Ayoung segera bersiap dan dia berlari turun ke bawah.
"Ayoung! Jangan lari! Kalau jatuh nanti macam mana?" Kata Puan Hwang
"Ayoung masuk hutan dulu tau! Sebelum senja Ayoung balik." Kata Ayoung
Ayoung terus keluar dari rumah dan Tuan Hwang sekadar memandangnya sambil tersenyum sinis.
"Dia nak cari kawan serigala jadian dia la tu." Kata Puan Hwang lalu meletakkan secawan teh di atas meja
"Biarkan…." Kata Tuan Hwang
"Ni, awak pasti ke yang awak dengan penduduk kampung dah bunuh semua? Kalau ada yang tertinggal?" Tanya Puan Hwang dalam nada risau
"Saya pasti. Kami dah musnahkan kediaman mereka." Kata Tuan Hwang
Puan Hwang hanya mengangguk sahaja, tak tahu nak membalas apa.
Ayoung melangkah masuk ke dalam hutan tebal sambil menjerit memanggil nama Jeno. Dia berharap sangat Jeno akan muncul.
"Jeno!! Lee Jeno!!" Sekarang ni dia tak kesah kalau ada manusia lain dengar jeritannya
Apa yang dia tahu, dia akan pastikan apa yang dikatakan oleh appanya, Tuan Hwang tidak benar.
"Jeno muncul please…." Kata Ayoung
Namun setelah sejam Ayoung bermundar-mandir di tempat yang sama, Ayoung mulai keletihan.
"A-awak takkan mati kan…" kata Ayoung dalam nada sebak
Ayoung terus duduk di atas tanah dan tiba-tiba dia teringat akan sesuatu.
"Kalau awak nak cari saya, cari di air terjun ni."
Dengan sepantas kilat Ayoung bangun setelah dia ingat akan pesanan Jeno yang diberikan kepadanya tempoh hari sewaktu mereka keluar berdua.
Ayoung mengharungi hutan tebal dan semak samun sehinggalah dia tiba di kawasan air terjun,
Matanya melilau memandang kawasan sekeliling.
"LEE JENO!!" Ayoung menjerit lagi, memanggil nama Jeno
Air matanya mulai menangis setelah dia tidak mendengar apa-apa sahutan.
Dia mendekati kawasan air terjun dan ingin mencuci mukanya sebelum pulang namun matanya tertarik kepada susuk tubuh seseorang yang terkulai lemah.
"J-Jeno-?" Ayoung memandang tubuh sang manusia itu
"JENO!!" Ayoung terus berlari ke arah Jeno yang terbaring, tidak menyedarkan diri
Dia memangku kepala Jeno di atas pahanya dan memukul pipi Jeno berkali-kali.
"Jeno.. bangun!!" Kata Ayoung namun Jeno tidak mencelikkan matanya
Mukanya yang pucat dan tangannya yang sejuk membuatkan Ayoung semakin risau.
Dengan kekuatan yang ada, Ayoung menggagahkan diri membawa Jeno ke rumah persembunyiannya yang berada di dalam hutan.
Setelah tiba di sana, Ayoung menempatkan Jeno di atas katil dan menyelimuti badan sang lelaki itu.
Dia terus ke dapur dan membuat air panas sementara menunggu Jeno menyedarkan diri.
Peti kecemasan juga turut disediakan bagi merawat luka-luka Jeno akibat serangan tempoh hari.
Ayoung lega dapat berjumpa dengan Jeno yang masih dalam keadaan hidup walaupun tidak menyedarkan diri. Sekurang-kurangnya, Ayoung dapat menjaga Jeno sehingga dia mencelikkan matanya.
Tbc
::/ makin lama makin sikit words untuk 1 chap.
Btw done update 4 today! Thanks!!
YOU ARE READING
⋮ ៚ ᴡᴇʀᴇᴡᴏʟғ's ᴍᴀᴛᴇ ↺ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꒰ ✓ ꒱
Fiksi Penggemar҂৲ jeno fanfic : ❝Ayoung, be my Luna❞ -Jeno START : 11 Jul 2021 END : 15 AUG 2021