Seorang remaja lelaki terbaring di atas lantai dalam keadaan badannya yang penuh dengan libasan tali pinggang.
"Dah berapa kali aku bagitau kau, jangan potong jalan anak aku. KAU NI TAK FAHAM BAHASA KE?!" tengking seorang lelaki dewasa.
"Appa.. Sakit.." rintih remaja itu.
"SUARA KAU TU TAK LAYAK JADI PERHATIAN RAMAI! ANAK SIAL MACAM KAU NI TAK LAYAK BERJAYA TAHU TAK!"
Air mata remaja itu mengalir. Dia sedih. Sedih kerana tidak mampu menjadi sebaik adik kembarnya.
Tak.
Dia lebih baik daripada adiknya. Tapi pada pandangan ayahnya, dia yang lebih teruk.
Brak!
Badannya ditolak kasar ke dinding.
"Aku rasa la... Kau ni.. Ancaman yang bahaya kepada anak aku.."
Remaja itu hanya diam.
"Disebabkan itu, AKU AKAN PASTIKAN KAU TAK BOLEH MENYANYI LAGI SEUMUR HIDUP KAU!"
Dia membulatkan matanya.
"Appa jangan--ARGHH"
Dia menjerit sakit saat bilah tajam pisau itu menyentuh lehernya.
Suara dia.
Harta dia.
Semuanya dah hilang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Voice [DK] ✔
Short Story⭐SEVENTEEN SHORT STORY⭐ "Kenapa dia tak bercakap? Dia bisu ke?" "Dia bukan tak boleh bercakap. Tapi dia tak nak bercakap." "Kenapa awak taknak bercakap dengan saya? Awak tak suka saya berkawan dengan awak ke?" "Lee Seokmin, awak dengar sini. Saya ak...