6. Int. Istana Putera Adrian - masih tengahari
Watak : Safina, Basirah, Ratu Qasidah & Sultan Azlan
Safina pura-pura menangis di bahu Ratu Qasidah. Sebenarnya dia mahu menyalahkan Kasih sekali lagi supaya gadis itu dijauhkan dari Adrian..
Ratu Qasidah { Pujuk Safina }
Jangan lah sedih, sayang. Bonda akan hukum Kasih sebab suruh Adrian keluar senyap-senyap dari istana kita.Basirah { Menambah kemarahan Ratu Qasidah }
Hukum saja budak tu, Tuanku!. Anak saya tak pernah sesedih ni!. Hati mak mana tak nak tengok anak-anaknya berduka cita?. Budak Kasih tu memang pembawa malang!. Kita semua bergaduh, berenggang disebabkan dia!. Apa punya budak lah!.Ratu Qasidah { Kecewa }
Idah menyesal bang. Pungut budak tu masuk istana kita. Apatah lagi dia dah kahwin dengan Adrian! { Terlepas cakap }Safina & Basirah terkejut mendapati Adrian dah kahwin.
Safina { Terkejut bukan kepalang}
DAH KAHWIN?! IBU!!!! { Pengsan}Basirah { Pangku Safina yang kaku }
Ya Allah Safina!!!Sultan Azlan
Ni lah balasannya, Idah. Biarkan saja budak tu pengsan!Ratu Qasidah { Tak puas hati }
Ni anak kita, Bang!. Abang lebihkan sangat orang tu !!!Ratu Qasidah mencapai smartphone nya, lalu menghubungi doktor...
Cut to
7. Int. Rumah Pak cik Razak - Hampir petang
Watak : Sarina, Pak cik Razak
Sarina melempar bermacam-macam benda pada Pak cik Razak. Menunjukkan bertapa benci pada lelaki tua tersebut. Pak cik Razak tersengih-sengih Sarina tetap nampak cantik meskipun dalam keadaan marah dan kaki serta tangannya berikat.
Sarina { Campak barang }
Benci!!! Lelaki kerepot! Lelaki miang! Kau perkosa aku masa aku pengsan!!!Pak cik Razak { Mempamer muka miang}
Kau tak boleh buat apa-apa sayang. Kau dah jadi milik aku. Kau isteri aku.
Inilah tempat rehat abadi kau. Dulu kau tolak cinta aku mentah-mentah. Sekarang terima lah hakikatnya!.Sarina { Menjerit bagai orang gila }
ARHHHH!!!! TAK BOLEH!!!! AKU TAK NAK BERSUAMIKAN LELAKI MACAM KAU!!!! AHHHHH!!!!!Pak cik Razak mencengkam kedua-dua pipi Sarina sehingga bibir dan pipinya ternaik.
Pak cik Razak { Marah }
Diam perempuan! Kau duduk diam-diam! .Pipi Sarina dilepaskan. Sarina menangis teresak-esak. Pak cik Razak berlalu ke dapur membuat makan minum petang.
Pak cik Razak
Sayang mesti lapar kan? Abang buatkan sayang..... roti gebu.. { Flying kiss }Sarina { Mencerca Pak cik Razak }
LELAKI BODOH! LELAKI TUA! { Menangis lagi }Cut to :
8. Int. Restoran Tom Yam - Petang
Watak : Khai Bahar, Sofea, Kasih, Adrian
Adrian memesan dua jus laici, sepinggan nasi goreng serta sepinggan nasi ayam. Khai Bahar pula secawan teh panas saja. Sofea Izatul memilih menu makanan ringan nugget goreng dan teh o panas. Dia duduk bersebelahan Khai Bahar, malah Kasih bersebelahan Adrian.
