15, memories 2

13 6 4
                                    

"Dia mengambil kebahagiaanku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dia mengambil kebahagiaanku. "





































Happy reading




































2018. Perlis, Malaysia

"Hamani taknak duduk sini lagi! Hamani taknak asyik bayangkan mak ayah! " bentak Hamani, tangannya sudah berpegang kemas dengan beg baju untuk dibawa bersamanya.

"tapi, jangan lah sampai nak tinggalkan kami semua akak-"

"bukan ke punca mak ayah mati sebab kawan akak tu? " perkataan Hanis terpotong disebabkan soalan tersirat Hamani. Hanis menjadi kelu.

"mana dia sekarang? Dah mati juga kan? " tanya Hamani lagi, dia tidak kisah jika itu menyakitkan. Yang penting dia dapat keluar dari rumah ini.

Roh mak dan ayahnya seolah-olah menghantui dirinya. Dia tidak sanggup untuk menahan dan menangis setiap malam.

"Hamani apa cakap macam tu dekat-"

"salah ker? " kata Amar juga dia potong, tiada siapa yang boleh lawan kata dia jika dia sudah betul.

"Hamani cakap benda betul kan? Kalau taknak Hamani sakitkan hati korang semua.. Lepaskan Hamani pergi. Hamani taknak duduk sini lagi. " baru saja dia mengangkat beg itu lalu membalikkan badannya ke pintu.

Tapi seketika dia terkesima ketika melihat Raihanah sudah ada di muka pintu dengan wajah emosinya.

Jelas dia tidak menyukai apa yang Hamani katakan.

Tapi Hamani peduli apa, keputusannya muktamad! Dia taknak dihantui orang yang telah mati. Dia perlu pulihkan kembali mentalnya.

Dan akhirnya, Hamani hanya melintas Raihanah tanpa berkata apa-apa.

Raihanah yang melihatnya mula mengeluh perlahan. Seketika dia memandang adik-beradiknya yang tidak tahu berbuat apa, kemudian berputar memandang Hamani yang semakin jauh dari perkarangan rumah mereka.

•••

"nak apa jumpa ni? Kalau suruh balik sana Hamani taknak. " terus terang dia mengatakannya.
Raihanah mengeleng.

"bukan. " jawab Raihanah, menghirup sedikit teh yang sudah suam dah dihadapannya.

Jikalau dia tidak memujuk Hamani untuk berjumpa dengannya, pasti Hamani akan kesulitan.

"habistu? " seolah orang luar dia berbuat pada Raihanah, seolah bukan darah daging sendiri.

"Hamani ada rancangan apa-ap ker waktu keluar rumah tadi. " Raihanah berbicara dengannya secara perlahan- slow talk.

"belum lagi, tapi Hamani ingat nak cari kerja. " putus Hamani, itu saja cara supaya dia dapat bertahan hidup buat sementara waktu.

"tak payahlah kerja, sambung belajar. " Raihanah memberi pendapatnya.

"takda duit. "

"akak akan uruskan semuanya, cuma nak tunggu adik setuju jer. " ujar Raihanah lagi.

"kat mana? "

"Brunei? "

"bolehlah, daripada takda. " akhirnya Raihanah tersenyum melihatnya. Dia mengangkatnya tangannya dan mula mengusap lembut kepala Hamani.

"macam nilah adik akak. " dan seketika Hamani berasa tenang disitu.

•••

"macam mana long? Dapat jumpa Hamani? " tanya Hanis dengan gelisah, dia saja yang tidak senang duduk dari tadi.

Kerana hanya dia yang selalu dengan Hamani, paling rapat dari kecil hingga sekarang.

"dapat, tapi dia taknak balik. Dan dia kata dia nak hidup sendiri. Along tak boleh nak buat apa-apa. " tipu Raihanah, dia tidak mahu adiknya yang lain akan mengganggu Hamani. Dia pun hanya memberikan duit kepada Hamani, selebihnya dia urus dirinya sendiri.

"ni semua salah Hanis! Hanis bawa orang luar datang keluarga kita, kalau Hanis tak bawa orang bukan-bukan mesti tak akan jadi macam ni. " Hanis mula menyalahkan dirinya, menangis tidak tentu arah. Dan akhirnya Ahmad yang menenangkannya.

"bukan salah Hanis, kita tak tahu benda ni jadi. Bukan salah Hanis ya, ingat tu. " hati Raihanah sesak, ingin sahaja dia memberi tahu bahwa orang yang membunuh kedua orang tua mereka adalah orang yang ditolak oleh Raihanah.

Firdaus itu, hanya kambing hitam Syafiq saja.

Ah, bahkan mengingat nama lelaki itu membuatkan Raihanah semaki membenci, ingin sahaja dia membunuh lelaki saka tak guna itu.

Dia juga harus tahu bagaimana Syafiq boleh membunuh orang tanpa mengotorkan tangannya.

"Ahmad, bawa Hanis ke bilik ya, suruh dia berehat. " Ahmad hanya mengangguk lalu membantu Hanis untuk bangun dari duduknya.

Dengan langkah longlai, perlahan-lahan dia membawa kakaknya untuk berehat di bilik.

Raihanah hanya mampu mengeluh melihatnya.

•••








































Pendek eh?



















































•••

Peringatan!

- sila vote atau komen untuk menunjukkan bahawa anda sebagai pembaca menghargai hasil karya saya.
- jika mahu lebih info atau pun ada soalan yang ingin ditanyakan, sila follow ig ini.
haneunki_._

Sekian.

PAY BACK √Where stories live. Discover now