4

1.2K 70 1
                                    

KALAU NAK BUAT muka masam kelat pun memang tak boleh kat sini. Sengih Ju'a berbunga tanpa sedar sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam MPH. Ucop, Abang Shah dengan buku rujukan dah ditolak tepi. Dia dah menonong melangkah ke bahagian EnglishFiction. Patricia Cornwell punya Predator baru keluar. Tapi Blow Fly pun tak beli lagi. Cerita di meja makan pagi tadi melintas dalam kepala.

"Hari tu cakap nak beli buku rujukan dengan buku kerja, kan?"

Dia mengangkat muka memandang mamanya di meja sarapan. Ju'a hanya mengangguk. Yes! Quality-time dengan mama!

"Nanti Shah tolong bawak kakak pergi MPH, boleh?" Puan Husna mengalih pandang pada Shah yang sedang membawa sudu nasi lemak ke mulut.

"Sure. No hal." Datar tak berperasaan Shah mengangguk. "Tapi..." Muka Ju'a yang dah scandalised semacam dipandangnya dengan hujung mata.

"Ucop nak ikut?" Dengan muka seposen Ucop merenung mama papanya.

"Tapi apa?" Kening papanya berkerut merenung Shah. "Sure. Ucop ikut kakak dengan Abang Shah." Encik Zainal beralih pada Ucop.

"Shah kena mandi dulu." Bibirnya mengukir sengih sumbing . "Busuk masam."

Ju'a dah bagi jelingan maut. Boleh dia perli aku tengah-tengah sarapan ni!

Saat ini kening Shah terangkat sebelah merenung Ju'a yang laju melangkah meninggalkan mereka ke rak buku. "Tu kenapa pulaktu?"

Ucop hanya angkat bahu. "Kakak tu memang macam tu. Kalau nampak buku cerita, perangai dia datang la tu." Dia mendongak menengadah Shah. "Abang Shah, kita lama ke kat sini? Ucop dah lapar la."

"Laa... baru sampai dah nak makan." Shah ketawa sambil menggosok kepala Ucop. Pandangannya kembali menala pada Ju'a yang sedang menarik paperback satu demi satu. "Lama tak lama... kita kena ikut mem la hari ni."

Blow Fly, Predator, Eat Cake, Under an English Heaven... Ju'a membelek paperback di tangan satu demi satu. Kacau... ni alamat terlebih kira ni! Buku rujukan tak ambil lagi ni. Dia melepas nafas perlahan. Ada yang kena letak balik ni.... Lambat-lambat dia berpusing nak kembali melangkah ke tempat Under an English Heaven. Sorry Radcliffe... and you too Ray. Cornwell menang. Geraknya mati terhenti sebelum sempat melangkah apabila dia mengangkat muka. Bila masa pulak mamat ni ada kat sini....

Shah terpacak berdiri di hadapannya. "Nak pergi mana?"

"Letak balik." Tanpa memandang wajah Shah dia dah melangkah pergi.

"Kenapa?" suara Shah terdengar mengikut di belakang.

"Tak cukup duit." Malas nak menjawab. Under an English Heaven dan Eat Cake diletak kembali ke raknya. Langkah terus diatur ke bahagian buku-buku SPM.



"ABANG SHAH, makan jom?" Ucop dah menarik lengannya ke arah eskalator.

"Ucop nak makan apa?" Shah menarik senyum segaris. Pandangannya jatuh pada Ucop.

"Mi tomyam!" Ucop sengih. Pandangannya tiba-tiba terhenti pada bungkusan plastik di tangan Shah. "Abang Shah beli apa tu?"

"Bukan abang punya, kakak punya." Shah berpaling ke belakang. Ju'a leka dengan mata lekat pada komik Kindaichi sambil kaki melangkah. "Najwa!"

Ju'a angkat muka dari muka surat Kindaichi bergaduh dengan Pakcik Kenmochi. Keningnya terangkat bertanya.

"Ni." Beg plastik di tangan dihulur. "Nak makan apa?" Shah mengalih pandang ke arah medan selera.

Dahi Ju'a berkerut. Bila masa pulak dia pegang buku aku? "Apa tu?" Huluran Shah tak bersambut.

"English Heaven dengan Eat Cake." Malas Shah menjawab. "Nak makan apa ni?"

Huh? Pekehal pakcik ni beli pulak. Beli untuk aku ke?

Shah mengalih pandang pada Ju'a yang masih tak bergerak. "Nak ke tak nak ni? Kalau tak nak abang bagi Ucop."

Ucop terkekeh ketawa. "Mana Ucop nak baca buku tebal macam tu."

Nak ambik ke tak mau... nak ambik ke tak mau... tak boleh tahan ni.... Haru... haru....

"Tak nak sudah." Shah bersuara sambil menjongket bahu. Huluran beg plastik di tangan ditarik semula. "Jom, Ucop. Makan." Dia meraih bahu Ucop ke arah kerusi dan meja yang bersusun.

Haila... Ju'a! Tolak rezeki! Ju'a mengetap gigi sambil menengadah siling sebelum melangkah mengikut ke arah meja.

Schubert's SerenadeWhere stories live. Discover now