Episod 12 🌹

40 5 0
                                        

1. Int. Hotel Bajet Kuala Lumpur - lewat petang

Watak : Sofea, Pak Yusof, Mak Aminah, Baktiar, Khai Bahar

Khai Bahar menghantar Sofea terus ke biliknya di mana keluarga Sofea sewa. Agak terkejut Khai Bahar di situ. Dia terkejut kerana hotel diduduki Sofea tersebut tidak semewah Hotel Tamu yang terletak di Kampung Baru. Dinding hotel kelihatan berdebu, kotor malah lantainya sudah bercalar kemungkinan tetamu sering menarik bagasi mereka secara kasar.

Khai Bahar { Tak percaya }
Sofea tinggal dekat hotel ni?

Sofea { Malu }
Ya. Kewangan keluarga Sofea tak berapa baik. Jadi, Ayah Sofea cari hotel paling murah. Sorry Abang Khai. Hotel ni terlalu buruk untuk abang. Mesti abang tak selesa.

Khai Bahar menepuk kepala Sofea. Merenung dalam mata Sofea yang bundar itu.

Khai Bahar
Abang okey je. Mana bilik Sofea?

Sofea { Tunjuk }
Sana.

Pintu berwarna coklat gelap bernombor 506 diketuk Sofea. Khai Bahar tetap menemaninya sehingga gadis itu selamat masuk ke bilik.

Sofea
Mama, Abah. Sofea dah balik.

Pov : Bakhtiar yang sedang melayari internet dalam handphonenya kemudian bangkit dari katil dan membuka pintu untuk adik perempuannya.

Mak Aminah { Terkejut }
Khai Bahar pun ikut sekali? Mana Hakiki?

Sofea { Masih berada di pintu}
Kak Hakiki tak sempat ambil Fea dekat studio. Dia hantar orang pergi Shah Alam. Lepas tu, Khai Bahar pelawa hantar Sofea balik hotel.

Khai Bahar { Memberi hormat }
Assalamu'alaikum Mak cik, Pak cik.

Pak Yusof kurang senang melihat
Khai Bahar berdiri agak rapat dengan anak perempuannya. Tidak berapa suka jika mereka mempunyai apa-apa hubungan kelak. Dia mahu anak perempuannya tak kahwin sampai bila-bila.

Mak Aminah { Pelawa Khai Bahar masuk}
Jemput lah masuk. Susah-susah Khai hantar Sofea balik. Mak cik buatkan air untuk Khai Bahar ya?.

Khai Bahar { Segan silu }
Terima kasih mak cik.

Khai Bahar mengambil kerusi plastik, duduk berhadapan Sofea dan Pak Yusof. Tersengih-sengih Khai Bahar tengok Sofea asyik memandang ke arah dirinya saja.

Pak Yusof { Menghina }
Jadi penyanyi ada masa depan?. Ini pak cik dulu kerja Telekom sampai kaki dah tak ada. Duduk atas kerusi roda je lah apa lagi!.

Khai Bahar { Tersentak }
Er.... Khai memang jadi penyanyi tetap, Pak cik.

Mak Aminah { Memarahi Pak Yusof }
Mu ni dah kenapa tanya macam tu dekat Khai Bahar?

Sofea berasa kecewa ayahnya bila-bila masa melarang hubungan dia dan Khai Bahar.

Cut to

2. Int. Dapur istana - keesokkan hari

Watak : Safina, Basirah, Zafirah

Pov : Safina sangat terkejut melihat pantulan cermin mukanya dipenuhi contengan.

Safina { Jerit }
ZAFIRAHHHHH!!!!!!

Safina meluru keluar dari bilik, tuju ke dapur. Zafirah ada di sana menolong Basirah memasak makanan tengahari.

Safina { Tunding muka sendiri }
Hoi, Zafirah! Ni kerja kau kan?!. Kau memang hati busuk kan?!. Sengaja bagi nampak muka aku hodoh depan Abang Adrian?!!.

Drama :  Seikhlas CintaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang