Pagi tu aku dikejutkan dengan mesej dari Azisul. Dia kata nak balik malam ni.
Aku terkejut sebab dia baru ja duduk tiga hari kat sana takkan nak balik lagi. Ke dia tak nak study.
Takkan dah give up? Awal sangat. Jangan...
Aku risau. Panggilan aku buat dan tidak bersambut.
"Mana dia ni..." Aku duduk di birai katil Shaerah.
Sekarang tengah cuti sekolah dua minggu. Jadi, selalunya kalau cuti aku selalu bermalam di rumah Shaerah. Kami sepupu rapat. Jadi, tak hairan lah.
"Kenapa?" Soal Sannur yang tengah menonton TV di depan ku. Sannur adalah adik sepupu ku, iaitu adik kepada shaerah.
"Si Izul ni, dia kata mau balik. Kenapa eh?" Aku memandangnya mintak tenangkan hati ku yang tengah risau.
"Kan dia cakap mau ambik barangnya. Dia balik tu mungkin sebab tu la tu kali."
"Itu aku tau. Sekarang ni kenapa dia nda angkat call ku? Mana dia ni?!" Aku muka emosi.
Aku memang macam ni, kalau risau kan dia emosi ku cepat terusik. Dah banyak kali kami gaduh sebab macam ni juga. Tak angkat call.
"Mungkin class kali dia. Jangan lah kau ganggu dia. Nanti dia call jugak kau balik tu." kata Sannur bagi menyedapkan hati ku.
Aku diam dan sambung menonton tv. Variety show roommate boleh lah juga menghiburkan aku petang tu. Lagi-lagi episode haritu banyak scene Jackson, sungguh buat aku terhibur sampai terlupa masalah ku tadi.
Lepas isyak aku cepat-cepat pergi makan malam sebab nak call dia lepas tu.
3 missed call from My Dear ❤️
Tak jadi aku call, rupanya dia dulu yang call. Aku silent phone jadi tak dengar.
Aku call balik dan bunyi deringan di corong telephone.
Dialling...
Hanya tiga kali berdering panggilan ku di jawab.
"Hello assalammualaikum dear..." Suara lembutnya menyapa halwa telinga ku. Baru tenang terasa hati ku yang gusar dan risau sejak petang tadi.
"Walaikumsalam.. Pergi mana kau petang tadi? Kenapa kau nda angkat call ku?" Soalku risau.
"Aku ada urusan tadi. Dear, si Nasrol berhenti Uitm sudah dia."
"Ha? Kenapa?" Aku tersentak.
"Nda jadi dia sambung sebab mamak kah atau bapaknya bukan bumiputera. Nda da ic.. Hmm entah. lupa aku." Katanya selamba. Dia ni kawan kena buang, boleh pulak tak sedih.
"Jadi dia balik lah sekarang tu?"
"Dia balik dengan aku lah malam ni. Aku balik sama-sama dia."
"Kau pun nda boleh sambung?" Suaraku naik seoktaf. Jangan kata...
Kedengaran ketawa lepas Azisul. Otakku blank. Bingung. Aihh dia ni, aku risau dia pulak boleh bergelak ketawa.
"Eh nda lah.. Aku balik sebab mau ambil barang la dear. Kan sudah aku bagitau pagi tadi. Aku teda masalah jugak." Dia ketawa halus.
"Ouhh." Entah kenapa aku tersenyum. Mungkin sebab aku dah dengar suaranya atau entah aku pun tak tahu.
"Iya..sekarang ni si Nasrol tengah kemas-kemas barangnya la tu. Kesian dia, dah exited sudah kemas apa segala. Tup-tup tak boleh sambung.."
"Iya? Dia okay kaj sekarang tu?"
Aku pulak kesian dengan dia. Aku tak kenal sangat dia tu tapi dia kawan aku dekat Facebook. Selalu update gambar dan kehidupanya di situ jadi aku kenal macam gitu-gitu ja la."Okay ja. Bas kami jam 9 malam ni. Sekarang mau gerak la sudah kami pergi Station Buss."
"Hati-hati dear. Kalau ada apa-apa call aku yaa." Ucap ku prihatin. Beloved one nak jalan jauh tu weh.
"Iyaa. Kau pun jaga diri di sana. Esok kita jumpa yaa!" Exited dia nak balik sebab nak jumpa aku je bukan exited nak balik rumah. Hahaha alahai dia ni.
"Iyaa. Kau pun sama. Kau sudah makan ka?." Aku senyum gembira.
"Iya sudah. Kau tu sudah makan ubat ka jugak?."
"Belum nanti pukul 10. Tadi petang sudah." Kata ku sambil melipat sejadah yang berada di atas katil shaerah.
"Ouh bagus lah. Dear aku kena gerak sudah ni sekarang. Aku pergi dulu yaa."
"Hati-hati dear.."
"Bye love you assalammualaikum."
"Love you too." Aku menamatkan panggilannya.
Ya Allah, lindungi dia walau dia manapun dia berada. Permudahkan urusannya Ya Allah. Lindungi kami dan jaga kami Ya Allah Amin...
Malam tu aku banyakkan berzikir dan berdoa semoga Azisul selamat sampai kunak.
Aku terharu dengan dia sebab dia selalu ada bila aku happy, sedih, menangis. Dia selalu dengar celoteh dan cerita-cerita aku. Walaupun bosan dia tetap nak dengar teman aku bercerita sampai aku tertidru. Sepanjang kami bercinta tak pernah langsung dia buat aku sedih, marah.. Merajuk tu selalu. Sebab aku perempuan gaiss. Perempuan need attention hahahah. Dia kalau aku merajuk, dia selalu pujuk walaupun tu bukan salah dia. Sebenarnya salah aku, aku merajuk then dia pujuk. Alahai sabarnya dia. Dia selalu faham aku. Aku langsung tak keluar duit beli topup. Dia yang selalu call dan mesej wish good morning setiap hari. And now tell me how can I dare to leave him? I have no reason
Ada ja benda yang dia buat aku makin sayang..

ANDA SEDANG MEMBACA
Dear
RomanceLife is full of mistakes.. If you have the changed to fix, Fix as far as you can. Tetapi peluang tidak akan datang sekali, Kalau kau mampu untuk memperbaikinya di masa depan, Itu adalah memang takdir untuk mu untuk memperbaikinya. Tetapi, kalau kau...