"Unnie, duduklah tak payah masakkan untuk Ayoung." Kata aku
Irene unnie dari tadi ke hulu ke hilir di dapur, sibuk masakkan makan tengah hari untuk aku.
"Kamu tu pregnant Ayoung." Kata Irene unnie
"Belum confirm kan….." kata aku
Tadi, aku beritahu semua apa yang berlaku kepada Irene unnie dan Irene unnie tiba-tiba sahaja kata aku mengandung dan semua simptom-simptom loya dan muntah-muntah semuanya sudah terbukti.
"Kejap lagi unnie suruh Jeno bawa Ayoung jumpa Puan Han. Dia bidan di sini jadi mesti dia tahu." Kata Irene unnie
Kalau betul lah aku mengandung, aku akan jadi orang yang paling bahagia dalam dunia ini. Manatidaknya, dah lama aku nak dur8kan keluarga dengan Jeno. Aku berharap sangat Jeno akan terima.
KREAKKKK
Pintu dibuka dan aku menoleh. Jeno masuk ke dalam dengan muka yang penat. Aku terus bangun lalu menuju ke arahnya.
"Alpha…" sapa aku
"Kenapa tak rehat dekat atas?" Tanya Jeno
"Saya tengok Irene unnie masak." Kata aku
Jeno terus ke dapur dan dia menegur Irene unnie.
"Noona, susah-susah je. Jeno boleh masak nanti." Kata Jeno dan aku tergelak
Jeno masak? Kalau suruh masak nasi mungkin boleh. Kalau masak lauk, aku rasa meletup dapur.
"Dah nak siap.." kata Irene unnie
Jeno duduk di meja makan dan Irene unnie menghidangkan makanan.
"Unnie makanlah sekali dengan kami." Ajak aku
"Gwenchana, unnie ada kerja nak kena selesaikan." Kata Irene unnie
"Thanks Noona jagakan Ayoung." Kata Jeno
Irene unnie sekadar mengangguk dan dia menuju ke pintu depan. Namun dia berhenti dan menoleh.
"Jeno, Noona rasa kamu better bawa Ayoung jumpa Puan Han." Kata Irene unnie lalu dia beredar
Jeno pula berhenti makan dan hanya kaku di tempatnya.
"Irene unnie kata saya pregnant." Kata aku dan Jeno memandang aku dan aku memandangnya semula
"A-ahh ok.. kejap lagi kita jumpa Puan Han." Kata Jeno dan aku tersenyum
Aku sedang memilih baju namun kemudian Jeno keluar dari bilik air dan dia berkata.
"Pakai baju longgar nanti senang kalau Puan Han nak periksa keadaan awak." Kata Jeno dan aku mengangguk
Perangai Jeno agak lain. Selepas dia balik dari mesyuarat tadi, dia banyak diam.
"Jeno, gwenchana?" Tanya aku dan dia hanya menjawab 'hmm' sahaja
Selepas aku dan Jeno bersiap, kami pergi ke rumah Puan Han.
Pic rumah
"Alpha, Luna, ada apa ke mari?" Tanya Puan Han
"Ayoung loya dan muntah dah masuk 2 minggu. Saya nak Puan Han tengok keadaan dia." Kata Jeno
Puan Han tiba-tiba tersenyum dan dia membawa aku ke sebuah bilik dan Jeno dibiarkan menunggu di luar
Jeno tak dapat duduk dengan senyap. Dia berjalan ke hulu ke hilir sambil menunggu Ayoung selesai diperiksa.
"Alpha…" namanya dipanggil dan Jeno menoleh
Puan Han dan Ayoung tersenyum dengan lebar.
"Tahniah, Luna mengandung dah sebulan." Kata Puan Han
Riak muka Jeno jelas terkejut. Senyuman langsung tidak terukir di bibirnya.
"Aren't you happy?" Tanya Ayoung
Senyumannya mati tatkala Jeno tidak memberi apa-apa respon gembira.
"Gugurkan anak tu." Kata Jeno
Tbc
::/ done triple updates huhuuuuuuu!! 😁😁
kejam sungguh Jeno! Tak sangka hiks-
Baidaweh tenggula nest chap kalau nak tahu apa yang terjadi.
Thanks for reading and voting!!
YOU ARE READING
⋮ ៚ ᴡᴇʀᴇᴡᴏʟғ's ᴍᴀᴛᴇ ↺ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꒰ ✓ ꒱
Fiksi Penggemar҂৲ jeno fanfic : ❝Ayoung, be my Luna❞ -Jeno START : 11 Jul 2021 END : 15 AUG 2021