"Ila, telephone kau rosak kah?" soalan itu yang keluar dari mulut Sovie. Dalam keriuahan kelas itu kami menyempatkan untuk bergossip di hujung tempat duduknya. Dia yang tarik tangan aku sebenarnya.
"Ha? Mana kau tahu?" Mataku sedikit membesar memandangnya.
"Betul la telephone kau rosak? Patut lah si Izul call kau voice mall ja." Ujarnya.
Kening ku berkerut seribu. Izul? Muhammad Azisul kah?
"Kenapa dengan dia?" Soalku kebingungan.
"Yala, semalam dia ada call aku. Dia tanya pasal kau. Aku cakap nda tau. Aku tanya kenapa.. Lepas tu dia cakap lah, dia banyak kali call kau tapi nda dapat. Dia cari kau." panjang lebar Sovie bercerita.
Dia cari aku? Kenapa dia nak cari aku? Kan dia dah ada girlfriend kenapa nak cari aku pulak? Aku cuba kawal riak mukaku. Aku sebenarnya happy sebab dia cari aku.
"Iya.. Simkad yang rosak. Phone ku okay jugak." Balas ku. Tiba-tiba bayangan di benakku kejadian malam itu terimbas kembali. Nasib baik telephone aku okay, belakang dia je lah pecah sikit tapi. Masih blleh guna. Aku mengeluh perlahan.
"Kenapa dengan Simkad mu?" Soal Sovie ingin penjelasan lebih dari aku. Aku pasti Sovie akan sampaikan perkara ni dengan si Azisul. Tak nak la aku kongsi.
"Takde la. Simkad aku patah."
"Aik kenapa boleh patah?" Muka Sovie pelik memandang aku.
"Saja. Aku yang kasi patah. Kan mau dekat exam ni." Alasan kau Sakila memang betul-betul kbat.
"Pulak?.." Ujar Sovie ingin aku bercerita lagi. Tapi aku diam ja malas mau bercerita panjang. Aku tak nak lah cerita hal yang sebenarnya nanti apa pulak Sovie pikir. Satu lagi dia ni cousin girlfriend di Azisul tu ha.
Nanti diorang bercerita pulak.Balik dari sekolah aku solat dan terus merebahkan tubuh atas katil untuk tidur. Makan tengah hari aku skip. Masih marah sebenarnya dengan mak. Tapi aku cuba jugak untuk bercakap. Tapi sekarang ni, aku lebih mendiamkan diri. Bapak aku pun ada jugak tanya kenapa. Tapi aku malas nak besarkan. Biarkan je la.
Sedang aku enak di ulit mimpi tiba-tiba kakakku aku pulak kejut kan aku dari sisih. Bergoncang seluruh tubuh aku ni dia gerakkan. Aku mengeluh tapi tetap buka mata.
"Kenapa?" Mataku menjelingnya. Tak kerja ke dia ni? Aihhh
Lupa harini hari jumaaat, diorang setengah hari.
"Si Izul call." Mendengar nama tersebut, mataku celik besar bangun menengakkan terus tubuh badanku. Kakak aku pun kenal dia ni. Satu rumah kenal kut! Kecoh kan aku bila berkawan? Lebih-lebih lagi kalau kawan lelaki.
"Si Izul?" Aku memisat mataku tengok kakak aku di sebelah.
"Ni.." Dia menyerah telephonenya kepada ku.
Aku tengok screen dia telephone kakak aku bagi me asti yang tu betul-betul dia. Nama Azisul tertera di screen. Aku berdehem perlahan bagi clear kan tekak aku ni.
"Hello.." Aku tekap telephone di telinga ku. Kakak aku berura-ura nak keluar tinggalkan aku dalam bilik. Sebelum keluar sempat bagi aku amaran 'jangan lama sangat. Jap gi aku nak oncall dengan Fadzil'. Aku mengangguk tanpa suara.
"Hello assalammualaikum.." Suara ni... Suara yang dah banyak hari aku tak dengar. Last masa dua minggu lepas.
Rindu..
"Ha iya. Hai what's up bruh!."Aku menggeleng. No Sakila no! Dia orang punya. Dia kawan kau je tak lebih dari tu.
"Kau pergi mana? Aku call nombor mu banyak kali nda dapat. Voice mall terus. Kau kenapa? Kau block eh number
ku?." Kedengaran suaranya sangat risau."Aku okay.. Cuma saja aku matikan phone." Ujar cuba sembunyikan hal sebenarnya yang berlaku.
"Betul ni? Sovie kata kau punya Simkad patah. Kenapa?" Ha sudah! kan aku dah cakap mesti Sovie pergi bercerita dengan dia ni hal yang aku bagitau pagi tadi kat sekolah.
"Iya. Simkad aku patah." Aku jawab pendek. Sebenarnya semenjak aku tahu yang dia couple dengan Sarah cousin Sovie tu. Aku hilang mood terus nak nak berborak. Macam awkward pun ada.
"Kenapa? Kau ada masalah ka? Share la dengan aku." Dia tak putus asa bertanyakan soalan kepada ku.
