"Mingyu, awak ada nampak Seokmin tak?" tanya Heejin.
"Eh? Bukan tadi awak tunggu dia dekat belakang pentas ke? Dia tak jumpa awak balik ke?" soal Mingyu semula.
Heejin menggelengkan kepala. Dia memaparkan wajah resah apabila kelibat Seokmin tidak dilihatnya.
Mingyu pula mengerutkan dahi.
Dia berfikir, ke mana Seokmin pergi setelah dia habis perform.
×××
"Hyung, appa tau ke pasal benda ni?"
"Tak. Aku tak bagitau dia sebab kalau bagitau dia bukannya dia benarkan pun."
"Takpe ke macam tu?"
"Dongmin, kau dengar sini. At this moment, appa tu bukan sesiapa lagi untuk halang aku capai impian aku. Kau tau, aku jadi trauma sebab dia. Kali ni, aku akan pastikan perkara yang sama tidak berulang kembali. Cukuplah aku menderita sekali tu."
Dongmim terdiam mendengar jawapan Seokmin.
"Lagipun aku ada kau bukan? Kau akan sokong aku kan?"
Dongmin mengangguk laju.
"Ya hyung! Aku akan sentiasa menyokong kau! Aku tak kisah kalau kau lebih baik daripada aku. Yang penting aku tahu, aku boleh jadikan kau sebagai idola aku dalam kehidupan."
Seokmin tersenyum mendengar balasan Dongmin.
Seokmin menghirup udara segar di rooftop sekolah.
Sebaik sahaja dia turun pentas tadi, dia terus pergi ke rooftop tanpa bertemu dengan kawannya dahulu.
Entah mengapa hatinya semakin resah apabila memikirkan tentang Dongmin. Seolah olah ada perkara buruk yang akan berlaku.
"HA! TU DIA!"
Seokmin memandang ke pintu rooftop.
Kelihatan Mingyu dan Heejin sedang cuba mengambil nafas sebab lelah mandaki tangga untuk sampai ke rooftop.
"Apa korang buat dekat sini?" soalnya.
"Kitaorang yang patut tanya kau soalan tu. Kenapa kau dekat sini? Penat kitaorang cari kau satu sekolah." balas Mingyu setelah berjaya mengumpul nafasnya kembali.
"Aku tak buat apa pun la. Cuma nak ambil angin segar je."
"Kot ya pun bagitau la dulu! Saya risau tau tak, tengok awak tetiba lesap lepas turun pentas." kata Heejin geram.
Seokmin tersengih. Dia tak sangka pula kawan dia risau bila dia tetiba menghilangkan diri ke rooftop.
"Kau fikir apa Min? Jauh benar termenung." tanya Mingyu.
"Korang, aku rasa tak sedap hati la."
"Kenapa?" tanya Heejin pula.
"Rasa macam ada benda yang jadi dekat Dongmin." Seokmin mengetap bibirnya resah. Kakinya pula asyik mundar mandir dari tadi.
"Perasaan awak je tu." Heejin cuba menenangkan Seokmin.
"Cuba kau call dia."
Seokmin mendail nombor Dongmin.
Kring.
Kring.
Kring.
"Hello hyung"
"Dongmin! Kau dekat mana tu?"
"Dekat rumah kawan aku la. Kan aku dah cakap aku buat projek sekolah."
ANDA SEDANG MEMBACA
Voice [DK] ✔
Short Story⭐SEVENTEEN SHORT STORY⭐ "Kenapa dia tak bercakap? Dia bisu ke?" "Dia bukan tak boleh bercakap. Tapi dia tak nak bercakap." "Kenapa awak taknak bercakap dengan saya? Awak tak suka saya berkawan dengan awak ke?" "Lee Seokmin, awak dengar sini. Saya ak...
![Voice [DK] ✔](https://img.wattpad.com/cover/277361415-64-k206265.jpg)