Bab 9 SAKIT

46 1 0
                                    

Aku perasan sejak kebelakangan ini aku sering jatuh sakit, kalau bukan demam, selsema, kalau buat kerja badan aku lesuh dan cepat penat, selera makan ku pun berkurangan. Mak aku yang perasan akan hal itu memaksa aku untuk pergi ke hospital. Kalau ikut kan aku memang aku makan je ubat panadol ke apa. Sakit biasa je pun, nanti baik lah dia.

Aku duduk di kerusi paling hujung sambil melihat di screen nombor giliran yang melekat di dinding putih itu. Aku amati setiap nombor yang tertera. Ouhh lagi lima orang baru turn aku. Aku duduk sambil melihat orang yang lalu lalang di sekitar situ.

Aku berpeluk tubuh dan sweater yang aku pakai aku tarik bersama untuk mendapatkan sedikit kehangatan. Mak pergi ke kantin untuk membeli air untuk aku.

Tiba nombor giliran ku, aku segera berdiri pergi ke kaunter.

"Ic?" aku memberikan kad pengenalan ku.

"Sakit?" Soal nurse yang berada di kaunter itu.

"Demam." Tu ja aku mampu nak cakap nanti selebihnya aku cakap lah dengan doktor kat dalam.

Seusai itu aku bergerak pergi ke tempat seterusnya di mana para pesakit akan di periksa. Sebelum itu tekanan darah aku di ambil dan diserahkan ke pada doktor yang akan periksa aku.

"Demam awak ni kalau tak lebah lagi nanti minum ubat yang saya akan bagi ni yaa."

"Lepastu makan Sayur selalu, minum air banyak. Sebab awak kekurangan air dalam badan ni. Vitamin makan tak?" Soal Doktor itu menandang aku.

"Tak.." Aku tersengih.

"kalau tak makan pun, at least kena minum air putih banyak. Badan dan otak awak perlu banyak minum air tau." pesan ya lagi.

Seketika keadaan menjadi sunyi di antara kami berdua.

"Doktor, saya ada ketulan di bahagian breast kiri saya.." Ujar ku memecah suasana sunyi itu. Akhirnya aku bagitau hal yang sebenarnya. Mak aku cuma tahu yang aku demam tapi berkenaan tu ada dah lama aku diamkan. Dah halang-halang jumpa doktor ni aku bagitau lah sekali.

"Ketulan? Ada berapa ketulan yang cik perasan?" Soal doktor perempuan itu.

"Saya tak pasti.." Ujar ku.

"Okay cik baring sini, kita check dulu ketulan tu." Doktor itu pun sudah bergerak ke katil di bahagian pemeriksaan.

Aku hanya mengikut saja arahan itu. Tirai sudah di tutup. Dengan berhati-hati aku naik di atas katil dan doktor itu mengarahkan aku untuk naik kan sedikit baju aku sampai ke dada.

Aku malu bercampur tak selesa hanya menurut arahan saja. Doktor ni orang pertama melihat aku dalam keadaan macam ni. Tak pe lahh, dia nak periksa aje pun. Doktor tersebut mulai menekan buah dada ku di sebelah kiri sebelum itu dia sudah meminta izinku untuk menyentuhnya. Dia mencari ketulan itu. Dengan wajah yang serius dan mengangguk. Aku yang tak faham cuma menatap wajahnya.

Selesai pemeriksaan aku di suruh duduk kembali di tempat tadi. Doktor tersebut menulis sesuatu di borang atau kertas aku pun tak pasti.

"Ini ketulan Fibroadenoma di payudara awak atau breast fibroadenoma."

"Kanser?" Tanya ku.
Aku cuma kawal riak mukaku yang terkejut.

"ini adalah sejenis tumor ketumbuhan yang bukan kanser. Ia tidak merbahaya dan selalunya akan hilang dari masa ke semasa. Fibroadeoma ini sering berlaku pada wanita yang berumur bawah daripada 35 tahun. Sesetengah pendapat, fibroadenoma jika tidak dirawat akan berubah menjadi kanser tetapi sesetengah berpendapat ia tidak akan menjadi kanser. Ini bergantung kepada pemeriksaan dan ujian perubatan dan makmal bagi menentukan jika ia terdapat risiko untuk berubah menjadi kanser." Panjang lebar doktor itu jelaskan.

