Episod 17 💘

42 5 0
                                    

1. Int. Pejabat Putera Adrian Isyraf - tengahari

Watak : Safina, Adrian, Mariam, Alisya, Wanita penyambut tetamu

Ketiga-tiga gadis itu berebut-rebut mahu berjumpa Adrian. Masing-masing ada agenda. Safina, memperkuatkan sihir pada Adrian. Mariam, meluahkan perasaan cinta walaupun dia tahu akan ditolak mentah-mentah.  Alisya, cuba-cuba memenangi hati Adrian jika sihir Safina mula  longgar!.

Wanita penyambut tetamu { Bingung. Marah }
Cik bertiga ni siapa? Saya call polis kalau Cik bertiga menceroboh office Putera Adrian!

Mariam { Hentak meja }
Kami nak jumpa Adrian.

Alisya { Pamer riak garang }
Bukan urusan kau nak tahu kami ni siapa!

Safina terus meluru masuk. Lantak lah kalau dua perempuan tu mengamuk sebab mungkir janji!.

Safina { Peluk Adrian }
ADRIAN!!! Abang Adrian sayang.... Kita kahwin jom?

Adrian { Suka dipeluk }
Abang rela ikut Safina pergi mana-mana.

Safina { Sentuh pula pipi Adrian}
Abang..... I love you sooo much! Marry me please?

Adrian sudah lemas dalam cinta palsu Safina. Mariam, Alisya merempuh pintu. Mendapat tahu Safina bolot semuanya, rampas Adrian senyap-senyap, mereka bertiga bakal kalah. Malah keluarga Mariam bakal dirundung kemiskinan!.

Alisya { Menjauhkan Safina dari Adrian}
Kau nak bolot Adrian?! Sedar sikit kau dapat Adrian sebab kami berdua tolong! Usaha sendiri terhegeh-hegeh! Dah ditolong, nak kebas semua!

Safina { Pegang tangan Adrian kuat-kuat }
Salah siapa? Otak letak kat mana cik kak? Aku tak minta pun guna bomoh. Mak aku je terlalu taksub dengan kekayaan Ratu Qasidah! Orang tua tu tak penting pun! Aku cuma nak Abang Adrian!

Mereka saling tarik-tarik baju, tarik-tarik rambut. Bergaduh hanya mahukan seorang lelaki. Safina tetap memeluk erat lengan Adrian daripada terlepas pada dua perempuan tersebut.

Mariam
Lepas lah tangan kau!

Mariam sedar Alisya turut bergaduh bersama Safina semata-mata nakkan Adrian. What?!

Mariam { Tolak Alisya}
Hoi ! Kenapa kau ni, Alisya?! Kau duduk diam-diam kat tepi sana!

Alisya
Aku pun nak Adrian lah! Dia bakal suami aku!

Tercengang.Kami yang penat-penat usaha, Alisya pula goyang kaki tak buat apa-apa hujung-hujung dalam perjuangan kami ?!.

Safina { Tolak Alisya kuat-kuat }
Pergi lah kau! Kau tak payah menyibuk!

Alisya tidak berjaya ditolak, sebaliknya, Safina terpelanting terlanggar Adrian lalu menyebabkan Adrian terhantuk pada meja. Adrian pengsan.

Mariam { Melutut }
Sayang?!

Safina { Pangku Adrian }
Abang Adrian!

Alisya
Adrian sayang! I'm so sorry! Isya tak sengaja!

Safina { Tampar Alisya }
Kau punya pasal Abang Adrian cedera!

Alisya
Apa pula?! Kalau korang tak bising-bising, Adrian dah tentu suka aku! Perempuan sihir!

Mariam { Tolak Alisya sekuat-kuatnya }
Adrian aku punya !!!!

Alisya jatuh ke belakang. Kerana bunyi terlalu bising datang dari dalam pejabat Adrian, wanita penjaga kaunter bernama Maira memanggil dua pengawal keselamatan supaya menghalau ketiga-tiga wanita itu.

Maira
Astaghfirullahalazim!!! Tuanku!!! Cik bertiga buat apa pada Putera Adrian?!
Pak Mat, tolong halau mereka bertiga sekarang! Pak Nan, call ambulans. Putera Adrian cedera disebabkan mereka!

Drama :  Seikhlas CintaWhere stories live. Discover now