9

1.1K 65 2
                                    

MATANYA MENELITI fail aktiviti kelab. Dah nak masuk bulan Jun. Violin dah lama gantung sebab nak tumpu pada SPM. Tapi kalau dah pegang nama Setiausaha tak boleh lepas tangan semua benda macam tu je. Ju'a mengeluh perlahan. Rindunya nak main....

"Nak air?" Plastik teh ais hampir disua di depan hidung.

"Gaya anggun betul la, Lin." Ju'a menjulingkan mata sebelum mengukir sengih. "Memang aku minum dengan hidung, bukan dengan mulut."

Ketawa Azlin turut pecah. Plastik teh ais bertukar tangan. Dia duduk di sebelah Ju'a di atas tangga astaka menghadap padang sekolah. "Banyak lagi?" Pandangannya ditebarkan ke arah pasukan bola baling membuat latihan.

"Dah siap." Ju'a meregangkan tangan ke depan. "Cepat la habis minggu ni." Ujarnya separuh mengeluh.

Azlin memandang dengan hujung mata. "Ayat tak lengkap tu."

Ek? Ju'a muka blur.

"Patutnya 'cepat la weekend, aku nak jumpa Abang Shah tersayang' kan?" Selamba Azlin mengukir sengih.

"Putus fius." Ju'a menjulingkan mata. Plastik teh ais dihulur kembali kepada tuannya. Ada abang... best. No. Ada Abang Shah dalam hidup yang best. Selama ni dia je yang jaga dan manjakan Ucop. Sekarang dia pulak ada orang jaga dan manjakan. Abang Shah memang jenis tak banyak kira, walaupun perangai sport rim karat yang dia buat dulu-dulu tu memang tak tawar habis lagi. Tapi kalau aku dah pening dengan problem, Abang Shah yang dengar. Kalau nak makan itu ini, Abang Shah yang belikan. Kalau buat perangai tersilap apa-apa, Abang Shah yang marah tegurkan. Kalau bila-bila ada masa, boleh buat duo piano-violin kat rumah. Kalau tengah mood sekupang, Abang Shah yang sakatkan. Kalau tengah bosan, Abang Shah yang jadi sparring partner nak bertekak... bahagianya hidup ada abang macam tu. Tiba-tiba teringat...

"Abang Shah tak rasa pelik ke tiba-tiba ada adik?"

"Entah. Abang suka je." Shah mengerut kening seolah-olah memikir masalah dunia. "Having Ucop around is fun. Tapi ada Ju'a memang disaster la."

Padan muka kena baling dengan kusyen. Nasib baik aku tak baling dengan music stand kat tangan.

Ju'a menyembunyikan senyum daripada Azlin.

Teh ais bersambut. "Apa kes kau dengan dia? Dulu selang seminit mulut kau tak berhenti bising pasal mamat tu. Sekarang dia pulak yang datang melawat kau tiap-tiap minggu, ambil kau balik rumah, hantar kau balik hostel, bawak keluar outing."

Fail di tangan diletak tepi. "Dia abang aku la, Lin."

"Betul." Azlin mengangguk. "Tapi kau tertinggal satu isu besar kat situ." Dia mengangkat kening double-jerk. "Abang yang boleh kahwin."

"Cekodok! Aku sayang dia pun bukan sebab aku nak kahwin dengan dia." Bulat mata Ju'a merenung Lin.

"Sekarang tak la. Nanti-nanti esok lusa mana tau."

Ju'a geleng. "Takkan..." Pandangannya menala pada pemain yang berkejar di tengah padang. "Aku sayang dia sebab dia sangat baik. Sangat baik dengan mama dan Ucop. Sangat baik dengan aku. Aku sayang dia sebab dia abang aku."

"Sangat sayang sampai gambar dia pun kau letak dalam pencil case dengan wallet dan locker?" Azlin mengukir sengih nakal.

"Asbestos sungguh la kau ni. Kau buat ayat kau tu punya maksud bunyi pelik semacam petala kelapan, tau tak?" Bahu Azlin ditolaknya perlahan. "Apa kau tak nampak ke aku, Ucop, mama dengan papa aku dalam gambar tu?"

"Saja test."

"Banyak la kau punya test. Test apa? Benedict? Millon? Sudan III?" Satu persatu Ju'a menyebut nama bahan kimia dalam makmal.

"Yang kau marah sangat tu kenapa..."

"Dah kau cakap benda tak masuk akal macam tu... takkan aku nak sengih je kut."

"Agak-agak dia dah ada girlfriend ke belum?"

"Entah." Berkerut dahi Ju'a memikir. Rasanya tak pernah tanya, tak pernah disebut pun. "Biaq pi dia la kut dah ada marka ke belum. Apa kait-mengait dengan aku."

"Kut tetiba girlfriend dia mintak putus sebab kau ke... mana la tau."

"Itu lagi la tak masuk akal tahap petala kelapan. Aku sayang dia, dia abang aku. Dia sayang aku, aku adik dia. Maka?"

"Maka... danger alert pun menyala."

"Kau putus fius la, Lin."

"Kau sayang dia?"

Tanpa perlu berfikir kepalanya dah mengangguk dulu. "Aku tak pernah ada abang, Lin." Ju'a merenung jauh. "Dan sayang tu bukan untuk boy-girl relationship je." Lin dipandangnya sekilas. "Dia abang yang sangat baik. Kira memang mustahil langsung kalau tak sayang dia."

"Kau sayang dia macam abang. Dia sayang kau macam...?"

"Macam adik la. Takkan macam anak kucing kut."

"Kalau dia sayang kau lebih dari sayang adik macam mana?"

Rasa nak jatuh rahang bawah dengar Lin cakap macam tu. "Kau putus fius ke apa?"

"Sebab dia sayang kau sangat-sangat. Aku yang tak kenal pun boleh nampak."

Ju'a hanya mengangkat bahu. "Dah tu? Aku adik dia. Patut kau tengok macam mana dia layan Ucop. Lagi spoiled kena manja."

"Minggu ni dia datang?"

"Tatau." Ju'a jongket bahu. "Aku hidup je."

Schubert's SerenadeWhere stories live. Discover now