"Padan muka kau! Mulai hari ni,kau tak dibenarkan bersuara walau sepatah pun. Muka kau aku jijik nak tengok. Suara kau pun aku jijik nak dengar." hina Tuan Lee.
Seokmin yang terbaring di lantai dengan lehernya yang berdarah.
×××
Seokmin mengelap air matanya yang turun sebaik sahaja mindanya teringat peristiwa yang berlaku padanya.
"Gwaenchana---argh"
Seokmin dengan segera meminum air yang sering dibawanya apabila terasa sakit pada tekaknya.
Dia mengeluh.
Sejujurnya dia rindu masa dulu. Dia rindu saat dia masih lagi boleh bergelak ketawa dengan rakan rakannya. Tapi sekarang, nak sahut panggilan cikgu pun dia tak mampu.
"Eh Seokmin, awak buat apa dekat rooftop ni?"
Seokmin mengangkat muka apabila mendengar suara seseorang.
Ah. Yoon Heejin.
Gadis itu tak henti henti cuba bercakap dengan dia sepanjang seminggu dia di sini.
Heejin duduk di sebelah Seokmin.
"Sejuk betul udara tengah hari ni kan?" Dia mula bersuara.
"Awak tak lunch ke?"
Diam.
"Awak tak lapar?"
Diam.
Heejin mengembungkan pipinya apabila menyedari dia hanya bercakap seorang diri.
Tanya soalan kepada Seokmin sama macam tanya soalan kepada pokok. Tiada jawapan.
Hanya angin memecah sepi.
"Seokmin, Mingyu kata awak tak pernah bercakap dengan dia. Jadi macam mana awak boleh berkawan rapat dengan dia?"
Ah. Dia tahu rupanya.
Ramai budak sekolah yang mengatakan Mingyu seolah olah berkawan dengan angin. Sentiasa ada namun tidak disedari kehadirannya kerana tidak mampu bersuara.
Seokmin diam tak menjawab.
"Nah."
Seokmin mengangkat kening melihat huluran bekal daripada Heejin.
"Saya tahu awak tak makan lagi. Awak ambil la makanan saya ni. Saya dah makan tadi. Masih kenyang lagi." kata Heejin dengan senyuman manis.
Dia tidak akan berputus asa selagi Seokmin taknak berbual dengan dia.
Ragu ragu Seokmin menyambut huluran Heejin.
" T-terima kasih. "ujarnya dengan perlahan. Sangat perlahan sehingga tidak dapat didengari secara kasar.
Tapi telinga peka Heejin dapat mendengar ucapan itu.
"Sama-sama! Wah akhirnya awak bercakap juga dengan saya!" balas Heejin teruja.
Tidak sia sia usaha dia bangun awal pagi buta menyiapkan bekalan tu.
Seokmin tersenyum kecil sebelum menikmati makanan itu.
×××
"Next week group kita kena buat pembentangan Kimia. Topik elektrolisis." Kata Jungkook kepada ahli kumpulannya.
Ahli kumpulannya terdiri daripada dia sendiri, Mingyu, Seokmin, Heejin, dan Jaehyun.
"Alah. Turn kita ke minggu depan? Malasnya aku HUWAA." rungut Jaehyun.
"Ya next week turn kita. Kau jangan nak mengada eh. Aku akan bahagian tugas. Mingyu dan Heejin akan siapkan slide, Seokmin dan Jaehyun akan bentang, aku pulak akan--"
"Boleh tak aku tukar tugas dengan Seokmin. Aku malas la nak cari information bagai ni." Kata Mingyu cuba mencari alasan.
Jungkook memandangnya lama sebelum dia mula memahami maksud sebenar kata kata disebalik anak mata Mingyu.
"Ok. Seokmin dan Heejin buat slide, Mingyu dan Jaehyun bentang, aku pula akan buat demo eksperimen."
Mereka semua hanya setuju dengan keputusan Jungkook.
'Wah! Aku dengan Seokmin la. Yes! Yes!'
Skip.
"Esok saya datang rumah awak boleh? Kita cari information tu sama sama." Kata Heejin.
Seokmin membulatkan matanya sebelum menggelengkan kepala.
Nak mati ke ajak perempuan balik rumah? Nanti belum apa apa lagi dah kena pelangkung dengan bapak dia.
Heejin memuncungkan bibirnya.
"Habistu nak buat dekat mana? Rumah saya tak boleh. Nanti adik adik saya kacau."
Jari telunjuk Seokmin menghala ke arah satu tempat.
Heejin memandang arah yang ditunjuk.
"Oh library ada! Terlupa pulak saya. Kalau macam tu besok habis sekolah terus pergi sana. Kita bincang sampai pukul 6. Ok?"
Seokmin mengangguk.
Sementara Heejin masih bersedih kerana Seokmin enggan berbicara dengannya.
Macam mana dia nak buat Seokmin bercakap dengan dia ni?
![](https://img.wattpad.com/cover/277361415-288-k206265.jpg)
YOU ARE READING
Voice [DK] ✔
Conto⭐SEVENTEEN SHORT STORY⭐ "Kenapa dia tak bercakap? Dia bisu ke?" "Dia bukan tak boleh bercakap. Tapi dia tak nak bercakap." "Kenapa awak taknak bercakap dengan saya? Awak tak suka saya berkawan dengan awak ke?" "Lee Seokmin, awak dengar sini. Saya ak...