeno, Jeno. Kau terlalu berharap yang Ayoung akan balik. Aku rasa dia dah bencikan kau." Kata Yeonjun
Aku hanya mampu menundukkan muka sebelum..
"Aku tak bencikan dia CHOI YEONJUN."
Satu suara yang sangat aku kenali masuk ke dalam telinga aku. Aku terus mendongak dan aku dapati Ayoung berdiri betul-betul di depan aku.
"M-Mummy…" seorang kanak-kanak perempuan memeluk erat kaki Ayoung
"J-Jihye.." kata aku
Tanpa aku sangka, air mata aku menitis tatkala aku nampak anak aku.
"Oh, kau balik jugak… sungguh aku tak sangka, Ayoung." Kata Yeonjun dan dia tersenyum sinis
"Aku tak sangka kau sebenarnya talam dua muka! Kau pura-pura baik di depan aku dan selama ini, kau-" Ayoung kehilangan kata-kata
"Aku cuma jadikan kau umpan Ayoung, kenapa kau lembab sangat dan kau mudah percayakan aku.." kata Yeonjun lagi
Mata Yeonjun tiba-tiba memandang ke arah Jihye.
"Jihye, come to uncle.." kata Yeonjun dan mata aku membulat
"M-Mummy.. Jiji takut…" kata Jihye lalu memeluk Ayoung dengan lebih erat
Ayoung memandangku dengan pandangan sayu.
"Soldiers! Tangkap mereka!" Arah Yeonjun
Empat orang anak-anak buahnya memegang Ayoung dan Jihye dengan erat.
"MUMMY! MUMMY!" Jerit Jihye dan dia menangis
Aku cuba untuk bangun namun gagal.
"Yeonjun! Lepaskan mereka! Ayoung dah ada dekat sini and now what! Bunuh aku seperti apa yang kau hajatkan!" Kata aku
"J-Jeno apa awak cakap ni!" Jerit Ayoung
Yeonjun ke arah aku.
"Kalau diikutkan hati, memang aku nak bunuh kau sekarang tapi, aku rasa aku nak main dengan Ayoung and Jihye buat sementara waktu. Boleh kan?" Tanya Yeonjun
"Kau-" aku merentap kasar membuatkan besi yang dipegang oleh anak-anak buah Yeonjun terlepas dari tangan mereka
Aku dengan kudrat yang ada meluru ke arah Yeonjun dan belum sempat aku menerkamnya dia telah menyepak aku terlebih dahulu membuatkan aku mengerang kesakitan.
"JENO!!" Jerit Ayoung
Pandangan aku mulai kabur namun aku masih dapat mengawal diri aku daripada pingsan.
Bunyi derapan kaki makin kuat didengari menbuatkan aku tertanya-tanya siapa yang datang.
"Soldiers, check pagar depan sekarang!" Arah Yeonjun
Anak-anak buahnya beredar namun bunyi besi berlaga jelas didengar membuatkan Yeonjun risau dan cuak..
Sekumpulan serigala jadian mula muncul dan aku sangat kenali mereka. Tiga orang perempuan berdiri di depan dengan senjata tajam di tangan masing-masing. Aku tersenyum melihat mereka kembali setelah sekian lama menghilangkan diri.
"We're back.." kata mereka
Tbc
::/ siapa yang kembali itu guys? Dapat teka tak?
Btw another 2 chap lagi, Inshaallah ff ni akan tamat!
Thanks for reading!!
YOU ARE READING
⋮ ៚ ᴡᴇʀᴇᴡᴏʟғ's ᴍᴀᴛᴇ ↺ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꒰ ✓ ꒱
Fanfiction҂৲ jeno fanfic : ❝Ayoung, be my Luna❞ -Jeno START : 11 Jul 2021 END : 15 AUG 2021