Tinggal berapa hari ja lagi mahu tamat peperiksaan SPM 2014. Kawan-kawan aku semua sudah plan macam2 lepas periksa ni. Ke aku je yang tak fikir benda2 semua ni? Aku macam.. entah laaa! Better duduk rumah tengok drama korea lagi best!... haaaa drama My Love From Star aku menungu!
Kau sabar jap. Habis ja paper Sastera ni kau tengok lah aku buat apa. Memang aku tidur makan tak nak keluar bilik hahahaha
Cakap pasal drama tu aku teringat My Dear laa pulak heuheuuuu hiks! Dia suka tengok drama tu. Aku tahu pun dari dia. Hmmm lelaki tengok drama korea? Ada.. boyfriend aku hahaha!
Aku mengurut lembut pelepis ku dan belakang telinga ku. Otak aku dah nak tepuh da ni dengan buku tebal sastera yang ada di depan aku.
Aku bangun lalu sambil luruskan urat badan. Berjam-jam duduk boleh sakit belakang oh. Aku berjalan santai di karidor dan menujuh ke hujung koridor tengok pemandangan payah belakang asrama. Hmm.. bosannya lahai.
Aku patah balik menujuh ke depan. Tengok pemandangangan gelanggang pulak. Aku rasa macam dah tak betul da kepala otak aku ni hahaha
Aku termenung jauh sambil berpeluk tubuh menikmati suasana angin sepoi-sepoi.
Sunyi..
Esok paper last cayokk! Baju belum kemas, buku-buku masih dalam loker.. haa esok2 la aku kemas!
Diorang si eyma, shasha, nora dalam dorm masing-masing pulun baca buku sastera.
Aku macam malas la pulak.. apa aku nak buat ni?! Haa 😭
Study, study! Esok paper last!
Aku masuk balik dalam bilik belajar.
......
Aku melangkah dengan penuh riang di hati. Of course lah senang hati sebab soalan sastera tadik tu sebijik-sebijik keluar dengan apa yang aku ulang kaji malam tadi. Gila tak bahagiaa hahah!
"Ila!" Suara teriakan dari gelanggang.
"Oi! Apa?" Aku balas tanpa menoleh ke belakang. Aku tahu siapa empunya suara tu.
"Jom kita pergi kfc! Diorang kelas kita mengajak makan2.. merdeka sudah kan hahha!"
Aku be like 😑 ziana aku mau tidur.
"Kamu pergi la. Nanti aku datang." Ujar ku. Padahal cakap ayam2 je tu padahal aku takkan datang. Aku MALAS kau tau tak?
"Sama-sama la kita. Ayok la.." Ziana buat muka comel. Eleh
Aku diam tak membalas. Aku sebenarnya terasa dgn sovie sebab dia tak layan aku doh dari pagi. Dia palau macam aku tak wujud. Kureng asam punya kawan. Lagi satu aku paling terasa dengan insan satu orang ni. Dia pergi enjoy tak bawak aku dan aku macam... hmm apa salah aku? Ke aku je problem dalam hal ni?
Dari tangga asrama aku masih dengar diorang punya meriah bergelak ketawa sambil bergambar ramai-ramai sebab asrama ni dekat dengan dewan. Diorang bergambar belakang dewan. Aku nampak laa jelas-jelas. Engkorang tahu tak aku takde kat situ? Mesti diorang tak perasan akukan? Hmmm kbye! Nak tido!
Aku meneruskan langkah ku. Aku tak toleh belakang dan aku tak endahkan ziana yang ada di belakang mengejar ku.
Aku basuh muka, tukar baju dan tidur. Bestnya!!
Aku menutup mataku menikmati tidurku. Kedengaran pintu dorm ku di buka. Aku menoleh ke arah pintu. Siapa pulak yang kacau puteri yang sedang beradu ni?Dahi ku berkerut.
"Sakila.. jom la kita kfc sama-sama" sovie datang mendekat ke katil ku.
Aku tahu je yang tu sovie. Aku tekup muka aku dengan bantal. Ingat jugak korang dengan aku. After kawan-kawan kelas sebelah kau tu tinggalkan kau. Baru sibuk mau cari aku. Hmp! Aku cuba tahan airmata aku. Aku keras tapi hati aku lembut dan cepat terasa.
"Kamu pergi la. Malas aku. Aku mau tidur.." jawab ku mendatar. Aku merajuk sebenarnya.
"Jom lla..." sovie cuba memujuk.
Entah kenapa aku rasa macam meluat tengok muka minah ni sekarang. Panas hati doh aku! Baru sekarang dia ingat aku? Wehhhhhhh aku geram. AKU GERAM!
Aku bangun keluar dari dorm. Tak jadi nak tidur padahal mata aku memang mau tidur dah ni.
"Hmp!" Laju badan ku menujuh ke pintu.
"Sakila.." sovie kejar dari belakang.
"Aku ndamau. Kau faham ka ndamau? Kau pergi lah dengan kawan2 kau tu sana. Mana diorang semuanya? Aku ni okay ja kalau kau lupa! Sebab aku bukan penting pun dalam hidup mu. Aku bukan siapa2 mu! Bukan kawan mu!" Sedas aku bagi dia. Kalau peluru dah lama berlubang hati kau aku tembak.
Sovie terdiam dan rasa terkilan dengan perkataan ku tadi dan dia pun melangkah pergi dengan mukanya yang sedih.
Haa biar laa dia! Kau ingat aku tak sakit hati? Kau ingat kau je lah terpaling tersakiti dalam hal ni? Habis yang aku ni marah siapa nak faham!?
Di luar tu aku patah balik menujuh ke katil dan sambung tidur. Sovie dengan rasa terkilannya dia pun pergi dengan kawan2 aku satu kelas 5 UMS makan2 di KFC. Sedikit demi sedikit air mata ku menitik keluar. Aishh apesal cengeng sangat kau ni sakila?! Petang tu aku balik rumah jugak. Aku online Facebook, tengok post2 diorang. Masing2 post status fb dgn kata2 farewell diorang dan gambar. Dalam hati aku jeles la jugak huehue
KBYE!
YOU ARE READING
Dear
RomanceLife is full of mistakes.. If you have the changed to fix, Fix as far as you can. Tetapi peluang tidak akan datang sekali, Kalau kau mampu untuk memperbaikinya di masa depan, Itu adalah memang takdir untuk mu untuk memperbaikinya. Tetapi, kalau kau...