22, the last goodbye

17 5 3
                                    

"Ku lupa mengucapkan selamat tinggal untuk MU

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ku lupa mengucapkan selamat tinggal untuk MU. Maafkan aku."














































Happy reading

































"Akak.. bangun kak. Taknak makan Ker?" Hamani sedang mengejutkannya.

Hari sudah siang. Hanani sudah bangun waktu subuh tadi. Ingin mengejutkannya dari tidur, tapi suhu badan Raihanah berubah menjadi sejuk.

Nampaknya Raihanah masih kesejukan. Sepatutnya dia sudah bangun. Kakaknya harus makan supaya dapat makan ubat untuk mengurangkan suhu badan yang tidak normal ini.

Semalam dia ingin panggil doktor tapi dihalang, kini dia takut jika kakaknya tegas mengatakan dia baik-baik sahaja.

Jadi kali ini, dia tunggu. Sementara dia mengemaskan barang-barangnya untuk di bawa pulang.

Dia berencana hendak pulang harini. Bukankah dia sudah mengatakan dia akan menjaga kakaknya semalaman saja? Dia seorang yang menepati janji.

Tok! Tok!

Pintu diketuk membuatkan dia menoleh. Pintu dibuka dari luar dan muncullah doktor dan beberapa jururawat untuk membuat check out.

Sudah kebiasaan pada makan tengahari.

"Selamat pagi cik Hamani. Cik Raihanah masih tidur lagi ke?" Tanyanya dengan ramah. Hanani menggangguk perlahan. "Ya, semalam dia demam sekejap dan sekarang sudah surut.."

Hanani mengambil dompetnya sebelum jalan ke pintu. "Saya hendak beli makanan sekejap, tolong jagakan dia elok-elok ye."

"Baik cik Hamani." Dan susuk tubuh dari belakang Hamani sedikit demi sedikit hilang dari pandangan mereka. Mereka pun melakukan tugasnya.

•••















"Bagaimana ini?! " Cemasnya.

"Dia sudah pergi sekitar 0124 malam yang lalu." Terang salah seorang sekali lagi.

"Tidak bukan itu.." frust doktor tersebut.

"Bagaimana saya hendak bagitau cik Hamani?!"

"Bagitau apa?"

PAY BACK √Where stories live. Discover now