10, Pay Back

17 5 9
                                    

"semua hutang awak mula terbayar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"semua hutang awak mula terbayar. Terima kasih. "



















































Warning!
Sensitive chapter










































Happy reading






































Syafiq perlahan-lahan membuka matanya ketika mendengar suara pisau yang diasah dengan sangat kuat. Dia cuba menerka tempat apa yang dia berada sekarang ni. Tapi kesakitan kepalanya mengganggu pemikiran dia beberapa kali.

Belum sempat dia mencerna apa yang jadi, tiba-tiba dia merajukkan haba yang sangat panas datang dari bawah.

Kepanasan itu membuatkan Syafiq cuba untuk menjauhinya namun tidak berhasil, dia diikat. Kaki dan tangannya, serta lehernya.

Dia hanya mampu memandang atap zing yang rapuh serta menahan kepanasan yang semakin lama semakin meningkat. Mukanya mula kemerahan.

Dia seperti merasakan dibakar walaupun hanya terkena habanya saja. Badan belakang kesakitan kerana tidak mengenakan baju, sementara kakinya hanya mengenakan seluar paras lutut.

Ada seseorang yang menculik dirinya-

"arghhh! " menjerit kerana tidak tahan merasa begitu, sementara seorang berjubah hitam yang sejak tadi mengasah pisau pin terhenti.

Dia mula bangun dan membalikkan badannya terhadap Syafiq yang kelihatan menahan kesakitan.

"ouh, dah bangun rupanya. " ujar orang berjubah hitam itu, memdekati Syafiq dan berhenti di sisi lelaki yang menahan penderitaan itu.

"kau... S.. Sapa? " Syafiq memandang dia dengan tajam, cuba untuk mengenal pasti siapa yang berada di sisinya.

"cubalah teka. " main dia, suaranya juga agak tenggelam akibat penutup muka berwarna putih menhalang suara sebenarnya tersebut.

Syafiq mencebik bila mendengarkannya. Kemudian memandang lagi orang berjubah itu sambil memikirkan seseorang.

"k.. Kau.. Raihanah?! " jawapan Syafiq membuatkan pandangan orang itu berubah menjadi sinis. Perlahan-lahan dia menurun penutup mukanya dan diletakkan di bawah dagu.

PAY BACK √Where stories live. Discover now