1. Int. Rumah Pak Cik Razak - tengah malam
Watak : Sarina, Cik Mah
Sudah seminggu Razak tidak balik ke rumahnya. Namun begitu, Sarina tidak mempedulikan lelaki itu mahu balik ataupun tidak. Dia berusaha melepaskan diri. Tali ditarik-tarik kuat.
Sarina { Tarik tali }
Orang tua kerepot tu ikat aku kuat betul! Tak padan tua!.
Tali berjaya diputuskan. Tangan Sarina berbirat. Tanpa membuang masa, dia terus menendang pintu sehingga kopak.
BAMM!!
Sarina dalam keadaan kelaparan. Tiada tenaga mencukupi berlari pantas. Kepalanya sekejap stabil, sekejap tidak. Terhuyung-hayang. Proton Preve hybrid hampir melanggar susuk tubuh Sarina yang sudah kurus kering. Pemandu kereta tersebut sempat menarik brek sebelum Sarina dilanggar.
Sarina pitam sebelum Proton Preve melanggar tubuh.
Intercut Cik Mah, kawan Sarina dari kampung sebelah mengurut dada kerana hampir-hampir melanggar orang malah dikompaun pihak berkuasa.
Cik Mah
Astaghfirullahalazim!
Cik Mah terus membuka seatbelt dan melihat keadaan mangsa. Sukar dipercayai. Mata Cik Mah terbeliak.
Cik Mah
Sarina! Ya Allah! Kenapa dengan kau?!
Sarina dipapah masuk dalam kereta...
***
2. Ext. Halaman rumah - pagi
Watak : Kasih, Kamil, Adrian.
Kasih menyiram pokok bunga mawar. Kamil menolak pintu gelongsor kerana dia hendak keluar ke bandar. Ternampak lah susuk Kasih yang cantik itu sedang menyiram bunga.
Kamil
Assalamualaikum, Kasih. Rajinya siram bunga! Abang tak lah serajin Kasih!
Kasih { Senyum kecil }
Biasa je. Kasih belajar sikit-sikit. Kamil cuba-cuba lah belajar dari Youtube cara nak siram, tanam anak bunga mawar.
Kamil { Memicit kunci butang kereta}
Insya-Allah. Kasih sudi ajar Abang?
Adrian pula keluar rumah sambil menayang muka marah. Dia pura-pura memeriksa tayar keretanya walhal tidak pancit.
Kasih { Tutup pili air }
Abang nak keluar?
Adrian { Dingin }
Aku tak ada masa nak layan kau lah, perempuan.
Kamil tersentak. Begitu juga Kasih.
Kasih
Kalau abang nak keluar... Kasih ajak Zafirah?
Adrian { Bongkok periksa tayar. Bangun sapu-sapu debu melekat pada seluar }
Zafirah? Hei kereta aku bukan bas nak bawa satu rombongan. Aku cuma benarkan Safina je naik kereta aku. Kau? Kau naik lah kereta jiran sebelah tu. Bukan main mesra berabang-abang.
Kasih { Capai tangan Adrian}
Abang kenapa ni? Abang marahkan Kasih sebab layan lelaki lain? Kamil kan kawan kita. Kawan abang.
Adrian { Lontar kata-kata kesat }
Kawan? Kawan skandal KAU! Kau isteri aku, tapi kau sibuk main cinta dengan ORANG LAIN! Dasar anak kutip!
Kasih { Marah. Nak nangis }
Abang! Abang sedar tak abang cakap apa?! Abang suami Kasih! Abang buat Kasih macam orang luar!
ANDA SEDANG MEMBACA
Drama : Seikhlas Cinta
RomanceKasih sering dianggap pembawa malang disebabkan ibu bapanya telah membuang Kasih. Kehilangan Ibu Bapa Kasih tanpa sebab sebenar menyebabkan Sarina, ibu saudaranya membenci Kasih. Hidupnya umpama Cinderella mengharapkan seseorang hadir memberi kebaha...
