18

1K 63 1
                                    

22 Mac


MALAM yang memang dah sedia sejuk tu makin disejukkan dengan air-cond yang menderu dari segenap penjuru.

"Untuk kelas Sains Hayat akan ada tiga subjek teras yang akan diambil kira dalam peperiksaan. Matematik, biologi dan kimia. Untuk kelas Sains Fizikal pula akan ada tiga juga subjek teras. Matematik, fizik dan kimia."

Aku tau dah aku nak ambil apa. Cepat Ju'a menuturkan di dalam kepala.

"Ju'a, kau nak ambil apa?" satu suara di sebelah kanannya separuh berbisik bertanya.

"Aku rasa Sains Hayat. Aku alergi teruk dengan Fizik." Ju'a membalas rendah dengan mata masih pada Encik Zakuan yang sedang memberi penerangan di atas pentas di depan Dewan Kuliah 1 itu. "Kau?"

Zati, bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan yang duduk selang sebilik dari biliknya di tingkat empat itu memikir sejenak. "Aku rasa Sains Hayat jugak kut. Takkan nak jadi doktor nak ambil Sains Fizikal."

"Anda semua diberi tempoh percubaan tiga hari untuk mencuba semua kelas sebelum membuat keputusan mutlak. Kelas akan bermula Isnin minggu depan dan anda semua boleh rujuk papan kenyataan untuk melihat jadual bagi setiap kelas yang ingin anda hadiri. Selepas itu anda akan isi borang pendaftaran kelas dan baru akan diagihkan kepada kelas tetap mengikut aliran." Encik Zakuan menukar slaid di projektor.

Suasana di dalam dewan kuliah itu hingar sebentar.

"Kau nak try masuk kelas Sains Fizikal?" Zati sengih. "Aku rasa budak perempuan bakal jadi spesies terancam hampir pupus dalam kelas tu."

Ju'a sengih kembali. Matanya menyapu seluruh isi dewan kuliah. "Aku rasa kalau nak ikut macam ni, kita yang dalam Sains Hayat pun boleh jadi spesies terancam separuh pupus."

Tiga suku daripada isi dewan tu semuanya lelaki.

Zati buat muka. "Mungkin jugak."

Di depan, Encik Zakuan kembali kepada slaid seterusnya mengenai sistem peperiksaan.

Seisi dewan kembali sunyi mendengar penerangan. Hanya bunyi pen berlari dan bunyi kertas diselak yang sesekali terdengar di sana-sini.

Namun ada satu kepala yang memikir rencana untuk malam Ahad nanti.


"KAU NAK PERGI mana lepas ni?" Zati menolak meja lipat ke atas sebelum dia bangun.

Ju'a mengikut. Orang lain dah berpusu-pusu menghala ke pintu keluar. "Kau balik dulu la. Aku dah janji nak jumpa Lin kat kedai ko-op."

"Okies." Langkah mereka sama melepasi pintu keluar.

Ju'a membuat nota di dalam kepala. Lain kali kalau duduk dalam kuliah, nak cepat keluar, duduk barisan belakang sekali. Huh? Dah nak tumbuh tanduk ye, Ju'a?

"Aku pergi dulu." Zati mengangkat tangan. Langkah mereka berpecah di pintu keluar.

"Jumpa nanti." Ju'a turut mengangkat tangan. Langkahnya diayun ke arah kedai koperasi. Dari jauh dah nampak Lin menanti di tengah foyer di depan bangunan kedai tu.

"Lin!"

"Najwa!"

Huh? Tu suara lelaki. Ju'a berpaling ke belakang. Siapa pulak yang memanggil? Apakah... keningnya terangkat sebelah merenung.

"Najwa." EG melangkah ke arahnya.

Ju'a sengih nak tak nak. Kenapa macam aku dah boleh terasa aura malapetaka bakal tiba ni? Sekilas dia memandang ke arah tempat Lin berdiri tadi. Lin juga sedang melangkah ke arahnya. Syukur... aku sayang kau, Lin. Kau la sahabat sehidup semati yang selalu menyelamatkan aku dari keadaan yang pelik-pelik macam ni.

Schubert's SerenadeWhere stories live. Discover now