Episod 9 💕

36 5 3
                                        

1. Int. Rumah pak cik Razak - petang

Watak : Sarina, Pak cik Razak, Syamsul

Pak cik Razak merenung Sarina yang pengsan. Tubuh Sarina terkujur kaku. Matanya rapat seolah-olah tidak mahu membukanya. Sudah selesa rehat dalam lena.

Syamsul { Keluar dari bilik air }
Kau cepat-cepat lah panggil pejabat agama datang sini. Nak Sarina jadi milik kau kan?

Pak cik Razak { Merenung bukit Sarina yang tidak ditutup tudung elok-elok }
( Huish! Lembut tu! )

Syamsul { Ketuk kepala Razak }
Sudah-sudahlah lah tenung benda tu! Jaga mata kau!

Pak cik Razak { Gatal. Tak tahan diri }
Cantik Sarina sayang..... . Tidur pun cantik. Aih geramnya!

Syamsul { Hubungi pejabat agama }
Helo Encik. Saya nak buat aduan ada sorang lelaki berdua-duaan dengan perempuan bukan mahram dekat Taman ***** jalan ****. Ya, ya. Terima kasih Encik.

Tut!

Panggilan ditamatkan

Pak cik Razak { Menggilai kecantikan Sarina }
Sayang..... bila kau bangun nanti, kau dah jadi milik aku...... . Kau tak boleh lari ke mana-mana. Sarina juga buat abang tergila-gilakan Sarina sayang.....

Pak cik Razak mengusap sisi pipi gebu Sarina. Sarina tak tahu apa-apa sebab dia pengsan....

Cut to

2. Int. Istana Putera Adrian { Taman } - pagi keesokan harinya

Watak : Kasih, Adrian, Safina, Zafirah

Safina tak lepas-lepas peluk lengan Adrian. Mereka membaca majalah fesyen wanita moden di bangku berhadapan taman bunga. Anak mata Adrian melirik ke arah Kasih dan Zafirah yang sedang menyiram pokok mawar.

Adrian buat tak endah pada Safina. Gadis ini menyusahkannya. Ikutkan hati, dia mahu berada di sisi Kasih. Jika bukan dari permintaan Bondanya, Adrian takkan menyusahkan diri sendiri temankan Safina sepanjang hari. Dia hanya berasa bebas kalau keluar dari kawasan istana.

Safina { Tunjuk gambar baju baru }
Baju ni cantik tak, Abang?. Fina nak cantik untuk abang. Kak Kasih pakai buruk. Werkkk!!!. Hahaha!.

Adrian { Tenung Kasih. Tak dengar Safina bercakap dengannya }

Safina { Perasan Adrian merenung Kasih. Marah }
( Aku dah rampas Abang Adrian dari kau, kau tetap curi perhatian Abang Adrian aku ! )

Majalah ditutup kasar.

Safina { Memberontak }
Perempuan cantik macam Fina tak pandang! Abang Adrian sibuk tengok perempuan lain!

Kasih dan Zafirah saling pandang ke arah Safina yang mengamuk marahkan Adrian.

Zafirah
Apa hal perempuan gedik tu?

Kasih { Menjongket bahu }
Entah

Zafirah
Haih.... Ratu Qasidah dah bagi Adrian luangkan masa dengan dia pun, masih tak puas hati lagi.

Kasih { Ketawa sedih. Cemburu Adrian bersama Safina }
Haha.....

Adrian { Geram tiba-tiba Safina marah tak tentu pasal }
Fina kenapa marah-marah ? Abang tak tengok sesiapa pun!

Safina { Tunding pada Kasih }
Tipu! Abang tengok Kak Kasih kan?! Memang geram betullah Fina dengan perempuan tu!!

Terus Safina serang Kasih dengan menolaknya. Adrian tak sempat menghalang Safina.

Adrian
Fina!!!

Safina { Tolak Kasih. Benci }

Kasih { Terjatuh. Kepala terhantuk batu }

Zafirah { Terkejut }
KASIH!!!

Cut to

3. Int. Kamar Ratu Qasidah dan Sultan Azlan - masih pagi

Watak : Ratu Qasidah, Sultan Azlan

Sultan Azlan murka dengan perbuatan Safina menolak menantunya. Dia pula tak sabar-sabar hendak mengumumkan perkahwinan Adrian dan Kasih supaya Kasih tak dibuli lagi!.

Sultan Azlan
Mujur Adrian tak memperisterikan Safina. Terang-terang budak tu jenis kasar perangainya!. Kalau dia jadi menantu kita, dengan abang sekali kena tengking!

Ratu Qasidah { Kematu diri}
Abang janganlah marah-marah sangat. Abang tak sihat.... . Biasalah budak-budak.

Sultan Azlan
Kita dah tahu Adrian dah kahwin. Idah pergi suruh Safina rapat dengan Adrian dah kenapa?. Sengaja nak buat Kasih cemburu?

Ratu Qasidah { Bersungguh-sungguh mempertahankan Safina }
Kasih kan belum ingat siapa Adrian. Idah cuma nak buat Adrian tak rasa sunyi. Kasih isteri atas kertas saja, bang. Safina boleh puaskan nafsu Adrian. Tak salah kan?

Sultan Azlan { Marah mencanak-canak naik }
Safina takkan dapat Adrian selama-lamanya!. Kasih sorang saja layak untuk Adrian!. Idah jangan berani pisahkan menantu kita!. Dia perlukan Adrian!.

Ratu Qasidah
( Ala.... amnesia je kot?. Adrian mesti nak Safina puaskan nafsu dia. Kolot betul suami aku ni ! )

Cut to

4. Int. Wad hospital - hampir tengahari

Watak : Kasih, Zafirah, Adrian

Keadaan Kasih sudah stabil.

Adrian
Kasih, kalau ada rasa sakit, bagitau abang

Kasih { Angguk perlahan }
Okey abang. Mana Bonda dan Ayahanda? Mereka ada datang tak?

Zafirah
Bonda Qasidah tak datang. Cuma Ayahanda Azlan saja jenguk awak, Kasih. Ayahanda belikan awak bubur ayam. Awak makan tau.

Mangkuk polisterin berisi bubur ayam diletakkan atas meja mudah alih hospital.

Kasih { Termenung }
Kasih pelik. Bonda tiba-tiba berubah. Dia macam lebihkan Safina.

Zafirah { Sedapkan hati Kasih }
Budak tu memang sejak kecil dah manja sangat dengan Bonda Qasidah!. Merengek sana sini!. Geram betul Firah!

Kasih { Terdiam }

Bersambung





















Drama :  Seikhlas CintaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang