19

1K 62 2
                                    

23 Mac


"SAYA NAK habaq mai kat awak semua, kita kat kolej ni bukan hanya pandang pada akademik. Kita nak lahirkan insan kamil. Bukan sekadar pelajar yang cakap berabuk pasal akademik, tapi berabuk jugak bila cakap pasal agama." Ustaz Romli di atas pentas di depan Dewan Kuliah 2 sedang bercakap. "Cakap berabuk tak apa, tapi bukan habuk pun tak ada. Kita tak nak pelajar kita sekadar pandai belajaq tapi akhlak tak ada."

Ju'a hanya merenung kosong. Segala patah kata yang entah apa diucapkan oleh ustaz separuh umur di hadapan tu umpama angin lalu yang datang menyapa. Memang dia lesu layu hari ni. Semalam tak cukup tidur. Kelopak mata terasa macam digantung mesin basuh je gayanya. Ini slot ketiga untuk hari ni. 'Solat dan Doa Dalam Pembelajaran'. Ngaa... nampak katil dengan bantal macam menari-nari kat depan mata.

"Kepentingan solat tu ada luaran, ada dalaman." Ustaz Romli masih dengan ceramahnya. "Luarannya untuk kita abdikan diri, untuk cenderungkan diri kita ke arah benda baik dan untuk kenal kebenaran hidup. Dalam al-Quran banyak Allah menyebut; sesungguhnya solat tu mencegah kemungkaran."

Seisi dewan kuliah tu memang senyap sungguh. Namun wallahualam senyap kerana khusyuk mendengar atau senyap kerana ramai yang dah gugur 'syahid' di tengah jalan atau dengan kata lainnya dah terlena.

"Kita kena tau, kenapa kita hidup." Ustaz Romli memandang muka-muka muda di hadapannya itu. Ada yang segar, separuh layu, layu, yang tersungkur pun ada. "Abang kat atas yang baju biru tie kelabu tu." Tiba-tiba dia menuding ke arah barisan belakang dewan kuliah. "Kenapa kita hidup, abang?"

Ju'a tersentak dari alam separa mimpi. Aah... sudah... Ustaz ni nak main tuju-tuju tanya soalan pulak. Ni yang kacau ni.... Si cik abang baju biru tie kelabu tu terkial-kial nak menjawab.

"Ek... aa... ek... aa..."

"Apa soalan ustaz tu tanya tadi?" Ju'a bertanya rendah pada Lin di sebelah.

"Awat ek... aa... ek... aa, abang? Saya tanya soalan. Bukan suruh kamu dok nyanyi lagu dangdut Mas Idayu Cubit-Cubitan, Senggol-Senggolan tu." Ustaz Romli menggeleng.

Ketawa pecah dari seisi dewan. Si cik abang baju biru tie kelabu tu sengih malu.

"Ha... dah bangun pun semua orang. Tadi habaih semua dok pakat layu."

Ketawa reda.

"Balik pada soalan saya tadi. Apa kebenaran kehidupan?"

Seisi dewan sunyi.

"Untuk?"

Soalan Ustaz Romli masih tak berjawab.

"Untuk hanya makan nasi?"

"Tak...." Lanjut seisi dewan serentak menjawab.

"Untuk hanya tengok TV?"

"Tak...." Lanjut seisi dewan menjawab sekali lagi.

"Dah tu?"

"Untuk Allah."

"Beribadat."

"Solat."

Di sana-sini jawapan rambang pecah.

"Tau pun." Ustaz Romli mengangguk. "Kita hidup kerana Allah. Allah jadikan kita ni untuk beribadat pada dia. Solat ni, kalau dari segi dalamannya akan bagi kekuatan pada kita. Solat ni menambahkan keyakinan diri, pemangkin untuk dok tingkatkan ibadat lain... apa lagi?"

"Cegah kemungkaran."

"Dapat pahala."

"Tiang agama."

Schubert's SerenadeWhere stories live. Discover now