Bab 3 PUJIAN

9 1 0
                                    

Harini hari sabtu. Aku, zimah dan hidayuh bercadang nak pergi lepak jalur lebar. Well, tak buat apa pun. Tempat tu selalunya pelajar selalu kunjungi sebab nak melayari Internet, dan ada jugak pelajar yang duduk depan jalur lebar saja sebab nak dapat kan line Internet. Tu kalau diorang ada laptop atau phone lah. Kalau yang takde tu biasanya masuk dalam.

Tapi harini kami saja ja duduk depan tu nak lepak. Sambil-sambil tu ulang kaji. Ulang kaji la sangat. Dah nak dekat exam ni, kena lah study. Sejak yang aku bagitau Mimi pasal yang dia ada mesej aku tu, hubungan aku dengan Mimi macam tak mesra seperti selalu. Jarang dah lepak bercerita macam dulu. Tak tahu lah. Aku je kot yang rasa macam tu. Tapi kitorang okay je cuma jarang dah bercerita lepak. Aku pun dah tak tidur rumah dia dah sejak aku sakit sebab tertengok makhluk halus dalam rumah dia tempoh hari.

Zimah yang sedang ralit dengan phone dia tu aku sergah.

"Weh jam berapa si Jamrin mau datang sini?"

"Ha? Lepas zuhur dia datang." Jawabnya tanpa memandang aku. Matanya asyik di screen telephone ja.

Kalau si Zimah ni tujuan sebenar dia nak pergi dating dengan pakwe dia petang ni. Aku pun yang bagai lalang ni mengikut saja plan diorang berdua dengan si Hidayu.

Sedang asyik mengulang kaji. Tiba-tiba aku rasa bosan. Kalau lama-lama menghadap buku ni tak best jugak. Naik tepuh kepala otak tengok huruf dan nombor. Aku tutup buku tengok sekeliling aku. Sebenarnya bukan kami ja yang duduk lepak study kat depan ni. Elleh! diorang semua ni pun bukan study betul-betul jugak. Dating yang lebih dari study. Macam aku tak tahu. Sebagai contohnya minah depan aku ni haa. Siapa lagi Zimah lah hahhahahaha
Ada banyak lagi student yang tengah study jugak. Kebanyakkan dari sekolah aku dan jiran SMK Kunak Jaya. Kalau SMK Madai ni ada jugak tapi jarang.

Cakap pasal pelajar SMK Madai, otak aku terus teringat dekat dia. Eh, aku kan dah topup malam tadi. Hehehe

Aku keluarkan telephone aku dari saku, daftar free call. Nanti tak daftar habis pulak topup aku. Rugi lah.

Selesai daftar freecall RM 3, nombornya aku dial.

Tak sampai 30 saat panggilan ku berjawab. Dia jawab 'hello'. Entah kenapa mendengar suara itu saja buat aku happy. Mood bosan aku tadi dah switch pergi mood happy.

"Hello assalammualaikum." Ujar ku. Dayu di sebelah memandang aku dengan soalan 'Siapa?'

Aku jawab tanpa suara 'kawan' dia pun hanya mengangguk. Pelik pun ada jugak. Call member pun senyum-senyum kah?

"Kau di mana ni? Macam bising ja tempat mu tu." katanya. Dia pun aku dengar suara macam happy ja.

"Aku di luar sema diorang si Zimah. Mau study lah konon." Aku gelak perlahan.

"Di mana? Kamu study ka jugak tu? Hahaha" Jawabnya. Kedengaran di hujungnya macam menyindir. Saja mengusik. Memang kitorang ni selalu ja menganjing. Tak aku, tak dia.

"Of course lah!"

Dari Jalur Lebar sampai pergi tempat dating Zimah aku oncall dengan dia. Bukan apa, aku bosan tak tahu nak buat apa. Nak study mood dah takde. Nak berborak si Zimah ni dating ja dia tau. Si dayu pulak asyik dengan phone dia. Aku jenis aku tak jugak dengan phone ni.

Jadi daripada aku bosan tak tahu nak buat apa, better call dia bersembang. Tak lah jugak aku macam orang bodoh tengok-tengok orang dating kat situ.

"Sampai sudah kami di Loppon ni. Cantik jugak tempatnya." Ujar ku pada dia. Ini kali pertama aku sampai sini. Maklum lah aku single ni mana ada couple. Kebanyakan orang datang sini sebab nak berdating.

