One

124 20 6
                                    

Suasana kelas 3-1 bising dengan suara pelajar.

Tetapi, ada seorang pelajar yang hanya diam sambil matanya memandang ke luar tingkap.

"Woi!"

Dengan takde adabnya, Mingyu menegur Seokmin yang termenung jauh.

"Kau pandang apa tu?" tanyanya. Mengharapkan balasan.

Seokmin hanya diam. Dia langsung tidak bersuara.

Mingyu mengeluh. Dia mengambil tempat di sebelah Seokmin.

"Sampai bila kau nak macam ni Min? Takkan kau nak diam selama lamanya."

Seokmin hanya diam.

Suara emas dia sudah lama tidak berbunyi. Sejak dirinya diambil tindakan setelah memenangi tempat pertama Pertandingan Suara Emas yang dianjurkan hujung tahun lepas.

Percaya atau tidak,

Dia. Langsung. Tak. Bercakap. Selepas kejadian tu.

Satu satunya cara nak berkomunikasi dengan dia adalah dengan menulis nota pada kertas.

"Kau---"

"Weh cikgu datang! cikgu datang! "

Kata kata Mingyu terpotong apabila ketua kelas mereka menjerit.

"Selamat pagi murid murid. Sebelum kita mulakan pelajaran, saya nak perkenalan murid baru." kata Lee saem.

"Murid baru? Perempuan ke lelaki cikgu?" tanya Jungkook dengan muka gatal.

"Perempuan. Baiklah, sila masuk."

Seorang gadis berambut hitam dan berkata hazel masuk ke dalam kelas. Bibir pink semula jadinya menambah seri pada wajah putih bersih miliknya.

Semua pelajar lelaki seakan akan sudah terpesona dengan kecantikan gadis itu.

"Annyeong semua! Nama saya Yoon Heejin. Pelajar pertukaran dari Seoul Of Performing Arts Highschool. Saya harap korang boleh beri tunjuk ajar sepanjang saya berada di sini." Kata gadis itu sambil menunjukkan badannya.

"SOPA? Bukan tu sekolah lama Seokmin ke?" balas seseorang.

Kata kata itu menyebabkan seisi kelas termasuklah Heejin memandang ke arah Seokmin yang masih lagi memandang ke luar tingkap.

Mingyu yang perasan keadaan itu menendang kerusi Seokmin yang duduk dihadapannya.

Seokmin dengan muka blur memandang ke belakang.

"Tu, semua orang pandang kau la." katanya perlahan.

Seokmin kembali pandang ke depan. Dia baru perasan dirinya menjadi tumpuan tika itu.

Seakan berjodoh, Seokmin terpandang anak mata Heejin yang turut memandang ke arahnya.

Dia hanya tersenyum nipis sebelum kembali memandang ke luar.

"Baiklah. Heejin, kamu duduk di sebelah Seokmin ya. Kamu akan ditempatkan di kelas ni sepanjang 3 bulan kamu di sini."

"Baik cikgu."

Heejin pergi ke tempat kosong di sebelah Seokmin. Dia memandang kearahnya.

'Handsome'

×××

"Baiklah murid murid. Kamu boleh keluar rehat sekarang." Kata Lee saem Sebaik sahaja dia menghabiskan pengajarannya.

Heejin mengemas bukunya yang bersepah dia atas meja. Setelah itu, dia memandang Seokmin yang masih tunduk menulis sesuatu di dalam buku.

"Hai! Nama awak Seokmin kan? Nama saya Yoon Heejin. "tegurnya ceria.

Tapi Seokmin hanya diam.

Membuatkan Heejin sedikit kecewa.

"Kenapa awak tak balas cakap saya?"

Diam.

Masih tiada suara yang dikeluarkan.

"Awak tak suka saya duduk sebelah awak ke?"

Sepi.

"Sudahlah tu Heejin. Dia memang takkan balas ayat awak." Kata Jungkook yang kebetulan di situ.

"Huh? Kenapa awak cakap macam tu?"

"Untuk pengetahuan awak Heejin, selama 4 bulan dia sekolah dekat sini dalam kelas ni, kitaorang langsung tak pernah dengar suara dia." kata Jungkook lagi.

Heejin ternganga.

Takkanlah lama sangat.

Dia memandang ke arah Seokmin sekali lagi.

Apa yang terjadi sampai dia langsung tak bersuara?

Voice [DK] ✔ Where stories live. Discover now