"Kenapa kau seolah-seolah menjauh dari aku?.." Tambahnya lagi. Menjauh? Mana dah. Ikut kan hati aku ni, nak je aku tanya pasal Sarah tapi aku sedar diri aku siapa. Lepastu dia menghilang 4 hari tak hubungi aku tu pun aku tanya dia jugak. Ke mana dia pergi. Tapi, aihh benda dah lepas Sakila. Jangan di ungkit. Kau bukan siapa-siapa dia.
"Aku okay ja. Biasalah aku gaduh dengan mak aku lepastu yaa. Macam yang kau tahu aku tak perlulah cerita lagi." Dia ni tahu yang aku ni selalu ada masalah dengan mak sebab selalu bela kakak aku. Aku selalu cerita kat dia.
"Mak kau patahkan Simkad kau?" Tekanya.
"Haa betul la tu." Aku mengiyakan.
"Aku risau weh sebab aku call kau tak dapat. Apa apa jadikah yang aku nda tau. Aku call Dayu, Sovie semuanya nda tau kenapa kau mati kan telephone. Ni pun alhamdulillah aku ada nombor kakak kau."Terharu jugak lah aku. Hiks! Tapi pada masa yang sama aku hairan. Kenapa dia macam risau sangat ni.
"Risau? Serious lah? Hahahaha Aku siapa nak dirisau kan. Bukan girlfriend kau pun kan?" Aku saja cakap macam tu. Aku nak dengar dari mulutnya sendiri yang dia dah ada girlfriend.
"Apa kau cakap ni? Aku betul-betul risaukan kau lah." Dia bingung dengan ayat yang baru aku cakap kan tadi.
"Ha betul lah apa aku cakap. Aku ni bukan siapa-siapa kau. Kita kawan ja kan. Lagipun awekmu nda marah kah jugak kita oncall ni? Nanti dia datang serang aku. Nah, aku nda tanggung. Aku boleh ja serang dia balik hahaha." Aku ketawa di hujung nya. Cuba sembunyikan sedih.
"Awek? Merepek apa kau ni Ila? Aku mana da awek. Aku single ja ni haha kenapa kau mau isi borang?" Dia ketawa. Mengaku single? Dasar buaya.
"Jadi siapa Sarah tu? Tu kawan kau juga ya? Kah peminat mu? ." Kedengaran sinis aku berkata. Akhirnya keluarkan jugak nama Sarah. Aku bukannya apa cuma aku dah tak tahan nak memendam. Kesian Sarah.
"Siapa bagitau kau ni? Mesti Sovie kan? Kami dah lama break lah. Dia yang nak break. Aku okay ja. Kami break sebelum aku kenal dengan kau." Entah kenapa aku rasa lega dengan pengakuannya... Jadi dia single?
"Kami couple pun sebab dia yang ajak aku couple. So, aku pun terima ja la."
"What?" Aduh! noob nya lahai mamat ni. Mengikut lah apa orang cakap.
"Aku terima pun sebab aku kesian. Kesian dengan, dia sudah lah tiada bapak. Bapaknya tinggalkan dia dari umurnya 4 bulan lagi. Jadi aku terima ja la supaya dia happy walaupun aku nda kenal dia siapa dan rupa.." Jelas Azisul mengharapkan aku akan faham dengan situasinya.
"Kesiannya dia.. Tapi why? Kau tak kenal di kut." Aku masih tak berpuasa hati. Bukan apa, dia ni baik sangat dengan orang. Aku pulak risau dengan dia ni, nanti orang manfaatkan kebaikan dia je.
"Sebab aku kesian. Alaa benda dah lepas biar ja la dia. Lagipun dia sudah ada kenalan baru." pergg hebat eh, Sarah yang nerd tu pun banyak kenalan. Aku tak hairan sebab Mimi pun macam tu jugak.
Aku diam je tak respond apa-apa. Aku berfikir sebenarnya. Kesian jugak Sarah.. Tak sangka kisah hidup dia menyedihkan.
"Aku mintak maaf weh sebab lama tak call atau mesej kau beberapa hari ni. Aku ada exam trial spm seminggu jadi aku tak pegang sangat phone. Sorry kalau buat kau mencari.." Ujarnya perlahan. Ada macam nda bersalah jugak aku dengar. Akhirnya terjawab jugak semua persoalan-persoalan dalam kepala otak aku ni. Dalam hati aku gembira dan bersyukur. Semuanya dah terjawab.
Tu la kau Sakila overthinking lagi. Fikir yang bukan-bukan tak memasal kau tuduh dia macam-macam.
"It's okay. Good luck weh. Aku tahu kau budak bijak. Exam setakat tu ja, no hal.." Aku menganjing ke atau bagi kata semangat ni?
hahahhahahaha Nada percakapan aku kembali ceria macam sebelumnya."Hahahaha sembarang sak kau ni." Dia ketawa dengan statement aku. Ketawa tu aku dah lama tak dengar.
Gembiranya dapat dengar, padahal yang ketawa suka tu dia bukan aku tapi aku bahagia mendengar.Sah! Kau ni dah jatuh cinta kat dia Sakila.
![](https://img.wattpad.com/cover/277201800-288-k104145.jpg)
YOU ARE READING
Dear
RomanceLife is full of mistakes.. If you have the changed to fix, Fix as far as you can. Tetapi peluang tidak akan datang sekali, Kalau kau mampu untuk memperbaikinya di masa depan, Itu adalah memang takdir untuk mu untuk memperbaikinya. Tetapi, kalau kau...