Dua bulan kemudian...
Berkat pujukan Mingyu dan Heejin, Seokmin telah bersetuju untuk berjumpa dengan pakar bagi merawat tekaknya.
Tentang kos rawatan, itu tak perlu risau kerana Heejin berkata dia sanggup keluarkan duit dia untuk membantu Seokmin. Dia juga telah menyuruh Seokmin untuk berjumpa dengan pakar psikologi untuk merawat trauma dia.
Tak ada apa yang perlu dihairankan kerana Heejin datang daripada keluarga yang kaya raya.
"Nanti awak jaga diri tau. Jangan lupa makan. Jangan tidur lewat. Contact saya tau. Saya taknak persahabatan kita terputus macam ni je." pesan Mingyu kepada Heejin.
Heejin tertawa mendengar ayat Mingyu.
"Encik Kim Mingyu, saya ni nak balik sekolah asal saya jela. Bukannya nak pindah negara. Awak tak payahlah risau sangat." balas Heejin.
"Ish. Mestilah saya risau. Awak tu kawan yang paling baik pernah saya jumpa. Jasa baik awak takkan pernah saya lupakan."
Mingyu mendekatkan mulutnya pada telinga Heejin.
"Kalau tak sebab awak, keadaan Seokmin takkan jadi lebih baik tau. Saya sampai dah penat nak memujuk dia buat rawatan tu." bisik Mingyu.
Heejin tersenyum.
Ya. Sebab dia la.
Tiada siapa yang tahu betapa berianya dia nak tengok Seokmin kembali seperti biasa.
Sebenarnya dia berada kasihan apabila melihat keadaan Seokmin. Berdasarkan wajahnya sahaja dia tahu yang lelaki itu memerlukan sokongan yang lebih dalam hidup dia.
Heejin memandang Seokmin yang masih diam di sebelah Mingyu.
"Awak takde apa apa yang nak dicakap untuk saya ke?"
Seokmin mendengar soalan Heejin.
"Ah err.. S-selamat tinggal. Jaga diri." ucapnya ringkas dengan senyuman kekok diwajahnya.
Dia masih belum dapat biasakan diri untuk bercakap dengan orang lain.
Empat bulan dia tak bercakap dengan orang lain, itu yang rasa kekok semacam.
Heejin menunjukkan wajah gembira mendengar balasan Seokmin.
"Baik~ mestilah saya akan jaga diri. Seronoknya saya awak dah kembali macam biasa." kata Heejin.
Ssat itu entah mengapa, Seokmin rasakan jantungnya dup dap dup dap melihat senyuman di wajah gadis itu.
Senyuman indah tu, buat dia rasa tak keruan.
"Saya pergi dulu tau. Kita jumpa masa Karnival Seni nanti. Bye semua!" Heejin melambai tangannya kepada rakan dia yang lain sebelum menaiki kereta.
Seokmin dan Mingyu menghantar pemergian Heejin sehinggalah kelibat kereta ayah Heejin tidak kelihatan.
Mingyu menyiku Seokmin yang masih terkaku di pintu pagar sekolah.
"Woi, kau kenapa? Heejin dah baliklah."
Seokmin terkejut.
"Takde apa la."
Mingyu tersenyum nakal.
"Yelah tu takde apa. Ke, kau tak sanggup nak lepaskan Heejin pergi? Yela, pengubat duka lara dah pergi balik sekolah dia." usiknya.
Seokmin menjeling Mingyu.
"Banyaklah kau. Dah ah, aku nak balik."
Seokmin terus berlalu dari situ meninggalkan Mingyu sendirian.
"WOI! Tunggu aku!"
Dia tidak pusing memandang Mingyu yang mengejarnya dari belakang. Sebaliknya, dia tersenyum sambil terus berjalan ke depan.
×××
Seokmin termenung memandang senarai lagu dihadapannya. Dia masih tak tahu nak nyanyi lagu apa untuk pertandingan nanti.
Ya. Dia telah mengambil keputusan untuk menyertai Pertandingan Suara Emas itu. Kerana dia juga percaya dengan cara itu, dia dapat atasi trauma yang dihadapi.
Tapi sekarang ni keadaan dia semakin baik. Jadi dia tak rasa itu masalah besar.
"Hyung!"
"Oh mak kau tergolek!" sampai terhantuk dinding Seokmin dibuatnya apabila Dongmin menyergahnya.
"LEE DONGMIN!!"
"Alamak." Dongmin terus melarikan diri apabila melihat wajah Seokmin yang seperti mahu membahamnya hidup hidup.
Oh ya. Dia juga sudah berbaik dengan Dongmin setelah dia sedar yang adiknya langsung tak bersalah dalam hal itu.
"Aduh aduh. Aku minta maaf hyung! HUWAAAAA janji tak buat lagi." nak nangis Dongmin dibuatnya apabila Seokmin menyekeh kepalanya tanpa belas kasihan.
"Kepala lutut kau la. Sakit tau tak. Nasib baik aku tak jatuh. Kalau tak, first kiss aku dengan lantai." balas Seokmin.
Tengok tu. Bila dah ok, mulalah ayat berbisa muncul dari mulut dia.
Dongmin memuncungkan bibirnya. Dia melihat kertas yang berada di tangan Seokmin.
"Hyung, kau dah tahu ke nak nyanyi lagu apa nanti?" soalnya.
"Aku ada buat dua pilihan. Sama ada lagu She Didn't Love Me atau I Should've First."
"Hek eleh. Lagu sedih jugak yang dipilih. Tahun ni cubalah nyanyi lagu happy pulak." bantah Dongmin.
"Aku nyanyi lagu apa pun tetap sedap. Bukan macam kau. Suara macam katak." kutuk Seokmin selamba.
Dongmin mencebik mendengar kutukan Seokmin.
"Hyung, appa tau ke pasal benda ni?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Voice [DK] ✔
Cerita Pendek⭐SEVENTEEN SHORT STORY⭐ "Kenapa dia tak bercakap? Dia bisu ke?" "Dia bukan tak boleh bercakap. Tapi dia tak nak bercakap." "Kenapa awak taknak bercakap dengan saya? Awak tak suka saya berkawan dengan awak ke?" "Lee Seokmin, awak dengar sini. Saya ak...