03, happy as always

20 4 0
                                    

"kebahagian tidak berkekalan selamanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"kebahagian tidak berkekalan selamanya. "




















Happy reading









































Syahfri sudah bersiap-siap dengan pakaian yang lusuh namun bersih dengan kasut but serta topi nelayan yang berada di atas kepalanya.

"dah makan dah bang? " Syahfri menoleh ke arah suara yang menyapanya, Huda. Huda selalu ramah menyapa orang di sekelilingnya. Dia seorang yang tidak berat mulut seperti Hanis ataupun Amar. Tapi sekurang-kurangnya Amar masih lagi mahu menerimanya sebagai abang ipar dibandingkan dengan Hanis si kepala dingin.

Memandang adik iparnya yang masih menunggu jawapan darinya, terlihat jelas pakaian sukan yang dia kenakan. Sambil di tangannya ada botol air dan di sebelah kerusi itu telah disandarkan siap-siap basikal kesayangan Huda itu. Kebiasaan pagi sebelum fajar menyingsing Huda bersama Hanis, Ahmad dan Amar bersenam, berjoging atau berbasikal di waktu begini. Syahfri pun kadang-kadang mengikuti mereka jika ada Humayrah bersama sekali. Tapi disebabkan Humayrah mengandung, dia hanya menangguhkan dulu niatnya. Lagi pula dia harus mencari duit untuk pembayaran lepas Humayrah bersalin nanti. Banyak duit yang dia perlukan walaupun sebenarnya Syahfri sudah berkemampuan cukup untuk menyara kerana sudah memiliki beberapa banyak tanah yang belum diusahakan. Sekarang pun dia masih berkerja di kebun walaupun dia lah merupakan tauke di kebunnya itu. Hanya saja dia tidak suka bergoyang kaki padahal dia perlu menemani isterinya. Tapi dia tidak boleh ambil alasan seperti itu walaupun sudah beberapa kali bapanya berpesan suruh bercuti, akhirnya dia memutuskan untuk kerja paruh waktu supaya dapat menemani isterinya. Tarikh itu akan segera tiba. Jadi Syahfri memutuskan untuk kerja sampai hari ini dan menemani isterinya sehingga dia bersalin dan menemani waktu isterinya pantang juga.

"dah, abang dah makan dah. Dah siap bawa bekal lagi isteri kesayangan abang tolong bekalkan. " jawab Syahfri sambil menunjukkan bekal berwarna hijau cerah dengan penutupnya berwarna putih. Sungguh lucu.

Huda yang melihatnya hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

"kan Huda cakap, angah tu adalah isteri paling mithali yang terbaik di dunia ini. " bangga Huda dengan kakaknya sendiri.

"bukan ker Huda cakap, angah akan jadi isteri paling jahat kat dalam dunia? " mendengar kata Syahfri itu, Huda menjadi terkejut sesaat kemudian tersengih bagaikan tidak bersalah.

"maksud Huda, kita terbalikkan ayat Huda tu. Maksudnya mithali dengan terbaik bukan paling jahat. Hehehe. " ujar Huda, cuba untuk menyembunyikan kesalahannya. Syahfri hanya mengeleng-geleng seraya bangun dari dusuknya di depan pintu.

"Huda tak pergi berjoging ker? " tanya Syahfri pelik, apabila sejak tadi dia hanya terduduk sambil bermain dengan telefonnya.

"pergi, tapi tunggu budak tiga ekor tu. Tunggu tak sampai-sampai. " jawab Huda dengan seloroh sambil matanya masih menatap layar telefon di hadapannya.

Syahfri mengangguk ketika mendengarkannya.

"kalau macam tu abang pergi dulu ya. " sambil berjalan menuju ker motornya yang terlihat tidak jauh dari kawasan rumahnya.

"okay. " sambil menunjukkan jari ok dan kembali menatap layar telefon sambil tersenyum senget. Itu mesti teman lelaki. Kalau tak, kenapa perlu tersenyum bagai orang dilamun cinta?

Syahfri hanya mengeleng melihatnya. Jiwa muda.

•••

"bang, ada orang nak jumpa abang. " Syahfri yang sedang sibuk menoreh pokok getah itu menoleh ke arah pemuda yang mengatakan ada orang mahu berjumpa dengannya.

"siapa? " Syahfri mengangkat keningnya sambil matanya meliar mencari seseorang yang memanggilnya itu.

"tak tahu, dia ada kat tepi pondok. " pemuda itu mengangkat bahu sambil menunjukkan pondok menggunakan bibirnya. Lalu dia berlalu pergi menyambung pekerjaannya yang tergendala itu.

Syahfri hanya mengangguk pada pemuda itu lalu menanggalkan sarung tangan dan diletakkan pada baldi yang berada dekat di situ.

Dia berjalan menuju ke tepi pondok. Ternampak satu susuk badan yang membelangkanginya.
Pemakaian yang segak dengan kemeja dan blazer yang tersarung kemas di badannya.

"encik? "panggil Syahfri. Lelaki segak itu tersentak seketika. Namun masih belum menunjukkan wajahnya.

"encik nak jumpa saya ker? " tanya Syahfri lagi. Melangkah sedikit ke depan supaya suaranya kedengaran jelas agar lelaki ini mendengarkannya.

"ya, sila datang dekat sikit boleh. " arah lelaki itu membuatkan Syahfri kekeliruan. Tapi diikutkan juga arahannya itu.

"ya encik, encik nak apa jumpa saya ya? " tanya Syahfri lagi, sedikit tegas kerana merasakan dipermainkan.

Lelaki itu memutarkan badannya hingga bertentang mata dengan Syahfri membuatkan Syahfri terkejut serta terpana. Sekarang dirinya tidak boleh bergerak. Dia dikawal!

"sekarang.. Kau akan lakukan semua arahan aku dengan lancar. " ujar lelaki itu sambil tersenyum seringai yang jahat.

•••
























































•••

Peringatan!

- sila vote atau komen untuk menunjukkan bahawa anda sebagai pembaca menghargai hasil karya saya.
- jika mahu lebih info atau pun ada soalan yang ingin ditanyakan, sila follow ig ini.
haneunki_._

Sekian.

PAY BACK √Where stories live. Discover now