"Ada history keluarga yang pernah kena penyakit breast cancer?"

"Tiada."

"Awak kata tadi awak selalu rasa penat kan? Selera makan okay tak?"

Aku menggeleng. "Tak."

"Badan cepat lesuh?"

"Iya."

"Ouh.."Doktor itu mengangguk dan mencatat sesuatu di kertas.

"Kenapa doktor? Ada kena mengena dengan ketulan tu kah?" Soalku kerisauan.

"Jangkitan virus atau bakteria.. Atau autoimun awak lemah."

"Hah?" Aku memandangnya dengan penuh persoalan.

"Iyaa. Salah satunya awak terlampau stress ni. Stress study? Saya tengok tekanan darah awak pun rendah.." Soalnya lagi. Doktor cantik ni sangat prihatin.

"Iya.." aku mengakui aku selalu stress sejak kebelangkangan ni.

"Kurangkan stress. Kalau awak stress study, ambil masa 5 atau 10 minit untuk rehat dan tenangkan fikiran awak. Jadual study kena kurangkan jugak. Tak boleh pack sangat." Nasihatnya.

"Okay baik doktor." Aku tersengih kerang busuk.

"Saya bagi ubat ni untuk awak makan setiap hari no skip sampai habis tau. Kalau masih demam dan selalu sakit awak datang sini lagi yaa. Yang pasal ketulan ni, saya bagi ubat ni untuk kurangkan pembengkakan ketulan tu, makan 2 kali setiap hari pagi dan malam. Yang ni makan seminggu no skip jugak. Rabu depan awak datang sini lagi saya nak periksa ketulan tu. Saya akan bagi kad temu janji. Nanti datang pada tarikh yang saya dah bagi yaa."Aku hanya mengangguk macam burung belatuk tanpa suara.

Aku di bagi kad temu janji dan kertas ubat. Aku keluar dari bilik pemeriksaan mengayunkan langkah ku ke farmasi collect ubat.

Mak aku sudah pun menunggu ku di depan. Aku bagi signal kepadanya yang aku nak pergi farmasi ambil ubat.

Pulang dari hospital aku makan, telan ubat, dan solat. Banyak jugak lah ubat yang aku kena telan. Aku bukan typical yang suka makan ubat, nak nak lagi ubat biji macam tu. Warna hijau putih pink aihh nak munth la jugak tadi tapi aku cuba tahan dan telan sampai habis.

"Uii!" Tersembur air yang aku minum tu. Aku laju menoleh. Memang tak reti nak ber'assalammualaikum' ke minah gemuk ni? Aku menunjukkan muka tak puas hati.

"Sorry." Zurah mengekek ketawa. Aku menghabiskan air ku dalam gelas nasib baik aku dah habis telan semua ubat tu. Kalau tak, terkeluar semuanya. Adehhh.

"Kau sakit apa? Aku dengar Mamakmu bercerita di depan kau sakit kunun. Sakit apa?" Soalnya prihatin. Sah! Satu kampung dah tahu yang aku sakit. Mak aku ni memang tak boleh nak rilek.

"Tiada lah aku demam ja." Tipu ku. Aku cuma tak nak dia risau tu ja.

"Mamakmu kata cancer tu? Wehh betul-betullah kau sakit apa?"

"Bukan cancer la! Aishh" Aku menafikan. Betullah bukan. Tapi, kata doktor yang tu boleh jadi cancer. Aku beriak sedih.

"Doktor kata apa?"

"Mana da. Dia bagi aku ubat untuk kasi lari ni ketulan di sini ku." mata ku menunjukkan ke arah dadahku. Malas ku menyebutnya.

Petang tu nenek aku datang bawak makanan dan ubat kampung untuk aku. Jangan tanya kenapa, mak aku dah bagitau awal-awal masa pulang dari hospital tengah hari tadi. Heboh kejiranan kami oleh mak. Hmmm aku berfikir-fikir nak bagitau Azisul ke tak pasal ni. Aku tak nak dia risau. Aku tahu dia tu, orangnya cepat risau. Nanti kang dia tak tidur malam sebab aku pasal tu je. Aihhhh fikiranku sekali lagi kacau!

DearWhere stories live. Discover now