Tinggal beberapa minggu lagi da nak SPM. Beberapa persiapan sudah pun di buat dan sekarang aku melangkah laju menujuh ke asrama dengan beg baju di tangan ku.
Aku sebenarnya tak nak duduk asrama, tapi memandangkan memang aku memerlukan suasana tenang dan tempat untuk belajar, ku paksa kan diriku untuk tinggal di asrama sepanjang peperisaan besar itu berlangsung. Sabar Sakila satu bulan ja kau tahan semua ni, lepastu kau bebas. Kau boleh tengok drama Korea kau sampai pagi pun tak apa.
"Huh penat!" Aku meletak kan beg baju ku di atas kerusi pondok pengawal keselamatan.
Jam di tangan kiri ku belek. Lima minit lagi pukul 3. Mana ziana ni? Kepala ku melilau mencari keberadaannya.
Hari ini sebenarnya hari jadi aku, malangnya aku tak dapat sambut birthday aku sebab kena masuk asrama. Aku boleh je nak masuk esok tapi nak masuk sekali dengan Ziana punya pasal. Jadi, kat sini la aku sekarang duduk menunggu dia macam orang bodoh.
Kami plan nak masuk hostel sama-sama. Sebenarnya aku boleh terus masuk hostel sekarang sebab kawan-kawan aku kat dalam tu pun ramai jugak. Tapi ziana nak aku tunggu dia, sebab dia kata tak dak kawan. Segan.. Mungkin sebab dia tak pernah duduk hostel. Aku dah biasa..
Dari semalam notifications aku tak berhenti berdering. Orang wish birthday dari pagi sampai aku off phone bagi kat kakak aku tadi. Masih lagi notifications tak berhenti.
Semalam dapat wish panjang-panjang dari Azisul. Aku sedih sebenarnya sebab sepanjang SPM ni kami tak dapat berbual on call dan mesej macam selalu. 1 bulan tanpa call dan mesej sumpah sakit.. Sakit menahan rindu hahahha! Alhamdulillah dia okay ja dengan perpisahan tanpa contact ini hahaha i love him so much!
"Sorry lambat. Aku tunggu kereta tadi." Akhirnya Ziana sampai dengan beg besar dan baldi di tangan.
Aku hanya mengangguk lantas bangun lalu menjinjit beg baju aku masuk ke pagar hostel.
Sepi dan sunyi je... Maklum lah sekarang tengah waktu preb. Semua pelajar di bilik belajar kat bawah. Kejap lagi tu bising la sebab nak turun dewan makan. Sat gi minum petang. Aku naik je masuk bilik yang warden dah bagitau. Aku bilik 6 sebilik dengan Ziana. Aku yang request dengan warden sebenarnya hehehe. Amboi.. Macam kau punya hostel pulak eh?
"Weh kita turun dulu yaa. Tengok diorang si juju di bawah. Diorang carik kita tu dari tadik." Kata Ziana sambil meletakkan beg bajunya di loker yang sudah disediakan.
"Turun la dulu. Aku mau kemas baju dulu." Ujar ku. Aku sebenarnya malas nak ke dewan makan. Lagipun makanan mak aku ada bekalkan dari rumah.
Mak aku risaunya berbakul-bakul sebab aku nak duduk asrama. Aku bagi alasan ni pun sampai bersujud kau tau. Kalau tak, memang tak dapat. Mak aku lebih suka aku duduk rumah sepanjang SPM ni sebab dia risau aku masih lagi sakit dan perlu makan ubat yang doktor bagi.
"Alaaa, jom la. Teman aku. Aku segan gilakk teda kawan pergi bawah." Ziana duduk di katil ku.
"Kau ni kan. Ada jugak tu diorang Shasha sema si Eyma di bawah. Diorang si Nora pun ada. Apa kau mau segan?" Aihhh pelik la aku dengan minah sorang ni. Aku ralit mengemas baju ku yang masih banyak di dalam beg.
"Jom laaa." Rengeknya.
"Kejap. Bagi aku masuk kan dulu ni baju aku dalam loker."
Nak tak nak aku akhirnya mengalah. Malas aku dengar dia merengek macam budak kecil ni.
Ziana baring di atas katil aku. Amboi kau, aku belum rasmi kau dulu yang rasmi. Aku menyangkut satu persatu baju ku di dalam loker. Baju aku semua tiada satu pun berlipat you all. Bukan apa, sebab aku malas nak lipat baju hahahhaha.
"Jom." Aku dah beres-beres. Selipar dari plastic aku keluar kan.
Kau jangan nak bergaya pakai kasut pergi dewan makan. Pakai selipar jepun dah cukup!
"Jom!" Ziana bangun dan menarik tanganku. Tak sabar letuww nak hostel tour hahahha
"Weh, happy birthday!"
