02, big or small family?

30 5 1
                                    

"setiap manusia pasti ada kekurangannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"setiap manusia pasti ada kekurangannya."

























Happy reading

















"hello? Assalamualaikum. Saya dah balik! " sapa seseorang dari luar rumah ketika pintu dibuka. Muncullah seorang lelaki berbadan tegap dengan pakaian yang agak lusuh namun masih lagi boleh memperlihatkan wajah tampannya.

"ouh, abang dah balik? Angah masih mandi kat dalam bilik air tu. Pergilah kacau dia. " seloroh Huda yang asyik mengunyah keropok bersama Hanis di depan tv. Drama pukul tujuh tidak boleh di sia-sia kan oleh mereka berdua. Drama klise itu sangat seronok ditonton dengan hinaan kepada para pelakon yang tidak kacak apatah lagi kaku ketika berlakon pada momen romantis. Sungguh melampau. Tapi itulah mereka.

Lelaki yang sedari tadi di depan pintu hanya mengangguk tanda faham. Baru saja dia ingin melangkah masuk ke dalam rumah-

"tutup pintu tu, senja. " dengan nada yang disampaikan oleh Hanis. Dingin sekali.

Apabila lelaki itu mengangguk faham lagi seraya menutup pintu.

"maaf. " tiada balasan selepas perkataan maaf itu dikeluarkan. Hanis hanya menatap tv sambil mengunyah keropok dengan tiada emosi. Lelaki itu sudah terbiasa dengan sikap adik iparnya yang seorang ini. Sangat dingin walaupun dia tidak melakukan kesalahan apa pun.

Lelaki itu tau, Hanis sebenarnya seorang masih trauma dan susah menerima orang luar. Orang luar yang telah menyebabkan kematian orang tuanya itu sangat menyakitkan. Jadi, salah satu tugas lelaki ini adalah untuk memperbetulkan pandangan Hanis supaya dia mengatakan tak semua orang itu sama. Dia harus memperbetulkan itu.

Dia berjalan ke arah pintu biliknya yang terlihat tidak jauh dari ruang hadapan.

"Syahfri? Awak dah balik? " menoleh ke arah orang yang memanggilnya. Seseorang yang masih dia cintai. Walaupun sedang sarat mengandung, tapi masih terlihat cantik dengan tubuh putih mulusnya.

"ya, saya dah balik. Nak pergi mandi ni, melekit. " jawabnya sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipit di kedua pipi tirusnya. Humayrah membalas senyuman Syahfri seraya mengangguk.

"tunggu kejap. " terus dibukanya pintu bilik milik mereka berdua yang berada di hadapan Syahfri. Humayrah memasuki dahulu diikuti Syahfri yang terus membuka pintu almari mencari sesuatu.

"nah, pakai dulu tuala ni. Tuala lama saya dah basuh tapi masih belum kering. " ujar Humayrah. Menghulurkan tuala lalu disambut oleh Syahfri. Kemudian sambung balik mengadap almari untuk mencari pakaiannya. Lagi pula, dia baru habis mandi. Masih berkemban lagi. Tapi ditahan kan rasa malu di hadapan suaminya. Dia tidak perlu terlalu kekok akan situasi ini. Dia harus biasakan.

PAY BACK √Where stories live. Discover now