Five

76 18 1
                                    

"Tempat pertama Pertandingan Suara Emas tahun 2017 jatuh kepada..... LEE SEOKMIN DARI PRACTICAL DANCE DEPARTMENT!! TAHNIAH DIUCAPKAN!"

Seokmin menaiki pentas dengan senyuman lebar yang menghiasi wajah kacak miliknya ahaks.

Akhirnya. Impian dia tercapai. Impian dia untuk menunjukkan bakat dia kepada orang ramai.

Semua orang menepuk tangan terhadap kemenangan dia. Tapi ada seorang manusia yang mukanya masam mencuka setelah mendengar pengumuman itu.

"Weh Dongmin, abang kau menang tu. Kau tak happy ke?" soal kawan Dongmin.

"Trofi tu patutnya milik aku. Bukannya dia huh. Bukan sedap sangat pun suara dia. Aku lagi layak menang." cebik Dongmin.

Sebenarnya dia mengakui suara Seokmin tu sedap. Tapi disebabkan cemburu, dia menyembunyikan kenyataan.

Dongmin keluar dari dewan itu. Sakit hatinya melihat Seokmin yang tersenyum gembira memegang trofi itu di atas pentas.

"Dongmin-ah!"

Jeritan Seokmin menghentikan langkah dia. Seokmin beelari kearahnya dengan trofi besar di tangan.

"Dongmin, tengok ni. Aku menang weh aku menang! Tak sesia aku memekak setiap hari dekat rumah." Kata Seokmin.

Dia memeluk badan Dongmin disebabkan terlalu gembira.

"Erk tahniah hyung. Kau memang layak dapat trofi tu." ucap Dongmin dengan senyuman palsu diwajahnya.

Ah. Dia dah mula rasa annoying. Setiap masa dia ikut kata appa dia untuk lawan Seokmin, tapi dia pula yang kalah. Disebabkan itu, dia mula rasa cemburu dengan bakat yang Seokmin ada.

Kalaulah dia dilahirkan dalam keadaan lebih baik daripada Seokmin, pasti hidup tidak akan terikat dengan peraturan appanya.

"Aku tak sabar nak balik rumah! Nak bagitau appa! Appa mesti gembira " wajah Seokmin bersinar sinar membayangkan reaksi omma dan appanya.

'Huh, gembira? Balik nanti mesti kau kena belasah dengan appa. Sebab kau menang pertandingan ni.' kata hati Dongmin.

Pang!

Seokmin memegang wajahnya yang baru sahaja ditampar oleh Tuan Lee.

Dia ingat bila dia dah menang pertandingan tu, dia akan gembirakan appa dia. Tetapi tidak.

Dia dibelasah dengan teruk oleh appanya malah lehernya juga dilukakan kerana appanya tidak mahu dia menang pertandingan tu.

(rujuk episod pertama)

"Padan muka kau! Mulai hari ni,kau tak dibenarkan bersuara walau sepatah pun. Muka kau aku jijik nak tengok. Suara kau pun aku jijik nak dengar." hina Tuan Lee.

Seokmin yang terbaring di lantai dengan lehernya yang berdarah hanya mampu menangis dalam diam.

Dongmin yang turut berada di situ hanya mendiamkan diri. Dia tak sangka pula appanya akan bertindak macam tu sekali.

"Hyung, aku minta maaf." ujarnya perlahan.

Seokmin hanya tersenyum nipis.

Dia tak mampu nak bersuara sebab lehernya terlalu sakit. Dia juga tidak tahu sama ada dia patut membenci adiknya atau tidak.

Sejak dari hari itu, Seokmin langsung tidak bersuara walau sepatah pun. Sebab kalau dia bersuara sikit pun, appanya akan memukulnya.

Menyebabkan dirinya sudah terbiasa untuk mendiamkan diri apabila ada orang cuba bercakap dengannya.

Bukan itu sahaja, dirinya sudah menjadi trauma untuk bercakap dengan orang lain kerana bimbang dia akan dicederakan lagi jika dia bersuara.

Hanya bila dia berdua dengan Mingyu sahaja dia berani nak keluarkan suara dia. Sebab dia percaya, Mingyu takkan apa apakan dia.

Dia juga percaya... Adiknya punca penderitaan dia.

×××

"Great job korang! Tak sangka pula cikgu pilih kita sebagai pembentang terbaik untuk tajuk kali ni." Kata Jungkook dengan senyuman diwajahnya.

Dia lega sebab akhirnya pembentangan Kimia diorang habis juga.

"Betul betul. Ini semua jasa Seokmin dan Heejin yang bertungkus lumhs siapkan slide kita." puji Jaehyun.

Seokmin dan Heejin tersenyum mendengar pujian Jaehyun.

Heejin memandang ke arah Seokmin.

"Tak sangka betulkan? Slide kita merupakan slide yang paling lengkap dalam kelas ni." Kata Heejin, cuba untuk bercakap dengan Seokmin.

Seokmin macam biasalah. Hanya tersenyum sebagai jawapan.

Heejin mendengus kesal. Matanya menatap tepat pada wajah Seokmin.

"Kenapa awak taknak bercakap dengan saya? Awak tak suka saya berkawan dengan awak ke?"

Voice [DK] ✔ Where stories live. Discover now