Seokmin membuka kasutnya dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Badannya letih setelah seharian berada di sekolah menyiapkan slide pembentangan Kimia bersama Heejin.
Sebelum balik Heejin ada ajak dia makan sama sama. Tapi dia tolak sebab takut Heejin akan cari lebih banyak peluang untuk bercakap dengan dia.
"Hyung dah balik?"
Seokmin memandang ke arah empunya suara.
Kelihatan adik kembarnya Lee Dongmin sedang duduk di sofa ruang tamu.
Dongmin tersenyum manis melihat abangnya.
"Macam mana sekolah hari ni?" soalnya.
Seokmin seperti biasa. Hanya diam tidak menjawab. Dia terus menaiki tangga menuju ke biliknya di tingkat dua.
Manakala Dongmin tidak berputus asa, dia ikut langkah Seokmin naik ke atas sambil mulutnya berbicara.
"Hyung, team aku dapat nombor satu pertandingan bola keranjang kali ni! Kitaorang menang lawan Hanlim MultiArts. Aku jadi shooter. Hebatkan aku?" ceritanya teruja.
Sejak dia balik sekolah lagi dia tak menyabar nyabar nak cerita kejayaan dia dekat Seokmin.
Tapi Seokmin langsung tak bagi reaksi terhadap cerita Dongmin. Membuatkan remaja itu sedikit kesal.
"Hyung, at least cakaplah tahniah dekat aku." ujarnya sambil menunduk.
Dia tahu abangnya itu langsung tak bercakap sejak kejadian tu. Tapi sama seperti Mingyu, dia akan sentiasa sokong Seokmin untuk untuk kembalikan keberanian dia untuk bercakap dengan orang lain.
Seokmin memandang Dongmin dengan muka datar sebelum dia masuk bilik dan hempas pintu dengan kuat.
Dongmin mengeluh.
Skip.
Seokmin turun ke bawah untuk makan malam. Malam itu, appanya tidak pulang ke rumah.
Jadi cuma ada dia dan Dongmin sahaja di rumah malam itu.
Masuk sahaja ke dapur, Seokmin terbau masakan makanan.
"Hyung dah turun? Jom kita makan sama sama." ajak Dongmin.
Seokmin terus sahaja memalingkan badannya untuk keluar dari dapur. Tetapi kata kata Dongmin menghentikan langkahnya.
"Please hyung. Dah lama kita tak makan sama sama." pujuk Dongmin. Suaranya saja dikendurkan.
Seokmin mengetap gigi sebelum duduk berhadapan dengan Dongmin. Lelaki itu tersenyum manis melihat abangnya yang termakan pujukannya.
Suasana di meja makan itu sunyi sepi.
"Hyung ada dengar tak? Sekolah hyung akan jadi tuan rumah Karnival Seni tahun ni. Apa yang specialnya tahun ni, pertandingan yang diadakan terbuka kepada sekolah seni yang lain."
Kata kata Dongmin menghentikan pergerakan Seokmin yang sedang menyuap makanan.
Pertandingan tu... Pertandingan yang merupakan sebab utama kenapa dia trauma untuk bercakap dengan orang luar. Pertandingan yang memberi kenangan yang paling manis dan pahit dalam hidupnya.
"Hyung taknak join ke? Tahun lepas hyung dapat nombor satu bukan?"
Tang!
Terhenjut bahu Dongmin apabila Seokmin menghempas chopstick pada pinggan dihadapannya.
Saat itu baru dia sedar. Dia dah terlepas cakap.
"H-hyung aku---" Kata kata Dongmin terpotong apabila Seokmin menjelingnya dengan tajam.
Seokmin terus bangun dari kerusi dan terus menuju ke biliknya. Dongmin pula kejar dari belakang.
Bam!
Pintu bilik dihempas.
"Hyung bukak pintu ni hyung!" Jerit Dongmin sambil tangannya mengetuk pintu bilik Seokmin.
"Hyung, aku minta maaf sebab bangkitkan hal tu. Aku betul betul tak sedar." katanya.
Dia benar benar tak sangka ayat yang diucap itu akan bangkitkan peristiwa tu.
Sementara Seokmin di dalam bilik sedang membenamkan mukanya pada lutut sambil bersandar di pintu bilik.
Mindanya mula teringat apa yang jadi empat bulan lepas.
Dia trauma.
Mengingati saat dirinya mula menjadi lemah.
"Hyung bukak pintu ni! Jangan buat aku risau." Dongmin memulas tombol pintu dengan laju. Berharap pintu akan terbuka.
Air mata yang jatuh hanya dibiarkan mengalir. Seokmin terus menangis teresak esak dengan mukanya yang disembam ke lutut.
"Bukak pintu ni... Hyung.." ketukan Dongmin semakin perlahan.
Dia semakin rasa bersalah apabila mendengar bunyi tangisan Seokmin disebalik pintu.
"Hyung... Aku minta maaf... Kalau tak sebab aku... Mesti semua ni takkan terjadi..."
ANDA SEDANG MEMBACA
Voice [DK] ✔
Short Story⭐SEVENTEEN SHORT STORY⭐ "Kenapa dia tak bercakap? Dia bisu ke?" "Dia bukan tak boleh bercakap. Tapi dia tak nak bercakap." "Kenapa awak taknak bercakap dengan saya? Awak tak suka saya berkawan dengan awak ke?" "Lee Seokmin, awak dengar sini. Saya ak...
![Voice [DK] ✔](https://img.wattpad.com/cover/277361415-64-k206265.jpg)