"UHUK-UHUK-UHUK-" Aku batuk tanpa henti setelah aku mengeluarkan segala isi perut aku
"Ayoung, awak ok? Buka pintu ni.." kata Jeno dari luar
Aku tak mampu nak balas apa-apa disebabkan kepala aku terlalu sakit.
"Ayoung, kalau awak tak beri apa-apa respon saya pecahkan pintu ni." Kata Jeno lagi
Belum sempat dia bertindak aku membuka pintu dan dia terus menekup muka aku.
"Pucatnya…" kata Jeno
Tanpa banyak kata, Jeno mengangkat aku dan dia meletakkanku di atas katil.
"Saya panggil Renjun." Kata Jeno namun aku menghalangnya
"S-saya sakit kepala je. Teman saya please.." kata aku
Jeno hanya mengangguk dan dia baring di sebelah aku lalu memeluk aku dan aku tertidur.
"UHUK-UHUK-UHUK-" genap 2 minggu aku kerap muntah lagi-lagi selepas aku makan
"Ayoung, dah 2 minggu. Saya akan panggil Renjun untuk rawat awak walaupun awak tak nak." Kata Jeno sambil menepuk lembut belakang aku
"J-Jangan risaukan saya… " kata aku
Jeno melepaskan nafas berat dan dia membawa aku ke katil.
"Saya suami awak Ayoung, takkan saya tak risaukan awak." Kata Jeno
Suami… ya sudah 3 bulan aku bergelar isteri Jeno selepas dia lamar aku.
Jeno mengelus rambut aku.
"Saya jaga awak harini. Sekejap lagi saya panggil Renjun untuk periksa keadaan awak." Kata Jeno dan aku hanya mengangguk
TOK TOK TOK
Bunyi ketukkan pintu dari bawah didngari dan Jeno turun lalu membukanya. Aku terus duduk dan menanti kedatangan Jeno ke atas memberitahu siapa dan apa yang berlaku.
"Ayoung, saya ada mesyuarat dengan Dreamies sekarang. Saya akan suruh Irene Noona jaga awak." Kata Jeno
Mukanya jelas dalam keadaan risau.
"Apa yang berlaku Jeno?" Tanya aku
"Saya akan beritahu awak kemudian." Kata Jeno lalu mengucup dahi aku lalu beredar
Aku harap semuanya baik-baik sahaja.
Aku terus mengikut Mark hyung menuju ke bilik mesyuarat.
"Apa yang berlaku Chenle?" Tanya aku setelah aku nampak Chenle yang luka di kepalanya dan sedang dirawat oleh Renjun
"Masa kitorang memburu tadi, kitorang diserang." Kata Chenle
"Siapa serang?" Tanya aku lagi
"Anak-anal buah Yeonjun. Beberapa hunters kita mati." Jawab Chenle
Pasu yang berada di atas meja aku ambil dan melemparkannya ke dinding.
"Jeno, bawa bersabar.." kata Jaemin
"Dia serang secara kecil-kecilan." Kata aku
Aku kini buntu. Dengan Ayoung yang sakit, dengan keadaan kelompok aku.
"Dia ada tinggalkan pesanan hyung." Kata Chenle lalu meletakkan sekeping kertas lama di depan aku dan aku membacanya
"Apa dia kata Jeno?" Tanya Mark hyung
"Dia nak Ayoung menjadi milik dia…" kata aku
Kertas itu aku koyak dan aku duduk lalu meremas rambut aku.
"Sekarang kita nak buat apa?" Tanya Jisung
"Renjun, kau boleh tolong aku periksa keadaan Ayoung?" Tanya aku
"Kenapa dengan Luna?" Tanya Renjun semula
"Dia muntah-muntah, loya dah masuk 2 minggu." Kata aku
"Jeno, aku rasa kau patut bawa dia jumpa Puan Han." Kata Renjun dan aku mengerutkan dahi
Puan Han merupakan bidan di kelompok aku.
"Buat apa jumpa Puan Han? Ayoung bukan preg-" kata aku namun aku terdiam
"Satu simptom dia muntah-muntah Jeno. Aku sarankan kau bawa Ayoung pergi berjumpa dengan Puan Han." Kata Renjun lagi
Aku mulai cuak dan risau. Kalau benar Ayoung mengandung, keadaan akan bertambah teruk dan berbahaya lagi-lagi kalau sampai ke telinga Yeonjun.
Tbc
::/ entah kenapa chapter kalini rasa pelik pulak…
See you next chap! Thanks for reading!
YOU ARE READING
⋮ ៚ ᴡᴇʀᴇᴡᴏʟғ's ᴍᴀᴛᴇ ↺ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꒰ ✓ ꒱
Fanfic҂৲ jeno fanfic : ❝Ayoung, be my Luna❞ -Jeno START : 11 Jul 2021 END : 15 AUG 2021