Six

75 17 2
                                    

Mereka yang berada di situ terdiam.

"Kenapa awak diam? Seokmin, jawablah. Kenapa awak taknak bercakap dengan saya?" gesa Heejin.

Dia tak tahu kenapa. Tapi hatinya meronta ronta nak dengar suara lelaki itu.

Seokmin hanya mendiamkan diri mendengar gesaan dari Heejin.

"SEOKMIN JAWABLAH! AWAK TAK BISUKAN? KENAPA AWAK TAKNAK BERCAKAP DENGAN SAYA?!" Jerit Heejin lagi.

Untung sahaja cuma ada mereka berlima dia depan tangga makmal kimia tu.

"Heejin, sudahlah tu." kata Mingyu menenangkan gadis itu.

"Tak. Dia kena bagitau saya. Kenapa dia tak nak bercakap dengan saya. Macam mana dia nak atasi trauma dia kalau dia tak pernah cuba untuk hilangkan trauma dia?" balas Heejin.

Dia memandang ke arah Seokmin.

"Awak bercakap dengan Mingyu seorang sabab awak percaya dia takkan apa apakan awak bukan? Habistu saya ni? Awak tak percayakan saya ke?" soal Heejin lagi.

Seokmin menunduk memandang lantai.

Kata kata Heejin ada betulnya. Sampai bila dia nak mendiamkan diri?

"Tengok tu. Diam lagi. Seokmin, awak kena ingat. Dalam dunia ni, ramai lagi orang yang sokong awak. Awak tak boleh terus hidup dalam dunia awak je." Sebaik sahaja Heejin kata begitu, dia terus beredar dari situ.

"Err.. Kitaorang pun pergi dulu la.. Weh jom.." Jungkook menarik lengan Jaehyun mengajak lelaki itu beredar.

Tinggal la Mingyu dan Seokmin berdua.

Mingyu memandang ke arah Seokmin.

"Min, kau ok ke?"

Seokmin diam.

Mingyu jadi gelabah apabila melihat air mata Seokmin jatuh menitik ke lantai.

"Seokmin, kau--"

"B-betul kata Heejin. Sampai bila aku nak jadi macam ni."

Mingyu terdiam.

"Aku pernah cuba... Atasi rasa takut aku.. Tapi... Tak berjaya.."

"Aku selalu fikirkan tentang pandangan orang tanpa sedar yang sebenarnya aku sendiri dah berubah. Aku tak sedar.. Aku dah buat ramai orang lain sedih sebab aku."

"Aku ni memang tak guna."

Mingyu tersentak mendengar ayat terakhir Seokmin. Dia tak sangka pula kawan dia fikir macam tu.

"Min, kau jangan fikir macam tu. Semua ni bukan salah kau." pujuk Mingyu.

"Tak. Ni semua salah aku. Salah aku sebab menang pertandingan tu."

Mingyu mengeluh. Dia dah tak tahu macam mana nak pujuk kawan dia.

×××

Suasana di meja Seokmin dan Heejin sunyi sepi tanpa sebarang suara. Sedangkan suasana kelas mereka pada masa itu sangat meriah.

Seokmin memang diam. Tapi selalunya suara Heejin akan sentiasa berbunyi mengajak lelaki itu berbual walaupun tiada sebarang balasan yang diterima.

Mingyu dan deskmate dia yang duduk dekat belakang diorang pun diam je. Seolah olah memahami situasi tegang yang berlaku diantara mereka berdua. Walhal selalunya diorang bising.

"Psst Mingyu." bisik Bangchan yang merupakan deskmate Mingyu.

"Apa benda kau?"

"Heejin tu kenapa? Senyap je. Selalunya sura dia kecoh cakap itu cakap ini." soal Bangchan.

Mingyu hanya mengangkat bahu menjawab soalan Bangchan.

Kehadiran Kim saem di dalam kelas itu buat semua murid duduk di tempat masing masing.

"Bailah murid murid. Macam yang kamu tahu, setiap tahun semua sekolah seni akan mengadakan Karnival Seni. Jadi tahun ni, sekolah kita akan jadi tuan rumah untuk Karnival Seni."

Ucapan Kim saem menerima sambutan yang meriah daripada semua orang di dalam kelas tu.

"Jadi, memandangkan tahun ni tahun terakhir kamu semua di sekolah, setiap daripada kamu WAJIB menyertai sekurang sekurangnya satu aktiviti."

Kali ni ramai yang merungut. Siapa je suka bila diri dipaksa untuk masuk pertandingan yang diorang tak nak masuk.

"Maklumat seterusnya yang saya nak bagitahu ialah, pelajar sekolah lain juga boleh sertai pertandingan yang akan dianjurkan nanti. Agak special sebab sebelum ni hanya pelajar dari sekolah tuan rumah yang boleh serta pertandingan. Jadi saya harap kamu semua boleh berusaha dengan lebih bersungguh untuk lawan dengan Sekolah lain."

"Baiklah itu sahaja. Kita mulakan pelajaran kita.."

Seokmin agak terkaku mendengar pengumuman itu.

Karnival Seni... Hari dimana Pertandingan Suara Emas diadakan..

Voice [DK] ✔ Where stories live. Discover now