04, it's gone now

28 5 8
                                    

"saya terperangkap! "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"saya terperangkap! "























Warning!
Blood, or something sensitive like that.






















Happy reading































Cuaca yang cerah walaupun kelihatan agak mendung, tapi masih nyaman dibawa suasana.

Kelihatan jelas Humayrah duduk di halaman sambil menunggu kedatangan suaminya yang sepatutnya sudah pulang pada jam sebegini.

Akhirnya yang ditunggu-tunggu tidak sia-sia, ketika melihat sang suami sudah memasuki kawasan perumahan mereka menggunakan motornya. Matanya terpancar kegembiraan bersama senyumannya, tapi tidak pula suaminya.

Syahfri sudah memberhentikan motornya, di hadapan isteri yang memang sedia menyambut dirinya. Sepatutnya dia berasa gembira ataupun hati mula menyejuk. Tapi ini tidak, dia berasa marah tanpa alasan dan ingin memukul isterinya saja.

Tidak! Dia harus melawan makhluk yang cuba mengusai dirinya. Dia harus melawan itu!

"awak okay ker? " Syahfri tersentak seketika lalu memandang Humayrah yang kehairanan itu. Bila dipandang saja isterinya terasa bahang sahaja. Keinginannya membuak-buak ingin memukul isterinya.

'Tidak! Humayrah tidak bersalah! Dia tidak tahu apa-apa pun! Kau jangan sentuh dia! '

'hahaha! Siapa kau mahu menghalang aku? '

'sial! '

"awak, awak okay ker? Nampak macam tak sihat jer-" tanya Humayrah penuh kerisauan. Mencuba untuk memegang lengan suaminya.

"jangan sentuh aku lah sial! " desis keras Syahfri membuatkan Humayrah terkejut. Perlahan-lahan dia menjauhkan tangannya daripada Syahfri.

"menyusahkan! "cebik Syahfri setelah menjeling Humayrah seraya melangkah masuk ke dalam sambil melanggar bahu Humayrah membuatkan dia termundur beberapa langkah dengan mukanya masih tidak percaya apa yang dia lihat.

Dia melihat perubahan ketara Syahfri. Apa salah dia? Dia ada buat silap ker? Haruskah dia pergi minta maaf?

Mungkin.. Mungkin itu cara yang agak bagus supaya Syahfri sejuk hati dan menceritakan apa yang jadi hari ni.

PAY BACK √Where stories live. Discover now