Hari yang ditunggu tunggu sudah tiba. Hari dimana Karnival Seni akan dianjurkan.
Tidak lupa juga Pertandingan Suara Emas turut diadakan.
Dongmin-ah
Hyung, aku minta maaf sangat sangat. Aku tak boleh datang karnival tu hari ni sebab nak kena siapkan projek sekolah dengan kawan.
I wish you all best hyung! Aku tau kau boleh menang ^_^
Takpe. Aku faham kau sibuk. Buat kerja tu elok elok.
Jangan tau main je.Hehe..
Baik hyung.Seokmin mengeluh membaca chat dia dengan Dongmin.
Entah kenapa, dia rasa sesuatu yang buruk akan berlaku terhadap adik kembarnya yang seorang itu.
Naluri dia sebagai kembar mungkin?
"SEOKMINNN"
Seokmin pusing ke belakang untuk tengok manusia mana yang jerit nama dia sekuat hati dekat public. Dia rasa sangat malu sekarang ni.
Kelihatan Heejin berlari dengan muka gembiranya ke arah Seokmin dengan Mingyu di sisi.
"Heejin--"
Terkaku Seokmin dibuatnya apabila Heejin memeluk tubuhnya secara tiba tiba.
"Masa jumpa saya tadi takde pulak awak nak peluk. Ni jumpa Seokmin peluk pulak." kata Mingyu dengan nada merajuk.
Heejin tersengih lalu melepaskan pelukan dia.
Manakala Seokmin masih terkaku di tempatnya.
"Seokmin? Hello? Are you there?" Heejin melambai lambai di hadapan Seokmin.
Seokmin tersentak.
"Ah err... Hai Heejin. Lama tak jumpa. Tak sangka awak datang hari ni." kata Seokmin.
"Setelah puas saya pujuk awak untuk masuk pertandingan ni, mestilah saya datang. Saya nak dengar suara awak menyanyi. Awak dah janji nak menyanyi untuk saya bukan?"
Seokmin mengangguk mengiakan kata kata Heejin dengan senyuman.
Entah macam mana, boleh kantoi pulak suara dia menyanyi dekat Heejin.
Terus gadis itu berkata,
"Lee Seokmin, awak dengar sini. Saya akan pastikan suatu hari nanti saya akan dapat dengar suara merdu awak menyanyi untuk saya."
"Seokmin!"
"Hah?"
"Awak ni kenapa? Termenung dari tadi." tanya Heejin.
"Takde apa la. Aaaa saya takutlah." Seokmin mengetap bibirnya.
Nervous.
"Awak boleh buat! Saya yakin awak boleh menang!" kata Heejin memberi semangat.
Seokmin mengangguk.
"Terima kasih Heejin. Saya dah tak nervous lagi hehe."
Mingyu yang turut berada di situ menggelengkan kepala melihat kedua kawannya.
Dia tak rasa hubungan Seokmin dan Heejin sampai situ sahaja.
×××
"SELAMAT DATANG KE KARNIVAL SENI TAHUN 2018!!"
Semua pengunjung memberikan tepukan yang gemuruh apabila pengacara bersuara.
"SAMBUTAN KARNIVAL TAHUN INI AGAK ISTIMEWA KERANA PENYERTAAN PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN OLEH TUAN RUMAH BOLEH DISERTAI OLEH PENGUNJUNG DARI SEKOLAH LAIN!"
Semakin riuh suasana dia tapak utama karnival itu.
"BAIKLAH, TANPA MEMBUANG MASA KITA AKAN TERUSKAN KE PERTANDINGAN UTAMA KARNIVAL SENI. PERTANDINGAN YANG HANYA DIADAKAN SETAHUN SEKALI! PERTANDINGAN INI MENJANJIKAN HADIAH LUMAYAN DIMANA PEMENANG AKAN DIBERI PELUANG UNTUK MENJADI ARTIS TANAH AIR! KITA AKAN MULAKAN SEKARANG PERTANDINGAN SUARA EMAS!!"
Mendengar pengumuman itu, Seokmin menjadi semakin resah. Dia mula overthinking. Tangannya menjadi sejuk akibat terlalu nervous.
Mingyu yang menyedari hal itu segera menepuk bahu Seokmin disebelahnya.
"Rilekslah Seokmin. Kau janganlah takut sangat. Aku yakin kau akan buat yang terbaik." pujuknya.
"T-tapi macam mana kalau aku gugup atas pentas? Macam mana kalau aku tetiba lupa lirik? Macam mana kalau---"
Kata kata Seokmin terpotong apabila Heejin meletakkan jari telunjuknya di bibir Seokmin.
"Jangan overthinking boleh tak? Awak dah berlatih bersungguh sungguh bukan? Kitaorang yakin awak takkan hadapi sebarang masalah nanti."
"Kalau saya kalah macam mana? Mesti korang kecewa kan?" Seokmin menjadi sedih mengingatkan hal itu.
"Bro, kalah menang tu adat pertandingan. Kitaorang tak kisah pun kalau kau kalah. Yang penting kau dapat ubah keadaan diri kau sendiri." kata Mingyu.
Mendengarkan hal itu, Seokmin menjadi tenang.
Ya. Dia yakin dia boleh buat yang terbaik. Kalah menang adat permainan. Dia tak boleh terlalu fikirkan hal itu.
"Baiklah, aku dah sedia!"
Mingyu dan Heejin tersenyum melihat keadaan Seokmin.
"PESERTA YANG SETERUSNYA, DIJEMPUT LEE SEOKMIN DARI CHEONG-A ARTS HIGHSCHOOL YANG MERUPAKAN TUAN RUMAH PADA TAHUN INI!!"
Seokmin menghembus nafas sebelum naik ke atas pentas.
Kelihatan orang ramai ternanti nanti persembahan dia.
Inilah masanya.
Untuk dia buktikan yang dia juga boleh berjaya sama seperti orang lain.
Dia tidak bodoh seperti yang dikatakan oleh bapanya.
Dia mendekati mic yang tersedia dan memulakan nyanyian.

ANDA SEDANG MEMBACA
Voice [DK] ✔
Short Story⭐SEVENTEEN SHORT STORY⭐ "Kenapa dia tak bercakap? Dia bisu ke?" "Dia bukan tak boleh bercakap. Tapi dia tak nak bercakap." "Kenapa awak taknak bercakap dengan saya? Awak tak suka saya berkawan dengan awak ke?" "Lee Seokmin, awak dengar sini. Saya ak...