12, truth

18 6 8
                                    

"jadikan dia kambing hitam ku walaupun dia tidak memiliki dosa denganku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"jadikan dia kambing hitam ku walaupun dia tidak memiliki dosa denganku. "








































Happy reading






























Langkah Bella diperlajukan ketika sudah keluar dari kereta mewahnya.

Memasuki balai polis yang sederhana sahaja bangunannya dengan muka yang murka.

Polis-polis dan orang lain yang berada di situ kekeliruan melihatnya. Bella melanggar pintu di hadapannya dan mula mendekati polis yang menjaga di kaunter pertanyaan tersebut.

"ya puan, puan mencari apa? " polis wanita itu terus banhun dan menunduk hormat bila terlihat orang yang seperti ternama itu.

"saya Bella, isteri kepada Syafiq Kim. " katanya masih mengawal anggun walaupun hatinya sebenarnya sedang berdebar hebat.

Polis wanita itu terus memahami dan membawanya ke sebuah bilik yang tidak jauh dari situ.

"ikut sini puan, inspektor Hariz sedang menunggu anda. " Bella terus membuka pintu itu tanpa segan-silu.

Terlihat jelas seorang anggota polis yang tengah berdiri seraya memicit pangkal hidungnya. Di samping inspektor itu ada seorang wanita yang seakan menunduk.

Bella seakan kenal orang itu.

"inspektor." panggil Bella, yang dipanggil menoleh dan terus mendekati Bella dengan wajah gusarnya.

"puan Bella, kami dah jumpa pembunuhnya. Tapi dia tidak mahu mengaku bersalah, apa yang patut kita lakukan. " ujar inspektor straight to the point.

"siapa.. Yang membunuhnya? " perlahan-lahan Bella mendekati wanita yang tidak mahu menunjukkan wajahnya. Ditambah lagi bilik itu agak gelap seperti bilik soal-siasat pada umumnya.

Alangkah terkejutnya dia, itu Tasya Nadia, salah satu skandal Syafiq yang bertahan lebih kurang setahun lamanya.

Kenapa.. Kenapa dia membunuhnya?

"kau.. Apa yang kau buat ni?? " tanyanya, tapi tidak dijawab. Membuatkannya semakin mueka melihatnya.

"aku tanya lagi sekali.. Apa yang kau dah buat? Kau.. Bunuh suami aku? " nafas Bella sudah tidak dapat dikawal lagi. Dadanya naik turun untuk melaraskan amarahnya.

PAY BACK √Where stories live. Discover now