Hujan yang lebat membasahi bumi.
Sangat lebat sehingga sejuknya dapat dirasa oleh orang di dalam bangunan dua tingkat itu.
Seokmin berdiri di hadapan peti abu mayat orang kesayangannya.
"Annyeong, eomma."
Ya. Itu peti abu mayat wanita yang telah melahirkan dia ke dunia.
"Seokmin minta maaf sebab dah lama tak melawat eomma. Maklumlah, sibuk sikit sejak masuk Pledis ni." Seokmin tersenyum hambar.
Itulah hadiah lumayan yang dijanjikan setelah dia memenangi Pertandingan Suara Emas tiga bulan yang lalu.
Dia diterima masuk ke dalam syarikat yang melahirkan k-idol yang terkenal iaitu Pledis Entertainment.
"Eomma, terima kasih sebab dah banyak sedarkan Seokmin yang sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tak tahu tentang dunia ni. Saat kita rasa kita tiada lagi harapan untuk bangkit, pasti akan ada seseorang yang hadir untuk memapah kita untuk meneruskan perjalanan. Begitu singkat pertemuan kita eomma."
Seokmin mengekap air matanya yang sudah mengalir di pipi.
"Seokmin rindukan eomma. Seokmin dah takde siapa lagi. Appa dah tinggalkan kitaorang. Sekarang Seokmin sendirian eomma."
"Walaupun Heejin dan Mingyu ada, tapi Seokmin masih rasa kosong. Seokmin rindu pelukan eomma, kasih sayang eomma."
Dia tidak lagi dapat menahan sebak. Dia jatuh terduduk di lantai.
"Hyung.."
Seokmin mengangkat kepalanya. Kelihatan adiknya tersenyum manis ke arahnya.
"Hyung... Jangan.. Menangis... Dongmin.. Ada.." kata Dongmin sepatah sepatah.
Seokmin mengelap air matanya.
"Tak. Mana ada hyung menangis. Mata pedih je ni." Seokmin mengibas ngibas matanya. Cuba membuktikan yang dia tidak menangis.
"Mengaku jela menangis. Apa masalahnya." kata Mingyu yang muncul bagaikan Ninja Hatori disebelah Dongmin.
Seokmin menjeling kawannya.
"Diamlah kau."
Mingyu buat muka tak tau.
"Dah habis belum drama air mata kau? Kita dah lambat ni."
"Biadap eh kau." Seokmin buat muka dasar.
"Whatever. Dah jomlah. Nanti lambat pulak appointment adik kau dengan psychiatrist."
Psychiatrist?
Ah ya. Sejak Dongmin terlibat dalam kemalangan jalan raya tiga bulan yang lalu, remaja itu disahkan menghidap Aphasis akibat daripada kecederaan yang teruk di kepalanya.
Dia telah kehilangan kemahiran berkomunikasi dan terpaksa menjalani rawatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa.
Seokmin sebagai seorang abang yang bertanggungjawab, dia akan terus menyokong dan membantu adik dia. Sebagaimana rakannya dulu pernah menyokongnya.
Perasaan ingin bersuara tapi tidak mampu... Dia tahu perasaan itu.
Dia tahu penderitaan yang dialami.
Sebab dia tahu..
The voice is a gift. Every part of the body help us communicate with other people without letting out our voice. But it hits different when you express it with your own voice.
ANDA SEDANG MEMBACA
Voice [DK] ✔
Short Story⭐SEVENTEEN SHORT STORY⭐ "Kenapa dia tak bercakap? Dia bisu ke?" "Dia bukan tak boleh bercakap. Tapi dia tak nak bercakap." "Kenapa awak taknak bercakap dengan saya? Awak tak suka saya berkawan dengan awak ke?" "Lee Seokmin, awak dengar sini. Saya ak...
![Voice [DK] ✔](https://img.wattpad.com/cover/277361415-64-k206265.jpg)