Bab 7 CONFESSION

8 1 0
                                    

Aku membuka mataku dengan malas, badan ku entah kenapa lemah sangat aku rasa kan sekarang. Macam semua benda aku buat aku rasa cepat penat sekarang ni.

"Woi! Bangun lah. Tolong mak di bawah tu buat sarapan." Kata kakakku yang berada di depan cermin membetulkan tudungnya.

Aku bangun memisat-misat mataku. Pandangan ku silau oleh matahari pagi yang datangnya dari tingkap. Aku mencari getah rambut ku yang berada di bawah bantal. Perlahan-lahan aku bangun sambil mengikat rambut ku yang boleh dikatakan panjang itu.

"Jam berapa kau pergi kerja kak?" Aku menyoalnya. Nampak baju macam bukan baju pergi kerja. Ni mesti ada hal lain.

"Nda kerja aku harini. Aku ada plan dengan kawanku." Balasnya tanpa memandangku. Patut pun aku tengok bergaya semacam.

"Jam?"

"9 atau 10 mungkin. Tengok lah kalau dia awal siap." kata kakakku. Aku keluar dari bilik nak turun bawah. Kakak aku masih menilik penampilannya di cermin.

Sambil turun tangga kepala ku ligat berfikir nak buat apa eh harini? Pagi-pagi sabtu macam ni aku rasa takde aktiviti yang best. Basuh kasut sekolah, tolong mak apa yang patut, and biasa aku lepak rumah Mimi atau Maya tapi aku rasa macam malas pulak harini.

Mak aku pagi-pagi selalunya sibuk dengan bunga dan kawan-kawannya. Geng bunga kampung Jaya baru kerlass ku Maria!

Aku turun bawah tengok apa sarapan. Jam macam ni biasa mak dah habis buat sarapan.
Di meja makan ada adik-adik aku yang sedang enak menjamuh selera.

"Buat kau kuih Lang. Nda cukup kalau makan mee goreng ja." Kata mak aku yang tengah sibuk mengeluarkan entah apa kat kabinet tu. Tepung kut. Aku ingatkan mak pergi bergosip dengan geng bunga dia.

"Kuih apa?"

"Kuih apa-apa ja la. Buat pau kah, atau kau buat kuih cempiang ni haa. Sedap ni." Mak meletakkan tepung yang dia keluar kan dari kabinet tadi di atas meja makan.

Aku hanya diam mengangguk. Tengah mamai macam ni di suruh buat sarapan pulak. Bestnya kalau ada maid kan? Bangun tidur dah semua terhidang. Macam kat rumah mommy dulu.

Lalu tanpa berlengah aku bangun berdiri dan masuk ke kamar mandi untuk mencuci muka.

Pelbagai kuih aku buat, kuih donat, kuih cempiang, pau kalau boleh buat kuih cakui aku buat tapi aku penat. Tak tahu kenapa aku rasa tenaga aku macam tak cukup ja. Jadi aku buat tiga jenis kuih tu je la.

Tengah asyik mengoreng kuih di kuali kakak aku dari atas panggil nama aku. Terjerit jerit dia memanggil ku. Aihh minah ni, tak reti nak turun bawah ke apa ni? Ingatkan dah jalan pergi keluar. Rupanya masih kat atas.

"Kenapa?" Aku turut menjerit supaya dia dengar aku menyahut panggilannya.

"Sini kau, kawanmu call ni." Siapa pulak la yang call pagi-pagi buta macam ni. Pagi buta kau kata? Dah nak tengah hari ni tau!

"Siapa?" Aku menjawab pelik. Aku pulak yang bengang sebab kerja aku kena ganggu.

"Si Izul?" ha? Dia kah? Jarang dia call pagi-pagi macam ni. Maksud aku time macam ni.

"Kejap! Aku datang." Aku menyuruh adikku untuk mengantikan aku mengoreng kuih.

Cepat-cepat aku mendaki tangga naik ke atas. Selalu malam atau petang dia call. Dia call melalui phone kakak aku sebab simkad aku kan patah. Tapi ada ja phone yang abang aku tak guna dia bagi pinjam aku tapi telephone biasa ja la. Asalkan boleh call dan mesej. Selalu dia bertanya khabar kat situ. Sekarang ni hubungan ku dengan dia makin bertambah rapat sejak yang dia call haritu.

DearWhere stories live. Discover now