"Jeno….." Ayoung memanggil Jeno
"Hmm?" Sahut Jeno
"Sakit tak kalau jadi serigala jadian?" Tanya Ayoung
"Mungkin sakit. Saya takkan paksa awak Ayoung. Kalau awak masih belum bersedia, saya boleh tunggu." Kata Jeno
"Hmm ok…" kata Ayoung dengan nada lemah
Sudah masuk 2 bulan Ayoung tinggal di kelompok Jeno. Seorang manusia yang tinggal dengan beratus-ratus ekor serigala jadian. Mujurnya, penduduk kampung dapat menerima kehadiran Ayoung dengan hati yang terbuka. Ayoung kini mendapat ramai kawan dan kenalan. Jadi Jeno tidak risau akan keselamatan Ayoung lagi.
Namun sejak dua menjak ini, satu perkara kerap bermain di dalam fikiran Ayoung. Di mana dia ingin berubah menjadi salah seorang dari mereka. Disebabkan Ayoung merupakan mate Jeno jadi dia ingin menjadi sepertinya namun dia takut dan risau akan kesan sampingan yang bakal dia hadapi nanti.
Jeno pernah memberitahu Ayoung bahawa menjadi seekor serigala jadian bukan satu perkara yang mudah. Hidup sebagai dua jenis hidupan bukan satu perkara yang mudah.
Namun, Ayoung turut risau kalau dia digigit oleh serigala jadian yang lain. Perkara itu mungkin boleh terjadi. Walaupun Ayoung menjadi hak milik Jeno namun serigala jadian yang lain berjantina lelaki mampu merampas Ayoung dari Jeno. Itu merupakan perkara kedua yang dirisaukan oleh Ayoung.
Disebabkan itu, hatinya berbelah bagi.
"Jeno….." Ayoung memanggil Jeno lagi
"Yes Luna?" Sahut Jeno
"Uhh……" kata Ayoung
Dia ingin menyuruh Jeno menukarkan dirinya kepada seekor serigala jadian namun dia sangat takut dan gementar
"Apa dia Ayoung? Awak berpeluh." Kata Jeno yang memandang Ayoung tepat di matanya
Jeno masih tak dapat akses membaca apa yang Ayoung fikirkan disebabkan Ayoung masih belum menjadi serigala jadian. Jikalau Ayoung sudah menjadi salah seorang dari mereka, Jeno dengan mudah dapat mengakses fikiran Ayoung dan membaca serta merasai apa yang Ayoung fikir dan rasakan.
"Uhh.. saya nak minta izin keluar dengan Jisung lepas makan tengah hari boleh?" Tanya Ayoung. Hasratnya terus dimatikan
"Pergilah. Awak boleh teman Jisung. Kadang-kadang saya kesian dengan dia selalu bersendirian. Hyungs dia semuanya sibuk." Kata Jeno
"Gomawo~" kata Ayoung lalu memeluk Jeno dengan erat.
Jeno tinggal bersendirian di dalam rumahnya setelah Ayoung keluar dengan Jisung.
"Alpha!!" namanya dipanggil membuatkan Jeno mendongak memandang Dreamies yang berada di depannya dengan riak muka yang risau
"Ada apa? Kenapa tak ketuk dulu?" Tanya Jeno
"Tak ada masa nak ketuk Jeno. Kau kena ikut kami ke bilik mesyuarat sekarang!" Kata Haechan
Dengan langkah yang laju, Jeno mengikut langkah Dreamies menuju ke bilik mesyuarat mereka.
"Ada apa? Apa yang terjadi?" Tanya Jeno
"Yeonjun…. Yeonjun hantar spy ke sini!" Kata Renjun
"Macam….. Macam mana korang tahu dia hantar spy ke sini?" Tanya Jeno
"Masa aku buat rondaan dengan askar yang lain, ada seekor burung helang mengelilingi kawasan kita. Burung helang tu warna hitam putih dan sayap dia besar." Kata Haechan
"And?" Tanya Jeno yang tidak dapat mendapat apa-apa input yang diberikan oleh Haechan
"Kau kenal kan Niki? Anak buah Yeonjun. Kau tahu kan dia ada kuasa menukarkan diri dia kepada mana-mana haiwan?" Tanya Jaemin dan Jeno mengangguk
"Burung helang tu Niki. Aku nampak dekat sayapnya ada logo api. Logo kumpulan Yeonjun." Kata Mark
Jeno terdiam.
"Aku ingatkan diorang dah pergi ke hutan yang lain…." Kata Jeno
"Diorang takkan berdiam diri lepas apa yang dah berlaku dekat diorang hyung." Kata Chenle
Jeno terus bangun dan mula memberikan arahan.
"Kita kena bersiap sedia. Yeonjun mungkin mula merancang sesuatu." Kata Jeno
"Kau nak kami buat apa?" Tanya Mark
"Mark hyung, Jaemin korang bantu penduduk semua pindah ke dalam gua. Renjun sediakan semua alat perubatan yang mencukupi. Chenle, kau pastikan semua kelengkapan makanan dibawa ke gua. Haechan, kau kumpulkan seramai yang boleh askar-askar kita termasuk semua hunters yang ada.. Aku akan jumpa kau di depan pintu pagar sekejap lagi." Arah Jeno
"Jeno…. Kau lupa Ayoung?" Kata Jaemin dan Jeno terkaku baru dia teringat akan perempuan yang dicintainya itu
"Aku amanahkan kau Jaemin. Jaga Ayoung untuk pihak aku. Pastikan Jisung ada dengan kau Renjun." Kata Jeno
"Kalau dia tanya apa yang berlaku? Kalau dia tanya mana kau?" Tanya Jaemin
"Aku rasa kau tahu apa yang patut kau jawab Jaemin. Pastikan dia tak ke mana-mana mencari aku." Kata Jeno
"Gerak sekarang!" Kata Jeno lagi dan mereka semua beredar memulakan tugas yang diberi.
Tbc
::/ done update for today!
Haaa apa jadi lepas ni? Apa peranan yeonjun sebenarnya?
Tunggulah next chap ye~ bye!!
Thanks for reading guyssss!!
YOU ARE READING
⋮ ៚ ᴡᴇʀᴇᴡᴏʟғ's ᴍᴀᴛᴇ ↺ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꒰ ✓ ꒱
Fanfic҂৲ jeno fanfic : ❝Ayoung, be my Luna❞ -Jeno START : 11 Jul 2021 END : 15 AUG 2021