"Iya? Di mana tu Loppon?" Dia bertanya. Dari pertanyaan dia pun kau dah tahu yang dia ni pun macam aku jugak single hahahhaha!

"Di bagiang ni, Jalan masuk dalam. Nda pernah ohh aku pergi sini. Ini pertama kali." kataku sambil berjalan menujuh ke arah Hidayu yang sibuk mengambil gambar pemandangan.

"Okay lah Izul. Nanti aku call balik. Aku mau bergambar hehehe" Aku senyum lebar.

"Okay. Hati-hati. Assalammualaikum." dia tutup call. Entah kenapa pesan 'hati-hati' tu buat hati aku berbunga. Aku rasa macam, wow bestnya ada orang caring pasal kita!

"Dayu, ambil bha gambar ku." Aku menyuruhnya mengambil gambar ku sambil.

Dia mengangguk dan menyuruh ku untuk berdiri tegak di tempat aku yang aku berdiri sekarang.

"Jangan bergerak, aku mau snap ni." Kata dan mengira satu dua tiga.

Snap!

Gambar tu cantik! Nanti malam aku nak post lah. Hehehe

Malam tu habis je solat isyak aku terus post kat Facebook gambar aku yang Dayu snap kan petang tadi. Aku scroll feed news dari atas sampai bawah sambil berbaring di atas tilam ku yang empuk. Penat, satu hari berjalan. Banyak lah jugak orang share gambar diorang punya aktiviti hujung minggu.

Tengah aku asyik scroll Facebook. Pop out kat screen phone aku Muhammad Azisul is calling...

Hatiku berdebar tiba-tiba. Aihh kenapa dengan kau ni Sakila?! Tak pernah-pernah macam ni? Aihhhh kau buat rilek jaa. Aku berdebar campur happy sebab dia call aku kut!

"Assalammualaikum.." Suara garaunya menyapa gegendang telingaku.

"Walaikumsalam. What's up bruh!" Jawabku dengan penuh ceria dalam hati penuh debaran!

"Hahhahaha kau buat apa?" Dia terhibur dengan perkataan bruh aku. Haha dia ni mudah terhibur lah.

"Tiada. Aku landing atas tilam sak ni. Baru lepas solat isyak tadi."

"Ohh. Waa! tadi ada orang tu post gambar la di Fb.." Katanya. Tak sangka dia tengok jugak post aku kat Facebook. Baru beberapa minit yang lalu.

"Ohh kau call aku ni sebab mau bagitau yang aku ada post gambar di fb la.. Begitu?" Soal ku. Saja...

"Hahahaha tiadalah. Kurus sak kau dalam gambar tu. Aku tengok badan mu macam biasa sak. Mana dah gemuk." Katanya. Dia cakap macam tu sebab ada hari tu aku pernah mengaduh dengan dia yang pasal Mimi pernah body shaming kata badan aku gemuk.

"Yeke? Gemuk sak aku tengok. Itu dalam gambar. Belum jumpa depan-depan." kataku menafikan.

"Haa iyaa kurus gilak. Cantik lagi... Comel la badan macam kau. Tak kurus, tak gemuk. Kau patutnya bersyukur." Aku macam... Dia puji aku kah tadi tu? Makin buat hati aku berbunga-bunga.

"Haa ya la tu. Padahal mau kata aku ni gemuk la tu. Aku tahu.." Kata ku saja nada berjauh hati.

"Eh betullah. Comel ja aku tengok. Siap dengan kata-kata lagi huuu. Jiwang jugak kau ni." kedengaran tawa halusnya.

Aku senyum tersimbul malu. Malu lah sebab aku edit gambar gambar tu dengan kata-kata aku pun sendiri tak tahu kenapa aku tulis macam tu. Ada dalam otak keluar ja. Malu kut!

"Ni puji ke ejek ni?"

"Aku pujilah. Kau cantik lah dalam gambar tu. Comel. Hiks!" Entah kenapa aku dah macam di hargai dengan kata-kata dia tu. Padahal dia bukan lelaki pertama yang pernah puji aku comel. Tapi aku rasa pujian ni macam berjaya buat aku blushing hahahha mungkin dia puji aku ikhlas kut.


DearWhere stories live. Discover now