Mata aku dibuka secara perlahan-lahan. Aku memandang segenap kawasan membuatkan aku tertanya-tanya, dimanakah aku sebenarnya?
Aku ingin berdiri namun badan aku terasa lemah. Aku masih gagahkan diri untuk bangkit dari pembaringan namun gagal.
KREAKKK
Mata aku kini tertumpu pada pintu yang dibuka secara perlahan. Jantungku berdegup kencang. Aku memikirkan bahawa aku sudah ditangkap oleh pemburu.
"Jeno……" seorang perempuan memanggil nama aku membuatkan aku mengerutkan dahi
Dia membelakangi aku membuatkan aku tak nampak mukanya.
"Finally, awak dah sedar." Dia kini memandang aku membuatkan aku tersenyum setelah dapat melihat wajahnya
Perempuan yang aku rindu…
"A-Ayoung…." Aku menyebut namanya dan ingin bangun lagi namun dia segera ke arah aku dan menolak bahu aku dengan lembut agar aku baring semula
"Awak masih lemah. Dah 3 hari saya bawa awak ke sini dan baru harini awak sedar. Luka awak pun belum pulih sepenuhnya." Kata Ayoung
Aku hanya mampu menenungnya.
"Kenapa tenung saya macam tu? Macam awak nak baham saya je." Kata Ayoung
"Rindu……" kata aku membuatkan mukanya jelas merah
"Uhmm biar saya tolong awak duduk. Saya tak pasti sama ada awak makan makanan manusia ke tak sebab awakkan separuh manusia separuh haiwan jadi saya ada bawa roti dan daging dari rumah." Kata Ayoung
"Keluarga awak…." Kata aku yang mulai risau
"Saya tipu eomma appa. Awak janganlah risau. Ni pun rumah persembunyian saya. Dulu waktu kecil, ada seorang nenek dia selalu jaga saya sewaktu saya selalu main di dalam hutan dan ni rumah peninggalannya." Kata Ayoung dan aku mengangguk kecil
Dia menyuakan roti di depan mulut aku namun aku menggeleng.
"Awak tak makan roti ke?" Tanya Ayoung namun aku menggeleng lagi
YOU ARE READING
⋮ ៚ ᴡᴇʀᴇᴡᴏʟғ's ᴍᴀᴛᴇ ↺ ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ ꒰ ✓ ꒱
Fanfiction҂৲ jeno fanfic : ❝Ayoung, be my Luna❞ -Jeno START : 11 Jul 2021 END : 15 AUG 2021