"Makasih." Aku jawab mendatar. Padahal dah wish dekat fb semalam minah ni.
"Si Azisul okay kau duduk hostel?" kami turun tangga perlahan-lahan.
"Okay la bha. Kalau dia nda mau. Aku paksa jugak sampai dia mau. Hahahha!" Aku memang terkenal dengan paksaan di kalangan kawan aku. I don't take 'no' as the answer 😈
"Untung laa taken. Aku ni still single." Ziana buat muka seposen.
"Nikmati lah moment moments single anda." Jawab ku sarcastic.
Hahahaha untuk pengetahuan, tanggal 19 October ni anniversary yang ke 1 tahun aku dengan Azisul.
Huarggg sedih. Anniversary pertama pun tak boleh wish, apalagi sambut.. Apa tidak bertuah sangat hubungan kami ni..
Apapun, I still love you Muhammad Azisul Anas! 😊
Eyma dan Shasha sudah pun menunggu kami di depan pagar. Ouh aku inat diorang dah pergi dewan makan dah.
"Jom. Weh lepas makan ni kita main bola tampar mau?" Ajak Eyma. Eyma ni orang yang suka bersukan.
Aku memandangnya pelik "Aku malas lah.." SPM dah nak dekat memang diorang ni takde kesedaran langsung ke macam mana?
"Alaa kau ni bosan lah. Kejap ja. lepastu kita balik lah hostel mandi then bersiap makan malam." Shasha sudah buat muka monyok.
"Haa okay. aish!" Tak pasal-pasal dah termakan pujuk rajuk diorang ni..
"Yeay!!"
"Jom!" Diorang dah bersorak riang sementara aku menatap satu persatu wajah diorang yang memang tak bersalah. Aku kecilkan mataku dan bagi muka yang.. Ni last aku dengar cakap korang..
Tiba di dewan makan aku hanya mengambil minuman sahaja, kuih muih segala semua tu aku malas nak menjamah. Aku kenyang dah makan kat rumah tadi.
"Ila, si Izul kan ada chat aku di fb semalam." Eyma mulakan bicaranya. Dengar saja namanya tubuhku tegak.
"Haa?" Aku memandangnya bagi dia cerita lebih lanjut.
"Iya, dia ada chat aku semalam."
"Dia cakap apa?" Aku dah bagi muka.. Korang umpat aku eh?
"Jangan risau.. Semuanya yang baik-baik aku cerita hahahaha!"
"Aku serius ni.." Mukaku dah mendatar malas nak layan loyar buruknya.
"Iya bha, dia tanya pasal kau. Apa kau ja kau buat di sekolah."
"Lepastu kau jawab apa?" Sampai kawan-kawan seklah aku dia pergi chat semata-mata nak tanya pasal aku je? Terharulah sikit. hee TERHARU BANYAK OKAY!
"Aku cakap lah. Dia okay ja tapi jarang turun kantin sebab malas makan." Aku dah melopong bila Eyma cakap macam tu.
"Rilek.. aku cakap kau busy study.. Okay tak jawapan aku?" Eyma menaikkan keningnya sebelah.
"Heee okay lah sangat." Aku dah tayang muka mendatar.
"Asal pulak"
"Nanti dia membebel pulak kat aku.. Aku malaslah dengar dia membebel dekat aku sebab nak suruh aku makan je.." Aku mengeluh perlahan.
"Alaa betullah kan. Kau ni jarang sudah makan. Badanmu pun aku tengok makin susut sudah." Ujarnya prihatin.
"Alaa aku makan ja lah. Cuma kalau aku malas aku nda lah makan. Kenyang hee." Aku tayang sengih.
"Kau ni.. dia tu bebel sebab dia sayang kau, dia ndamau tengok kau ndak sihat atau masuk angin sebab nda makan."
"Betul!" Ziana di sebelah menyampuk.
"Dia buat macam tu sebab dia sayang." Ujar Eyma lagi.
"Ha iya iya..." Aku bangun membawa gelasku ke keluar dan mahu membasuhnya. Layan diorang ni memang tak sudah sudah.
"Weh tunggu lah. Kami belum habis lagi ni..." Ziana tergopo-gapa menghabiskan kuihnya.
banyak benda lagi ni nak kena buat. Janganlah buang masa....
![](https://img.wattpad.com/cover/277201800-288-k104145.jpg)
YOU ARE READING
Dear
RomansLife is full of mistakes.. If you have the changed to fix, Fix as far as you can. Tetapi peluang tidak akan datang sekali, Kalau kau mampu untuk memperbaikinya di masa depan, Itu adalah memang takdir untuk mu untuk memperbaikinya. Tetapi, kalau kau...