Adrian
Cerita lah Sofea. Macam mana Sofea boleh minat abang handsome sebelah Sofea tu?.Sofea { Tersentak . Malu }
Sofea.... erm..... Sofea....Kasih { Mengeluh }
Abang pun satu. Haih...... . Seorang perempuan takkan bagitau kenapa dia minat dengan seseorang.Adrian { Mengusik Kasih }
Iya? Kasih pun sebenarnya minat abang juga lah?Kasih { Tersentak }
Hah?.... Tu cerita dah lama lah ... Kasih pun lupa macam mana boleh jatuh suka pada abang.Kasih mencuit hidung Adrian. Khai Bahar berdehem melihatkan aksi romantik suami isteri itu. Serta-merta Kasih berhenti. Betulkan tudung bawalnya yang sengit.
Khai Bahar { Gosok belakang leher. Malu }
Abang okey je Sofea tak cakap apa-apa. Biar Sofea dan Tuhan saja yang tahu kenapa Sofea minat abang.Sofea { Serba salah }
Sofea bukan sengaja tak nak bagitau. Tapi ada Kak Kasih dengan Abang Adrian, Sofea jadi makin malu pulak...Adrian
Oooo..... salah kitorang lah ni?. Jom sayang kita tinggalkan Sofea berdua-duaan dengan lelaki idaman kalbunya ni.Sofea { Menghalang Adrian daripada pergi }
Ahhhh! Jangan lah!Adrian { Kenyit mata }
Gurau jeSofea { Merajuk }
Ermm....... jahat!Cut to :
9. Int. Ruang rehat peribadi Ratu Qasidah - masih petang
Watak : Sultan Azlan, Ratu Qasidah
Ratu Qasidah meminta keizinan suaminya untuk mengahwinkan Adrian dan Safina. Sultan Azlan murka. Meskipun Adrian mampu memiliki dua isteri sekalipun, ia agak mustahil untuk memberi keadilan buat isteri-isterinya.
Ratu Qasidah { Merayu }
Abang tolong lah kesiankan Safina. Safina sayang sangat dekat Adrian. Adrian kan boleh beristeri dua?. Kasih mesti suka ada madu yang boleh jaga suami sama-sama.Sultan Azlan { Menasihati Qasidah }
Idah, Adrian anak kita. Dia dah besar. Ada kehidupan sendiri. Dulu Adrian nak pindah rumah, Idah tak benarkan. Takut rindu. Bila Adrian dah ada depan mata, Idah asyik kawal itu ini. Idah masih anggap Adrian budak 5 tahun ke?.Ratu Qasidah { Melenting }
Suka hati Idah lah nak kawal Adrian!. Akaun bank Adrian, kereta Adrian semua Idah kawal!. Kalau Adrian buat benda bukan-bukan tanpa pengetahuan Idah, Idah tarik balik semua tu!.Sultan Azlan { Mengucap}
Astaghfirullahalazim..... Idah.... Itu kan harta anak kita?. Bank, kereta. Semua atas nama Adrian. Apa hak Idah nak kawal semuanya?. Idah sangka kekayaan Idah ada sekarang, usaha Idah sendiri?.Ratu Qasidah
Ya lah! Abang ingat hasil siapa?!Sultan Azlan { Sayu }
Idah dah lupa pada Tuhan?* Muzik Astaghfirullahalazim dimainkan di latar belakang
Cut to :
10. Int. Kamar Safina - masih petang
Watak : Safina, Zafirah
Zafirah terdetik difikiran menconteng muka Safina sebelum gadis itu sedar.
Pen marker merah di meja dicapai.Zafirah { Tersengih jahat }
Kau asyik buli aku je kan? Kali ni aku nak balas balik semuanya......
YOU ARE READING
Drama : Seikhlas Cinta
RomanceKasih sering dianggap pembawa malang disebabkan ibu bapanya telah membuang Kasih. Kehilangan Ibu Bapa Kasih tanpa sebab sebenar menyebabkan Sarina, ibu saudaranya membenci Kasih. Hidupnya umpama Cinderella mengharapkan seseorang hadir memberi kebaha...