Episod 5 💕

46 7 0
                                        

1. Int. rumah Sarina - malam

Watak : Sarina, Mak Gayah & Mak Leha

Mak Gayah bertandang ke rumah Sarina untuk mengetahui cerita sebenar Kasih dihalau keluar.

Sarina { Cekak pinggang. Pamer riak marah }
Memang aku dah halau budak Kasih tu!. Dia tak beri apa-apa faedah pada aku!

Mak Leha { Pelik. Pandang Mak Gayah yang mengjongket bahu }
Kenapa engkau halau budak tu? Kasih baik orangnya. Dia dulu siap tolong aku belikan barang masak.

Mak Gayah { Pertahankan Kasih }
Kesian budak tu. Mana entah dia pergi. Rumah ni satu-satunya harta Kasih ada!. Mak Bapak dia tinggalkan rumah ni untuk Kasih!. Engkau tak baik buat gitu, Sarina.

Sarina { Halau Mak Gayah & Mak Leha }
Korang tak sakitkan hati aku , tak sah! Pergi balik! Pergi balik!

Mak Leha
Tengok tu. Kami ambil berat, kena halau pulak!

Mak Gayah { Marah}
Entahnya. Jom lah kita pekena cendol?

Mak Leha { Setuju }
Jom!

Cut to

2. Int. Dapur - pagi

Watak : Safina, Basirah

BASIRAH bertungkus-lumus menyiapkan sarapan untuk menjamu Putera Adrian dan keluarga. Kemudian, dia akan memberitahu Ratu Qasidah bahawa Safina yang menyediakan santapan mereka. Ratu Qasidah mesti terharu apabila mendapat tahu Safina berusaha menjadi bakal menantu.

Safina { Kelam-kabut }
Mak! Mak! Fina ada gosip best nak cerita dekat Mak!

Basirah { Cuci kuali di singkin}
Apa dia? Tak nampak Mak sibuk? Kamu anak dara kena berlatih dari sekarang. Boleh jadi menantu Ratu Qasidah!

Safina { Marah. Bersilang tangan }
Mak tak boleh ke stop kejap persoalkan pasal Fina?. Kak Firah lagi tua dari Fina tak pernah dengar Mak bebel pasal dia. Mak lagi sayang Kak Firah!. Macam lah dia anak Mak!

Basirah { Lap tangan. Pandang Safina dengan mata yang tajam }
Kamu berusahalah jadi macam Zafirah. Fina kata ada gosip nak bagitau Mak. Apa gosipnya?

Safina { Tersenyum lebar }
Perempuan yang Abang Adrian kutip semalam, rupanya kena halau dengan mak saudara dia!. Tagih simpati lah tu, mak!. Abang Adrian bukan main ambil berat pasal dia!

Basirah { Pegang dagu }
Mesti dia buat benda tak elok kan? Agaknya dah terlanjur.

Safina { Geram. Hentak tangan pada kaunter dapur }
Hish.... Fina tak suka lah Mak! Dia baru datang sini, tapi dah start curi Abang Adrian!

Basirah { Senyum sinis }
Mak akan tolong Fina dapatkan Abang Adrian

Safina { Peluk Basirah }
Terima kasih, Mak! Sayang Mak!

Basirah { Tepuk lembut kepala Safina}
Mak pun sayang Fina

Cut to

3. Int. Bilik pembacaan peribadi Putera Adrian - masih pagi

Watak : Adrian, Kasih, Ratu Qasidah

ADRIAN menunjuk Kasih album lama keluarga mereka. Dia mahu Kasih ingat semula tentang perkahwinan mereka. Mereka masih suami isteri yang sah meskipun telah hampir 5 tahun terpisah.

Drama :  Seikhlas CintaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang