PART 10

717 67 0
                                    

Sepertinya mengikhlaskan adalah jalan keluar yang terbaik »

•••••

SEPASANG mata biru cair itu menatap gadis dihadapannya dengan pandangan dingin. Gadis itu hanya beriak biasa, tiada sedikit pun rasa takut bila ditenung begitu.

Envelope berwarna coklat itu diletakkan di atas meja. Iris yang faham akan isyarat mata gadis itu mula melihat isi kandungan sampul surat tersebut. Ditilik satu persatu kertas yang berisi maklumat itu dengan teliti.

Iris menghempas kasar kertas tersebut. Pandangannya beralih kepada gadis yang sedari tadi mendiamkan diri untuk meminta penjelasan.

"What is this?"

"Macam yang kau nak. Itu maklumat kejadian 10 tahun lepas," terang gadis itu.

"I know. Tapi kenapa takde satu pun maklumat pasal orang yang dah langgar dia?"

"Setahu aku, diaorang dah tutup kes ni sebulan lepas arwah Ayra meninggal."

"How can-"

"Orang ternama mungkin. Lagipun ni kes lamalah Iris. Kau ingat senang nak cari satu-satu maklumat?"

Laju gadis itu memotong percakapan Iris. Dia tahu Iris masih terkejut dengar perkara yang baru disampaikan. Tapi itu satu kenyataan yang Iris kena terima. Orang kalau dah berduit, buat apa pun boleh.

Ayesha Soffiya, gadis kacukan melayu dan juga Perancis. Kekasih hati Izzreen Nathaniel. Sebelum ini gadis itu menetap di Sweden dengan ibu saudaranya.

Ibu bapa Ayesha sudah lama meninggal ketika Ayesha masih berumur 5 tahun. Pesawat yang dinaiki ibu bapanya terhempas dan tiada seorang pun yang selamat.

Ayesha dan Iris mengenali antara satu sama lain dari kecil lagi. Ibu bapa mereka berkawan baik dari sekolah menengah. Tuan Ishan dan Puan Nurin turut berasa sedih dengan kemalangan yang menimpa keluarga Ayesha.

Ayesha memerhatikan muka Iris yang seperti tiada perasaan. Dia tahu Iris sedih, marah, kecewa. Tapi sampai bila? Sampai bila dia nak dihantui dengan masa silam. Nak berbuih mulut Ayesha nasihatkan Iris, tapi sikit pun gadis itu tak hiraukan.

"Iris Rosabella."

Terangkat kepala Iris bila Ayesha menyebut nama penuhnya dengan nada suara yang agak dingin. Pandangan mata gadis itu dibalas berani.

"Apa yang dimenungkan lagi? Still teringatkan Ayra?"

Iris Ayrabella. Adik kembar Iris. Pemergian Ayra yang membuatkan Iris berubah seratus peratus. Adiknya dilanggar dengan sebuah kereta ketika ingin mengejar kucing kesayangan mereka. Iris memejam matanya erat, kejadian itu masih berlegar legar di dalam fikirannya.

Flashback, 10 years ago.

Malam itu hujan turun dengan lebatTuan Ishan dan Puan Nurin masih belum pulang dari melawat Puan Zaimah, ibu Puan Nurin.

Iryaz dan adik-adiknya yang lain berkumpul di ruang tamu menunggu kepulangan ibu bapa mereka. Kelima adik beradik itu leka menonton cerita yang disiarkan, The Conjuring. Kecuali seorang gadis, Iris Ayrabella.

DENDAM CINTA IRIS: The Untold Story Where stories live. Discover now