Episod 3 💕

29 7 0
                                    

1. Int. Istana Putera Adrian - malam

Watak : tetamu, Zafirah, Khadijah, Putera Adrian, Safina

Seminggu kemudian....

Para tetamu datang meraikan majls keputeraan Putera Adrian. Pakaian berjenama, mewah dan elegan menampakkan majlis itu kelihatan mahal. Perhiasan lampu neon warna-warni mengindahkan laman istana.

Zafirah tidak dapat menghubungi Kasih. Padahal dia sudah menghantar kad jemputan digital melalui pesanan ringkas Whatsapp. Tiada sebarang balasan dari gadis itu.

Peti suara
Nombor yang anda dail tidak dihubungi. Sila cuba sebentar lagi

Zafirah { Call Kasih. Bimbang }
Mana budak ni? Tak datang lagi dia! Semua orang dah sampai!

Khadijah { Meneguk air sirap ais }
Firah tunggu siapa?

Zafirah { Cuba call Kasih lagi }
Kawan lama Firah. Ibu kenal lagi tak Kasih Fatihah? Anak Aunty Faridah?

Khadijah { Menepuk dahi}
Kasihhh! Ingat, ingat! . Firah jemput Kasih? Mana dia? Ibu tak nampak Kasih pun?

Zafirah { Rungsing }
Tu lah Ibu. Dari tadi Kasih tak angkat call !

Adrian
Ibuuu..... minum lah kopi. Air sirap untuk Zafirah.

Khadijah { Ketawa. Tepuk bahu Adrian}
Hahahah!. Ibu teringin lah! Apa salahnya Ibu minum ?

Adrian
Firah nampak kelam-kabut ni kenapa? Rileks lah. Abang tak jemput ramai orang

Zafirah
Firah ada jemput kawan. Dia kata Mak ciknya tak suka kawan Firah tu keluar malam-malam. Firah tak sedap hati lah, Ibu. Jom lah kita pergi rumah Kasih!

Adrian
Siapa Kasih?

Khadijah
Kawan sekolah Firah

Adrian
Ooo... I see.... Abang boleh bawa Firah dan Ibu pergi rumah kawan Firah.

Zafirah { Pimpin tangan Khadijah}
Jom, jom, jom!. Jom ibu!

Safina { Memperagakan gaun }
Abang Adriann..... Fina nampak cantik tak? Khas untuk Abang Adrian.....

Adrian { Menolak Safina ke tepi }
Tepi lah

Safina { Merengek }
Diorang nak pergi mana ?!!!! Abang Adrian!!!!

Cut to

2. Int. Dalam stor - malam

Watak : Kasih, Ayah

Kasih lemah akibat kekurangan oksigen. Bermimpikan arwah bapanya dalam pakaian serba putih.

Bayangan Ayah
Kasih..... Kasih kena kuat tau?

Kasih { Separa sedar. Menangis }
Ayah..... Kasih nak Ayah, Nak Ibu.... Kasih nak macam dulu-dulu.....

Kasih pengsan, tak sedarkan diri

Cut to

3. Ext. Luar rumah Sarina - masih malam

Watak : Adrian, Zafirah, Khadijah, Kasih

Sarina keluar rumah pergi kedai. Maka, dia tiada. Pintu rumah dikunci.

Zafirah { Call Kasih lagi }
Kasih masih tak jawab

Adrian { Mengetuk pintu, memberi salam }
Assalamu'alaikum! Kasih?!

Zafirah { Menamatkan panggilan. Mengetuk pintu }
Kasih! Saya tahu awak dekat dalam! Jawablah! Jangan buat saya risau! Saya selamatkan awak!

Drama :  Seikhlas CintaWhere stories live. Discover now